Mereka Yang Ku Sayang

Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

AWAS!!!...Penipuan melalui telefon

Assalamualaikum semua,...

Ini sekadar peringatan untuk kawan2 dan juga diri saya di masa akan datang.

Perkara ni baru sahaja berlaku lebih kurang pukul 2 pm td, dan saya baru sahaja balik dari Bank Negara....

Penipuan maklumat mengenai rekod @ maklumat peribadi akaun bank, credit kad etc. Benda ni terkena en hubby sebenarnya.... selepas lunch ku trgerak hati untuk menelefon en hubby mengenai rancangan kami nak pergi tengok rumah baru sebelum dapat kunci. Dia bagitau ada bank call (MBF Bank) menyatakan dia ada hutang credit card RM9790 yang belum dijelaskan. Terkejut lah dia, mana ada apply credit kad pun.... dah lah transaction berlaku di Sentosa Island, Singapore pada 8/1/2012... maknanya baru jer lagi.

En Hubby menerangkan berlakunya pemalsuan kredit kad coz tidak pernah apply kredit kad dengan MBF bank. Orang tu siap cadangkan en hubby buat laporan di Bank Negara siap bagi no telefon lagi. En hubby call lah no telefon tu, memang macam operator Bank Negara yang jawab.... dalam situasi macam ni, saya pun tak salahkan en hubby... memang seolah-olah real lah. Orang yg konon-kononnya dari Bank Negara call balik dan cakap akan siasat perkara ni dalam masa tiga hari. Lepas tu dia minta detail no akaun yang kita ada, no credit kad yang ada... dan detail peribadi kita. En Hubby bagi data peribadi dan no kad kredit....no akaun lain nasib baik tak bagi coz semua detail ada kat umah.

Sambil2 tu en hubby telefon ku dan bercerita...ku sempat bercerita dengan bos dan kawan sepejabat...duk fikir2 macam tak logik plak Bank Negara nak no akaun kita untuk siasat kredit kad MBF tu.... Cepat-cepat ku telefon en hubby suruh block credit kad tu... setakat ni belum semak lagi ada transaction yang dah dibuat atau tak.... 

Selepas itu, kami berdua ke Bank Negara berjumpa dengan Customer Service Officer dan memaklumkan perkara ini. Kami dinasihatkan membuat laporan polis untuk keselamatan di masa akan datang coz maklumat peribadi en hubby sudah terdedah. Ruapa-rupanya sudah ramai yang terkena dengan penipuan macam ni... kat kaunter Bank Negara tadi pun ada beberapa kes seperti kami... sampaikan ada yang sudah
kerugian RM33k.... masyaallah..... sanggup dia orang buat kerja macam ni....

Alhamdullilah,...kami masih lagi sempat berfikir untuk bertindak dengan ujian ini...


Buat kawan-kawan di luar sana,....sama-samalah beringat sebelum terkena...kami yang dalam2 beringat ni pun masih lagi terkena..harap-harap kawan2 ambil iktibar dari kejadian yang kami alami ini.... jangan cepat percaya...siasat dahulu sebelum bertindak..



Friday, 20 January 2012

Selamat Bercuti Panjang....

Salam semua kawan2....

Ari ni last day sebelum bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Ku juga akan balik kampung, insyaallah bertolak pagi nanti. Sebenarnya kami baru jer balik cuti sekolah lepas, kali ni terpaksa balik juga coz fil tak sihat dan ada di wad... minggu lepas buat sedikit pembedahan . tebuk paru2 untuk keluarkan air...(suspek paru2 berair)... esok baru nak balik melawat... sementelah datuk sebelah mak pun tak sihat, strok dua minggu lepas.... semoga mereka cepat sembuh..


Kepada semua kawan2 yang balik kampung tu, pandu kereta berhati2 yeee.. semoga selamat ke destinasi anda semua. Selamat pergi dan balik..... aminnn...

Thursday, 12 January 2012

Tak Dapat Nak Blog Walking Hari ni....

