Mereka Yang Ku Sayang

Friday 30 September 2011

Yang Mana Satu....

Berangan - angan nak tukar kereta baru...almaklum la, kereta lama sudah uzur benar...sampaikan bila hujan mau banjir dalam keta tu...(;...
Dalam duk berangan2 tu, kenalah fikir poket sendirikan...kena cari yang cukup2 bajet la kan..kalau tak mau kering duhujung bulan...hehe...

keta yg duk berlegar2 sekarang ni pluss ikut bajet...
produa alza
toyota avanza


proton persona


kawan2...agak2 yang mana satu best ye......

Thursday 29 September 2011

Macam - macam Hal....

Hampir 2 minggu tiada cerita baru.... memang agak kelam kabut or macam2 perkara plak yang berlaku....

Selasa lepas (20/9/2011) en hubby dapat panggilan dari kampung dengan berita mak saudara tenat..tapi berita yang diterima pun tak pasti sangat macam mana cuma en hubby tel cakap 'Muda (abg ipar) cakap mok nik sakit, kalau nak balik pun dah boleh balik..' kami masa tu trfikirkan kerja yang masing2 banyak tu ulang tanya nak balik ke tak... akhirnya kami decide nak tunggu dulu, nanti telefon mereka kt kampung dalam setengah jam lagi... masing2 ada kerja yg nak kena setlekan dlu... tak sampai setengah jam, dia org tel mok nik dah kembali ke rahmatullah,..inalillah, al fatihah... tengah hari tu jugak lah kami bersiap2 balik kampung..tunggu anak buah dari upsi sampai kl terus bertolak balik.... sampai dekat2 pukul 10 malam..

Sempatlah kenduri 3 hari, bertolak balik ke kl semula pukul 5 pagi pada 23hb tu (jumaat) coz malamnya abg irfan ada konsert & malam pregraduation.... sampai kl lebih kurang pukul 2 petang. Malamnya ke konsert Tadika Intelek...

Keesokan, dua2 si abang & adik demam + batuk + selsema..bawa diaorang ke klinik..masing2 dapat 5 jenis ubat,.... tak ke mana2 melayan dua2 yang demam....

Isnin, masih lagi bercuti kerana zarif demam teruk, malamnya tak boleh tidor sampai ke pagi... tengahharinya demam zarif masih on off..sampai suhu 39.3'c... abg irfan sudah mula bersekolah hari tu...

Selasa, dah mula kerja..zarif menangis bila dihantar ke rumah bbysttr... dalam keadaan yang tak sihat mula lah dia cepat merenggek..hati pun naik risau nak tinggalkan dia..tapi apa nak dibuat.. sudah tuntutan tugas.. tak boleh cuti lama2.. hari tu jugak ada jamuan raya di pejabat.. bz sepanjang hari...

Rabu, barulah boleh memulakan kerja yang menimbun giller ni... semak2 cuti..aduyai tinggal 2 hari jer utk tahun 2011.... tak boleh la cuti2 malaysia....

Hari ni, pun suasana kelam kabut..ada pegawai dari KWAP (kumpulan wang amanah diperbadankan) datang melawat di pejabatku.... kerja pun menimbun... panggilan kursus (perak) pun terpaksa ditolak lantaran zarif tak sihat dan risau nak tinggalkan dia dirumah bbysttr....

Alahai bila la nak cukup kursus ku bagi tahun 2011 ni..baru 1 hari..lagi 6 hari....



abg irfan wth memey dgn pakaian show memasing

Monday 19 September 2011

Cerita Bby Zarif : Sudah Pandai Makan Sendiri

Baby zarif pun hampir 11 bulan, terasa sekejap jer... bulan depan dah nak masuk setahun.. Rasa baru jer mula kerja selepas habis cuti bersalin hari tu..hu3....

Baby zarif pun dah makin lasak sekarang.... apa yang kita makan, itulah yang dia mahu..buat bubur nasi pun tak dilayannya....dah nampak gaya nak berjalan, dah berani berdiri tegak tak pegang pe2... sebelum ni sudah boleh meniti, pegang kerusi, sofa jejalan....

Sekarang ni kalau kita suap nasi dia pun sibuk lah nak makan sendiri...last2 habis bersepah dibuatnya...

Jom layan pic yang sempat diambil semasa melayan bby zarif makan....







Entry Raya yang Tak sudah2.....

Assalam buat semua kawan2...

Bila bw ke blog kawan2 semuanya bercerita pasal open house dan raya dan raya.. sampaikan sehari 5-6 buah rumah diterjah utk beraya + open house....

Bagiku pulak, bila naik office jer dari cuti raya, kerja menunggu dengan banyak sekali....mood raya pun dah 'swing'.... kebetulan, seorang dari staf ku masih lagi bercuti, bercuti raya dan sambung cuti kahwin sekali sampai 3 minggu.... so, sebahagian dari kerja2 dia kenalah ku siapkan... kena setle kan gaji..maklumlah 'orang gaji' kan..pulak tu payday pun dalam minggu ni.. alhamdulillah, dah setle @ selamat dihantar ke bank.... segala tuntutan bagai mak nenek pun banyak.... kena selesaikan semua kerja baru selesa nak brblog....

Cuti minggu lepas yang 3 hari ku tak sempat nak plan brjalan ke mana2... en hubby plak kerja, kerja & kerja... dari Selasa dia dah mula balik lewat malam & sambung ke jumaat, ke sabtu sampaikan jemputan beraya dari kawan2 terpaksa dilupakan...

