Mereka Yang Ku Sayang

Showing posts with label celebrate. Show all posts
Showing posts with label celebrate. Show all posts

Tuesday, 20 December 2011

Suasana semakin sunyi...

Semalam, 19/12/2011 @ selasa, kakakku yang sulung telah selamat bertolak balik kampung Kelantan setelah bercuti 3 minggu di sini sambil menjaga bby zarif dan abang irfan. Abang irfan menangis bila kak liya, abang aqib & kak diba nak balik kampung.. mesti sedih kan, dah lama duk sini, main sama2, jejalan sama2.... sunyi sangat malam tadi bila balik rumah. Hanya kami berempat... baby zarif mencari - cari jugak mereka, masuk bilik, keluar bilik, masuk dapur...

Baby zarif terpaksa ditinggalkan di rumah bbysitter sementara selama dua minggu sehingga rumah maknya siap diubahsuai sepenuhnya. Semasa hantar bby zarif semalam dia menangis agak kuat dan lama... berenti jap, then nangis lagi...sedih sangat bila dengar dia menangis semasa menelefon 'opah'nya itu. Abang irfan tak mahu ke rumah opah. Terpaksalah umi bawa ke pejabat. Ahlamdulillah hari ni abang irfan sudah mahu ke rumah opah, 'jangan lupa tengok-tengokkan baby ye sayang'....

Selepas hantar bby zarif, duduk jap di luar rumah dengar2 suaranya yang menangis... sayu sangat hatiku ini..sambil turun tangga sambil meleleh air mata... selalu macam ni bila mula - mula hantar anak ke rumah bbysttr...risau, kerana first time duk sana...sampai bawah sambung nangis lagi.... kakak pun duk msg tringat2 kan bby zarif...sampai meleleh air mata...rindukan keletahnya tu...

'Opah' diaorang msg bagitau bby zarif dan abang irfan ok, baik2 jer kat rumah...lega sangat.... itu lah hati seorang ibu, walau luaran seperti biasa tapi di hati hanya Tuhan yang tahu perasaan kami yang terpaksa tinggalkan anak2 untuk keluar bekerja..ku tak boleh imaging mereka yang terpaksa berjauhan dengan anak2 kerana tuntutan tugas.... aku yang keluar pagi balik petang pun duk risau dan rindu dengan anak2...tak sabar nak balik rumah...peluk dia orang ketat2....

Hari ni may b balik kampung petang nanti, dapat call dari abang ipar menyatakan ayah mertua sakit... sedang menunggu hubby siapkan kerjanya sebelum balik rumah kemas baju dan amik abang irfan & baby...siapnya nanti bertolak balik,.....semoga perjalanan kami selamat dan dapat menemui ayah... semoga ayah cepat sembuh....


c long & bby zarif

Thursday, 15 December 2011

Lepak2 @ Putrajaya

Hujung minggu hari tu sempat jugak bawa ank2 buah & anak sendiri ke Putrajaya. Saje jejalan sambil lepak kat Dataran depan masjid putrajaya tu. Lepas magrib kami bertolak ke sana. Budak2 seronok sangat, masing2 dah bawa kereta remote ngn helikopter.

Sampai sana main tak hengat, sampai bateri keta memasing habis. Dah tak tau nak main apa, jom main bola plak. Berpeluh2 semua. Selepas pkul 12 dah tak boleh lepak kat dataran dah. Kami g rumah sepupu kat presint 6 plak. Dekat pkul 1 baru brtolak balik. Budak2 boleh tahan ngantuk tuu, tak tidur2 asyik main jer. Sama la abang irfan seronok ada ramai kawan. Asyik duk bersembang jer dalam keta.

Esoknya liat giller nak bangun g kije...+__+

bby zarif kemain seronok

dapat kaki ke sana sini

main bola

cam picnic pun ada

bby zarif cm gegurl pkai telinga rabbit

abg irfan - asyik gaya sama jer...

muin & kakak mahirah

ni kereta along

ni kereta abg aqib

geng kamcing cucu2 mak - abg irfan nyer heli kt ner?...
zarif kejar bola

muin pn ada bola...

k diba

Tuesday, 14 June 2011

05.06.2005

Apa yang ada pada tarikh di atas ye..... inilah tarikh yang paling bermakna dalam hidup kami apabila disatukan oleh ijab dan kabul... penyatuan dua jiwa, perkongsian hidup dua insan yang berbeza dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dengan cabaran bersama melengkapi antara satu sama lain..

Pada tarikh inilah, kami berdua disatukan. Tak sangka pula kan, dari hari ke hari, usia perkahwinan kami sudah ke 6 tahun. Alhamdulillah, kebahagian sentiasa mendampingi kami. Aminn...

Bila diingatkan kembali, tak ku sangka jodoh kami berdua.... hehehe...bukan pe, hubungan antara kami cuma sebagai kawan... itu pun diperkenalkan oleh sepupuku ( kawan sekelas dgn en hubby masa belajar di Politeknik)....  berkawan tak sampai setahun, bertunang selama 6 bulan akhirnya pada tarikh 05.06.2005 telah kami pilih untuk bersatu.

Pada ahad 05.06.2011, kami masih lagi dikampung dan tidak sempat utk celebrate anniversarry pun... so, pada ahad yang lepas 12.06.2011, aku saja jer belikan kek untuk suprisekan en hubby... kami sambut kami2 jer...

kek yg simple tp deco salah, sepatutnya 6 yrs jd 7yrs & nama en hubby zawawi = zawari.....apa2 je lah
buah hati kami.... erm...en hubby muka monyok lg frust mlmnya kelantan kalah Piala FA..hehe


'Ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaanMu seorang lelaki sebaiknya sebagai nahkoda keluarga ku... Kekalkanlah jodoh kami hingga akhir hayat....aminnn'

** love u 4 ever, my half...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...