Assalam semua kawan-kawan,

Maaf ye kawan2, hari ni tak boleh nak menjengah rumah kawan2 coz 'mata' tertinggal kat rumah dan menunggu en hubby datang jemput nak balik ambil...huhuhu.... ini mesti kerja si hero kenit berdua tu... suka betul selongkar handbag umi.... ini pun menaip sambil meraba2, semua nombor/ huruf bercantum... kepala pun dah mula pening..alahai... pagi tadi tak sempat plak nak cek beg.. main capai jer coz kelam kabut... ye lah, nak hantar si kecik ke rumah bbysttr dan si abang nak ke sekolah...




Nota umi: Buat kerja sambil mengeja ni....

Thursday, 29 December 2011

Kembali Bersiaran,

Assalam semua kawan2...

Alhamdulillah, sudah 3 hari selamat menjalankan tugas di pejabat. Tetapi tidak berkesempatan untuk bercerita kerana tuntutan kerja yang perlu didahulukan.

Syukur kepadaMu Allah, ayah semakin baik dan sudah keluar dari wad....

Berkaitan dengan SBPA dan skim pencen 60 tahun tu, sudah pun ku tandatangan..... kembali bekerja pada 27hb Dec, dapat surat / borang, hari yang sama juga ku hantar ke Sumber Manusia. Tak larat nak fikir lama-lama coz option pencen sebelum ni pada umur 58 tahun, so beza dua tahun jer..Insyaallah, semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik sehingga usia tu untuk ku berkhidmat dengan sebaiknya untuk negara...aminnn...

Tahun 2011 sudah sampai kepenghujungnya..... adakan anda semua sudah bersedia dengan azam baru? Macam mana dengan azam tahun 2011, sudah dilaksanakan atau adalah lagi yang terpaksa di c/f ke tahun 2012. Semoga tahun 2012 akan memberikan kita semua kejayaan dan keberkatan. Dan, semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun 2011. Segala kegembiraan yang dilalui dijadikan kenangan yang terindah dalam hidup kita dan semoga kedukaan yang dilalui dijadikan sebagai pedoman untuk kita menghadapi segala kemungkinan di tahun 2012 nanti...

Insyaallah, di tahun 2012 juga kami akan berpindah ke rumah baru... walau pun hanya mampu membeli sebuah apartment di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur ni, ku bersyukur sangat2.... semalam baru selesai membuat bayaran untuk installation grill.... perancangannya selepas mendapat kunci selepas Tahun Baru Cina ni, pemasangan lampu dan kitchen kabinet (ku ambil rumah + renovation ngn pemaju) serta cat, insyaallah...sudah boleh pindah... semoga dipermudahkan oleh Nya...

Esok sudah jumaat dan di hujung minggu ni projek back to school abang irfan pulak. Kasut, seluar dan beg sekolah belum ku beli lagi. Baju sekolah masih boleh dipakai yang tahun ni.. masih elok lagi.


sekadar gambar hiasan - rindu ini budak

sekadar gambar hiasan - rindu ini budak juga




Kawan2 macam mana dengan persiapan sekolah anak2? Mesti sudah get ready semuanya kan.... abang irfan dah tak sabar nak bersekolah 6 tahun....

Tuesday, 20 December 2011

Suasana semakin sunyi...

Semalam, 19/12/2011 @ selasa, kakakku yang sulung telah selamat bertolak balik kampung Kelantan setelah bercuti 3 minggu di sini sambil menjaga bby zarif dan abang irfan. Abang irfan menangis bila kak liya, abang aqib & kak diba nak balik kampung.. mesti sedih kan, dah lama duk sini, main sama2, jejalan sama2.... sunyi sangat malam tadi bila balik rumah. Hanya kami berempat... baby zarif mencari - cari jugak mereka, masuk bilik, keluar bilik, masuk dapur...

Baby zarif terpaksa ditinggalkan di rumah bbysitter sementara selama dua minggu sehingga rumah maknya siap diubahsuai sepenuhnya. Semasa hantar bby zarif semalam dia menangis agak kuat dan lama... berenti jap, then nangis lagi...sedih sangat bila dengar dia menangis semasa menelefon 'opah'nya itu. Abang irfan tak mahu ke rumah opah. Terpaksalah umi bawa ke pejabat. Ahlamdulillah hari ni abang irfan sudah mahu ke rumah opah, 'jangan lupa tengok-tengokkan baby ye sayang'....

