Cerita ini pastinya ada yang pernah membacanya. Ku kongsikan bersama untuk panduan kita semua. Semoga kita menjadi anak yang sentiasa ingatkan orang tua kita.
Hawa udara di Changchun, Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil menggendong anaknya.
Menurut laporan City Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan tergesa-gesa memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian. Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah tiga beranak ini ke rumah sakit.
Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar merubah kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya.
Pengorbanan Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring, manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu memeritkan.
Tiga tahun lalu, Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga ibunya.
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.
Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." sumber : group ibu
Nota umi : Kagum dengan semangat yuanyuan.Rindunya kat mak.....
3 comments:
wani, tersentuhnya hati aju sbg ibu dan anak ini baca citer ni, sayu hati tgk kegigihan dan kecekalannya
terharu..baca
Benar2 menyentuh hati... alangkah eloknya klau dia seorang Islam, pasti mendapat ganjaran pahala yang besar dr Allah s.w.t Salam kenal & follow di sini~
Post a Comment