Selepas hantar bby zarif, duduk jap di luar rumah dengar2 suaranya yang menangis... sayu sangat hatiku ini..sambil turun tangga sambil meleleh air mata... selalu macam ni bila mula - mula hantar anak ke rumah bbysttr...risau, kerana first time duk sana...sampai bawah sambung nangis lagi.... kakak pun duk msg tringat2 kan bby zarif...sampai meleleh air mata...rindukan keletahnya tu...

'Opah' diaorang msg bagitau bby zarif dan abang irfan ok, baik2 jer kat rumah...lega sangat.... itu lah hati seorang ibu, walau luaran seperti biasa tapi di hati hanya Tuhan yang tahu perasaan kami yang terpaksa tinggalkan anak2 untuk keluar bekerja..ku tak boleh imaging mereka yang terpaksa berjauhan dengan anak2 kerana tuntutan tugas.... aku yang keluar pagi balik petang pun duk risau dan rindu dengan anak2...tak sabar nak balik rumah...peluk dia orang ketat2....

Hari ni may b balik kampung petang nanti, dapat call dari abang ipar menyatakan ayah mertua sakit... sedang menunggu hubby siapkan kerjanya sebelum balik rumah kemas baju dan amik abang irfan & baby...siapnya nanti bertolak balik,.....semoga perjalanan kami selamat dan dapat menemui ayah... semoga ayah cepat sembuh....


c long & bby zarif

Friday, 16 December 2011

Kena Attend Majlis Penganugerahan di Melaka

Semalam terpaksa ke Hotel Avillion Legacy Melaka kerana menggantikan bos ke majlis penyerahan & anugerah agensi terbaik projek perluasan Standard Accounting For Governmet Agencies (SAGA) & Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan SAGA. Ke sana bersama2 rakan sekerja & seperjuangan. Bertolak pkul 11.30 pagi, majlisnya bermula 2.30 petang dan dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia YBhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman.

Bagi semua agensi badan berkanun persekutuan, SAGA diperkenalkan untuk menambahbaik sistem perakaunan dalam menyediakan penyata kewangan dengan lebih efisyen. Aswara adalah projek fasa iv bersama 6 agensi yang lain di mana pembiayaian sepenuhnya oleh Jabatan Akauntan Negara. Dalam RMK9 sebanyak 52 buah agensi badan berkanun persekutuan menggunakan SAGA dalam perakaunan.

Selepas majlis pukul 4 petang terus kelam kabut bertolak balik ke kl. Tak sempat nak minum pun risau lambat pulak sampai kl.....aduyai, penat gak ulang alik g Melaka semalam.

Unik sangat bangunan hotel ni, lawa bangat, tapi mana sempat nak snap pic pun.... layan jer yg ada yee...




Friday, 9 December 2011

Nasi Kerabu Kak Jah....

Salam Jumaat semua kawan2...

Alhamdulillah, dah kenyang baru lepas sarapan dan sudah pun memulakan kerja hari ini. Sarapan dengan nasi kerabu, makanan tradisi orang kelate..... kenapa nasi kerabu kak jah? kerana kakak yang jualnya nama k jah..hehehe.... dah lama duk kl dan makan macam - macam jenis nasi kerabu yang ini yang terbaiiikkk..... sedap sangat2.... kalau keluar rumah lambat sikit tak larat nak menunggu orang ramai beratur... pagi tadi turun dari rumah masih awal dan sempat la tapau sebungkus.

Specialnya nasi kerabu kak jah ni ialah adanya isi ikan @ orang kelate panggil sambal ikan. K jah buat sambal ikan asing, kelapa goreng asing, ada sesetengah penjual tu dia mana ada letak isi ikan, nyuir goreng jer.... mana nak sedap. Dengan geng lain, sambal tumis, budu, cili, telur masin, keropok.... ikan goreng celup tepung...perghhh..memang terangkatlah... saya pun boleh habis sebungkus di pagi2 hari ni.... Harganya untuk nasi kerabu biasa RM2.50 dan yang ada ikan goreng celup tepung RM4.00....

Untuk yang berminat boleh lah ke lrt station bandar tun razak...gerai sebelah tu jerr.....

Amboi2...siap promote lagi.... kak Jah, kena bagi nasi kerabu free sebungkus ni.....


ns kerabu biasa + teh o.....kenyang...


pssttt: pagi2 dah makan nasi mcm mana la badan tak naik kan..huhu....

         teringat pantun masa sekolah dulu....
         Kita Makan Untuk Hidup
         Bukan Hidup Untuk Makan
         Apa dimakan biarlah cukup
         Agar sihat tubuh badan......

so, kawan2 apa yg kita makan biarlah menjamin kesihatan kita....tp pagi2 ku sudah belasah nasi, erk...sihat ke tak tu...+______+

Thursday, 1 December 2011

Untuk Penjawat Awam : SBPA 2012

Setiap hari suka membaca info dari beritasemasa.com.... dan, ini sedikit maklumat yang ku ingin kongsi bersama....

Mengenai skim gaji baru SBPA,

i)  Berdasarkan :“Exit Policy”

Penjawat awam akan dinilai melalui cara mereka bekerja (outcome dan kesan )dan mampu memberikan output yang cemerlang kepada organisasi.
Mereka yang dinilai tidak dapat memberikan perkhidmatan dari segi mental dan fizikal, akan dinasihatkan supaya berhenti.

ii) Adanya pengredan semula jawatan

Akan wujudnya kategori gred jawatan yang baru dowujudkan mengikut keperluan organisasi. Adanya gred premier dan pelaksana dimana pelaksana memerlukan kemahiran yg lebih dari satu dan akan membuat multitasking job.....

iii) Penilaian markah (SKT)

Dimana penilaian markah akan menentukan kenaikan gaji:
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan



untuk yang lebih detai sila lah baca di sini......

pekeliling terbaru belum lagi dikeluarkan dan dengarnya akan dikeluarkan dalam bulan ni...


Minta2 adalah berita yang mengembirakan kita ye, janganlah asyik barang jer naik...

Hati Risau....

Di hujung2 tahun ni macam - macam hal pula yang berlaku.... si kecik yang semakin lasak demam silih berganti. Dah la cuti pun memang tinggal hujung-hujung nyawa dah ni, si zarif plak demam. Kadang - kadang duk terfikir adakah pemberian susu ibu yang tidak serasi menyebabkan dia begitu... tetapi kena berfikir positive, nak dibandingkan dengan ujian mereka - mereka yang lain apalah sangat hendak dibandingkan dengan ujian kita ini.. sebelum ni pernah ku bercerita yang susu semakin kurang. Dengan baby zarif tidak mahu menyusu menggunakan botol di siang hari dirumah bbysitter jadinya kuantiti dia menyusu semakin kurang. Sekadar menyusu di waktu malam, rasanya daya ketahanan dia semakin berkurang. Sebab tu cepat jer sakit atau demam menyerang.

Duk  terfikirkan bagaimana mahu mengatasi masalah ini membuatkan kepala asyik pening....risaunya hati usahlah cerita. Nak mengadu pada en hubby rasanya seolah - olah benda ni terlalu simple dan rasanya tak nak bebankan dia dengan macam2 hal pula, dahlah kerjanya semakin tak menentu. Semenjak bertukar jabatan ni, sibuknya dia.... kesian pulak tengok....ku ingin mencuba set Shaklee untuk membantu perjuanganku ini dan, alhamdulillah dah sampai ketangan ku semalam dan bermula hari ni ku cuba. Semoga dengan pertolongan Allah dapat ku teruskan membekalkan susu ibu buat zarif.


Dalam sibuk bekerja ni pun hati duk fikirkan si kecik tu jer.... bagaimana jalan @ cara untuk membuatkan zarif mahu minum susu..... duk terfikirkan nak kena cari puting susu yang sesuai ni... dan, nak kena cari vitamin untuk dia sekali....

Ada cadangan tak kawan2? atau ada tak sesiapa yang ada pengalaman macam ni dan sudi berkongsi info dengan saya.....



untuk kawan2 yang ingin mencuba shaklee boleh la ke blog ALIN. Banyak info dalam blog ni, semuanya mengenai susu ibu...

tengoklah, susuku semakin kurang...sedihnya

si zarif yg dah x mo didukung

Friday, 25 November 2011

Salam Jumaat & macam - macam cerita.....

Hari ni penghulu segala hari, penghujung minggu bekerja....dan minggu ni kan bercuti 3 hari... seronok rasanya berlama2 di rumah... blog ni asyik sunyi sepi jer.... banyak nak bercerita dengan kawan2 tetapi keadaan diri yang tak sihat ( demam + batuk + selsema) membuatkan diri 'hanyut' setiap hari. Tuntutan kerja yang amat memerlukan komitmen dihujung2 tahun ni....

Sekolah pun sudah melepasi seminggu, abang irfan masih lagi dengan mood bangun pagi2, mandi pakai bedak wangi2 baru nak ke rumah bbysttr.....akibatnya, ummi abah hampir2 kelewatan..punch kad pun nyaris2 jer cukup masa..alahai abg irfan.... dua tiga hari ni duk bising menunggu sepupunya dari kampung nak bercuti di sini.... tak sabar nak ke zoo melaka katanya... tiap2 hari jugaklah ku jenguh portalbanjir.mkn.gov.my untuk melihat keadaan terkini banjir yang semakin teruk di kelantan. kampungku pun sudah dinaiki air, kampung sebelah pun sudah di pindahkan. Mintak2 cuaca dan banjir semakin pulih, dan mereka (kakak & family) dapat ke sini dengan selamatnya.

Baby zarif pun sudah laju berjalan...setiap hari di tawafnya rumahku yang sempit itu. Malam2nya merenggek coz lenguh2...kena sapu minyak yuyee kt betis baru diam... di rumah mak (bbysttr) pun standby kasut coz ptg2 si kecik tak mo duduk dlm rumah, nak kena bawa jalan2... masih lagi menyusu susu ibu, tetapi akhir2 ini susuku semakin kurang / merudum...entahlah..tapi ku tetap pump di pejabat. Si kecik sudah pandai memilih, susu yg frozen dan dicairkan dia tak nak minum, mungkin texture nya dah berubah sedikit. Sekarang ni terpaksalah bagi yang fresh...pump hari ni untuk bekalan esok di rumah bbysttr.... sekarang ni ku cuba makan supplement (shaklee) untuk meningkatkan susu ku.... minta2 rasi lah..... Insyaallah... semoga perjuanganku menyusukan baby zarif sehingga 2 tahun dipermudahkan olehNya..aminn...

Dihujung2 tahun dan cuti sekolah ni tengah merancang percutian untuk anak2....terutama abg irfan. Sepanjang tahun tak ke mana - mana coz dah bersekolah, teringin bawa dia bercuti..masih lagi dalam perancangan... juga sebagai reward untuk abang irfan yang mendapat result yang bagus untuk exam nya... alhamdulillah, masih lagi mendapat full mark untuk beberapa subjek... semoga abang irfan terus maju dan menjadi abang yang contoh untuk adik2 nya....
abang yang manja

adik yg nakal

Wednesday, 9 November 2011

ww: kami

bby zarif dah pandai posing

wth abg irfan

abg irfan kena tnggl kt bilik sementara ummi ada kursus

abg irfan dgn psp, bby ngn keta..

Thursday, 27 October 2011

Kursus : 28 Okt - 30 Okt 2011 @ Concorde Inn KLIA

Mendapat jemputan menghadiri kursus di Concorde Inn KLIA. Sebenarnya dah dapat surat ni dari minggu lepas. Duk risau fikirkan bby zarif yang bf....bila bincang dgn hubby, kami bersetuju en hubby amik cuti esok dan semuanya temankan ummi ke kursus. Bbysitter sudah pun bersetuju kalau nak bby zarif stay rumah dia sampai habis kursus ahad ni... tapi kesiankan si kecik tu. Tak pernah plak berpisah malam dengan ku. Ingat nak ulang alik jer dari KLIA tu tapi bila tengok jadual padal hingga ke 10.30 malam..... keputusan check in jer kt sana....

Abang irfan pun dah seronok, konon2nya macam nak pergi bercuti.  Padahal bukan boleh kemana2 pun... jadual ummi pack giller tu..sampai malam....

Kesian abang irfan dah lama tak bercuti...dah janji bercuti tima cuti sekolah nanti dengan sepupunya dari kampung nak datang kl nanti....


Di hujung2 tahun ni ku terpaksa kejar kursus la coz kursus tahunan yang 7 hari belum cukup lagi...huhuhu....

Tuesday, 25 October 2011

Cerita Ceriti Dlm 1 entry...

As salam semua kawan2...

Entry ni nak bercerita aktiviti2 pada hujung minggu lepas... sebenarnya tak ada apa yang menarik tapi sekadar berkongsi cerita dengan kawan2....

Sabtu lepas, pagi2 lagi bersiap dan ke KKIA BTR (Klinik Ibu Anak Bandar Tun Razak). Sebenarnya dapat jemputan dari jururawat disitu melalui telefon. Ada ceramah mengenai susu ibu dan beberapa demo masakan untuk si kecil. Baby zarif buat check up kat klinik BTR, sebab tu ku dapat jemputan. Sebelum ni ada juga dia orang buat ceramah tetapi tak dapat nak turut serta coz ada aktiviti lain. Kebetulan minggu lepas tak ada aktiviti lain, ku confirmkan boleh join diaorang.

Banyak juga info yang dapat dari mereka. Antaranya ialah mengenai pemeriksaan sendiri payudara (psp), pemeriksaan pap smear. Penyusuan susu ibu dan demo masakan untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Mulanya ku pergi seorang jer, tea break balik jap ke rumah mandikan si kecik dan bawa dia ke klinik coz en hubby nak pergi amik kereta. Abang irfan ikut abahnya sekali.

Ceramah siap dalam kul 1 tengahari, kebetulan en hubby dah sampai dgn kereta, kami terus gerak ke tesco untuk lunch. Lunch hari tu kat Chicken Rice Shop.

Peristiwa yang menbuatkan darahku menyirap jap....bila staf CRS tu bawa sup letak tepi zarif. Dan2 tu gak la dia celup tangan dalam sup panas. Meraung la jawabnya. ku bawa ke singki, basuh. Sib baik tak melecur tapi merah gak la tangan nya. Lepas tu sambil makan sambil riba si kecik tu. Staf tu dengan muka bersalahnya minta maaf.... tak kan ku nak hamun plak kan..ku cakap tak pe, sikit jer.. nanti elok la tu.... tapi bila tengokkan si kecik tu meleleh tadi geram gak...

ada demo mandikan baby...real punye bby tau

masa ni elok jer sblm insiden sup panas

amik set utk 2 org jer

abg irfan suka buat muka

abg tlg pegang bby

abg irfan suka tolak troli

dpt goodiebag dr klinik

Thursday, 20 October 2011

Hobi?...Jahit Manik

Sebelum ni ku bercerita tentang hobi ku dari zaman bujang sampai beranak dua. Ada satu lagi yang ku suka buat, nak kata hobi tak juga tapi bila tengok gambar2 mereka yang ambil upah jahit manik ni meleleh-leleh..... cantik banget...tiba2 trasa nak belajar gak.

Mula pada tahun 2008, masa tu jahitan manik dah diperluas dengan macam2 design... gerammm jer tengok. Ku bersemangat sangat2 nak jahit manik kat baju... mula la cari barang2..ke jalan TAR bagai. Surve internet tgk cam ner nak jahit... malah beli buku sampai 2 bijik...

Ermm...akhirnya, bolehlah kalau nak jahit untuk pakai sendiri, tak berani nak ambil tempahan. Itu dulu, masa si kecik tak der lagi..sekarang ni dengan si kecik yang makin lasak manalah ada masa nak jahit manik. Nanti dia ingat gula2 ke apa, berkilat warna - warni..masuk mulut... dengan itu, secara rasminya pencen dulu jahit2 manik bagai ni.

Barang2 nya pun dah bagi kat kakak di kampung. Katanya nak belajar, tapi entahla..hehehe...

Baju yang sempat kujahit manik idakler banyak..adala dua tiga lai. Tapi jarang2 pakai coz malas nak basuh... tak kan nak campak jer dalam mesin basuh kan..nanti terburai.... buat tukun jer la kat dalam lemari.....

Tunggu zarif besar sikit baru mula jahit manik semula....

Inilah hasil jahit manikku yang hanya berguru melalui buku dan melihat gambar2 di internet...

yg ni satu2nya bj org-wife kwn hb

sama

yg ni mcm2 jenis jahit

blur je pic

bj lama jd mangsa

bj raya 2 thn lps..

yg simple jer kt leher

pakai masa raya jer

sama yg kunig kt atas - tgn & kaki baju penuh manik



Kawan2 suka jahit manik tak? Boleh belajar jimat kos upah..hehehe

Hobi saya dari zaman bujang.....

As salam kawan2 semua...
Pastinya semua orang mempunyai hobi....tak kisahlah apa pun janji jangan merugikan kita... biarlah mendatangkan faedah dan manfaat semua orang, ya tak...
Hobiku yang masih melekat dari zaman anak dara hingga dah beranak dua ni ialah membaca novel... membaca majalah pun ye jugak..cuma, selalu bertukar kadang2 mingguan wanita, Pa & ma...biasanya ikut isu la..kalau menarik baru beli.

Kalau baca novel memang tak boleh dipisahkan....pernahla baca sampai malam2, menangis bengkak2 mata pagi esoknya mata macam panda....sensitip lebih hehehe....

Tahun ni, ku pulun beli novel masa pesta buku tempoh hari...lepas tu tak beli2 dah, bukan pe, sekarang ni kekangan masa sungguh nak bersantai2 baca novel ni.... rasa2 24 jam macam tak cukup...last2 ada jugak novel yang dibeli belum khatam betul2...kira baca sekadar tahu jalan cerita dan ending...bila nak recall balik pun tak tau lah...

Ada jugak novel yang sepupu pinjam sampai bertahun baru pulang sampai ada yang hilang dan koyak. Sadis sungguh la, kita punyalah jaga....

Memandangkan kemungkinan kami akan berpindah ke rumah baru dalam tahun depan, nak kena mula mengemas nampaknya. Semua novel yang sebelum ni diletakkan didalam almari tv sudah bertukar tempat. Ku kemas masukkan ke dalam storage box...bila tengok2 banyak jugak novel yang menjadi koleksi. Belum lagi kira yang dah hilang....

Dulu suka sangat novel keluaran alaf21, sekarang penulisnya ramai tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kadang2 ada yang tak sesuai dengan jiwa..(cewaaah)..ku mula bertuka ke publishing Jemari seni. Penulis kesukaanku ialah Noorsuraya... kalau dulu cukup sinonim dengan penulis Norhayati Ibrahim.. sekarang sudah bertukar....sementelah novelnya sekarang seolah2 penulisnya kekeringan idea...

Yang pasti, minatku ini tak kan lupus dek kekangan waktu...kena juga curik2 waktu ni...


bby zarif pun nak tlg kemas

abg irfan tlg susun

keluaran jemari seni publisher

koleksiku

air tangan k su (noorsuraya)

dari penulis nazurah aishah



Kawan2 plak cam ner dengan hobi dari zaman bujang?..ada yang melekat lagi tak?

Tuesday, 18 October 2011

Konvokesyen ASWARA

Sabtu lepas pada 15hb Oktober 2011, tempat kerjaku mengadakan majlis konvokesyen ke 8 untuk pelajar2 Ijazah dan Diploma yang dah grad. So, kami2 ni kenalah bertugas....pejabat bendahari mejadi urusetia penyediaan jubah untuk VVIP (Menteri KPKK, DSU Rais Yatim), dan ahli lembaga pengarah.
Masing2 dah ketaq lutut nak kena jadi 'usherter' mereka2 ini...masib baik semuanya berjalan lancar. Penganugerahan di buat 2 sesi, pagi & petang. So, sampai ke petanglah kami semua kerja.

Hari tu jugaklah, baby zarif seharian duk umah bbysttr.... ku balik rumah dah dekat pukul 6.30 petang tapi bby zarif ke tesco dengan mak nya. Malam pukul 8 baru pergi amik si kecik konet, bak kata abg irfan....

Sedikit gambar di hari graduasi...

the red wariors..he3

tenaga kerja pej bendahari

dayang2 di Okestra Hall




Monday, 17 October 2011

Alhamdulillah,..... untuk pembelajaran kami....

Dah lama teringin belikan Al-Quran yang macam kat bawah ni untuk pembelajaran kami di rumah, supaya bacaan lebih betul dalam proses pembelajaran anak2...

Alhamdulillah, pagi tadi supplier yang jual Al-Quran bersama pen yang magic tu datang pejabat untuk tunjukkan kami cara2 nak guna kan pen tersebut....

Adalah rezeki kami, ku beli 2 set....satu untuk kegunaan kami sekeluarga dan satu set lagi untuk mak sebagai hadiah...dah lama rasanya tak belikan mak hadiah....

Sekarang ni macam2 pendekatan yang digunakan untuk memudahkan kita membaca Quran. Penggunaannya pun mudah sangat, cuma tekan butang on off dan letakkan ke surah yang ingin kita baca.... ada volume untuk laju & slow kan bacaan. Ada 3 Qari dari Mekah & Madinah yang akan bacakan. Kita boleh pilih yang mana suka. Ada translate juga, dalam bahasa malaysia dan english.


AlQuran bersama pen

rupa Quran dan pen

Thursday, 29 September 2011

Macam - macam Hal....

Hampir 2 minggu tiada cerita baru.... memang agak kelam kabut or macam2 perkara plak yang berlaku....

Selasa lepas (20/9/2011) en hubby dapat panggilan dari kampung dengan berita mak saudara tenat..tapi berita yang diterima pun tak pasti sangat macam mana cuma en hubby tel cakap 'Muda (abg ipar) cakap mok nik sakit, kalau nak balik pun dah boleh balik..' kami masa tu trfikirkan kerja yang masing2 banyak tu ulang tanya nak balik ke tak... akhirnya kami decide nak tunggu dulu, nanti telefon mereka kt kampung dalam setengah jam lagi... masing2 ada kerja yg nak kena setlekan dlu... tak sampai setengah jam, dia org tel mok nik dah kembali ke rahmatullah,..inalillah, al fatihah... tengah hari tu jugak lah kami bersiap2 balik kampung..tunggu anak buah dari upsi sampai kl terus bertolak balik.... sampai dekat2 pukul 10 malam..

Sempatlah kenduri 3 hari, bertolak balik ke kl semula pukul 5 pagi pada 23hb tu (jumaat) coz malamnya abg irfan ada konsert & malam pregraduation.... sampai kl lebih kurang pukul 2 petang. Malamnya ke konsert Tadika Intelek...

Keesokan, dua2 si abang & adik demam + batuk + selsema..bawa diaorang ke klinik..masing2 dapat 5 jenis ubat,.... tak ke mana2 melayan dua2 yang demam....

Isnin, masih lagi bercuti kerana zarif demam teruk, malamnya tak boleh tidor sampai ke pagi... tengahharinya demam zarif masih on off..sampai suhu 39.3'c... abg irfan sudah mula bersekolah hari tu...

Selasa, dah mula kerja..zarif menangis bila dihantar ke rumah bbysttr... dalam keadaan yang tak sihat mula lah dia cepat merenggek..hati pun naik risau nak tinggalkan dia..tapi apa nak dibuat.. sudah tuntutan tugas.. tak boleh cuti lama2.. hari tu jugak ada jamuan raya di pejabat.. bz sepanjang hari...

Rabu, barulah boleh memulakan kerja yang menimbun giller ni... semak2 cuti..aduyai tinggal 2 hari jer utk tahun 2011.... tak boleh la cuti2 malaysia....

Hari ni, pun suasana kelam kabut..ada pegawai dari KWAP (kumpulan wang amanah diperbadankan) datang melawat di pejabatku.... kerja pun menimbun... panggilan kursus (perak) pun terpaksa ditolak lantaran zarif tak sihat dan risau nak tinggalkan dia dirumah bbysttr....

Alahai bila la nak cukup kursus ku bagi tahun 2011 ni..baru 1 hari..lagi 6 hari....



abg irfan wth memey dgn pakaian show memasing

Monday, 15 August 2011

Akhirnya...dapat jugak....

As salam kawan2....

Lama sungguh rasanya tak update entry baru.... entahlah, tiba2 mood nak menulis ke laut... banyak cerita yang hendak dikongsi tp kering idea plak nak mengarang....

Alhamdulillah,....setelah 3 tahun 2 bulan berkhidmat, akhirnya......

Terasa jap jer 3 tahun...bnyk suka & duka dah dilalui...semuanya kan jadi pedoman dan bimbingan dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pekerja...

Wednesday, 3 August 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...