Pagi jumaat (16/09/2011) sempat la bawa sikecik & abg irfan ke dataran tengok sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia.... itupun dah nak habis baru sampai, merajuk sekejap si abang... kami ke sana naik lrt elakkan 'jem'..balik nya cuma kami bertiga, en hubby terus ke tempat kerja.... aduyai, tak pernah berjalan dengan mendukung sikecik & memimpin si abang.... hu3.... penat gak... petangnya sempat ke rumah Zu....

Sabtu ada 4 undangan open house, shah alam, kelana jaya, Damansara damai & Ulu Yam.... en hubby kerja lagi..pagi2 dia tlg belikan sarapan dan terus g kerja... Last2 kami ke Kelana Jaya jer.. 3 rumah lain tak dapat nak pergi..maaf ye kawan2...

Ahad cuma ada 1 rumah di Country Homes... kami pakat2 kemas rumah sampai pkul 3 baru siap... last2 petang baru ke sana....

Kamera tetap ku bawa ke sana sini tetapi pic nya tak sempat di ambil pun...













Friday 9 September 2011

Abg Irfan dah hilang 'pagar' satu.....

Semalam selepas makan apam balik yg en hubby beli kat pasar malam, abg irfan mengadu giginya goyang.Bila ku tengok giginya yang goyang & nyaris2 tercabut, seriau plak..mmg rasa gerun plak nak tolong cabutkan. En hubby pun sama, dia siap cakap biar je nanti tercabut sendiri. Bising abg irfan minta suruh cabutkan. sambil2 tu meleleh gak la coz takut giginya hilang & x tumbuh lagi... hehehe kelakar bila tgk. Kebetulan k mira ( ibu kawan abg irfan) ada kat umah, dia kerja kat klinik so dia yg tolong tengokkan. Dia suruh abg irfan goyang2 guna lidah.... nanti jatuhlah...

Rasa pelik gak la, baru 5 tahun gigi dah goyang & tercabut sedangkan gigi elok lagi. Mungkin dah masanya gigi susu abg irfan jatuh.

Selepas mandi & gosok gigi, abg irfan duk bising sampai meleleh2 air mata suruh ku cabut..alahai nak, mak kau ni penakut + seriau bila tengok....

Masa ku kusyuk duk tengok citer korea 8tv, tiba2 abg irfan cakap 'ummi, dah tercabut'... sambil bagi giginya tu pada ku. Ku ambil & suruh dia berkumur coz keluar darah dari gusi... bila tengok2 alahai keciknya gigi abg irfan, sebesar kuku anak jari jer..malah kecik lagi ku rasa....

Ermm,...sib baik abg irfan ok jer, tak nangis... kalu tak, mak dia yg takut2...


inilah rupa gigi abg irfan yg tercabut

abg irfan dah hilang pagar...he3

muka budak hilang gigi

lidah asyik terkeluar jer...gosok2 kt tmpt gigi yg trcabut tu

ini budak sudah hilang gigi..kontrol hensem..



kawan2 ada pengalaman anak2 trcabut/hilang gigi tak? Cam ner nak handle gigi tu?...simpan or buang if buang ada petua apa2 x?

Thursday 8 September 2011

Cerita Stok EBM bby Zarif

Sudah lama tak update pasal stok EBM bby zarif. Masih lagi meneruskan usaha menyusukan bby zarif dengan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun. Moga2 dipermudahkan olehNya. Alhamdulillah, zarif sudah 10 bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya. Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan Mu....

Bulan Ramadhan baru2 ini pun ku masih meneruskan sesi mengepam, cuma dikurangkan sesi sahaja. Zarif pun masih menggunakan stok yang ada. Cuma, hasil 'tuaian' di bulan Ramadhan agak merudum coz ku pump pun 1x sesi sahaja...

Semalam setelah mengemas stok2 yang ada, agak banyak yang terpaksa 'dibuang' kerana sudah expired - sudah melebihi 4 bulan. Stok bulan April 2011 masih lagi ada. Dan sekarang ni pun zarif masih lagi gunakan stok bulan Mei 2011. Ku hanya berani gunakan sehingga 4 bulan sahaja. Walaupun kuguna freezer 2 pintu dan di atas hanya utk stok EBM zarif sahaja, ku takut & tak berani nak gunakan lebih dari 4 bulan. Sekarang ni pun ku alami kesulitan utk stor kan stok EBM zarif ni... terasa ingin ku beli jer deep freezer @ chest freezer.... ini masih lagi ku fikir2 kan....

Jom layan rezeki bby zarif ni....

yang terpaksa dibuang - sedih gak...

stok Jun 2011

stok Julai 2011

stok Ogos 2011 - x banyak coz banyak gunakan utk bekalkan di rumah bbysttr


freezer macam dah tak muat nak letak stok EBM ni




kawan2 yang menyusukan baby macam mana dengan stok dibulan Ramadhan?

Wednesday 7 September 2011

Tragedi Di Hari Raya

Pada petang raya ke 2, lebih kurang pukul 5 petang hujan turun dengan lebatnya beserta kilat sehinggakan pokok rambutan di hadapan rumah mak sedara telah tumbang dan menghempap kereta waja anaknya yang bekerja di Putrajaya. Nasib baik kereta tersebut tidak mengalami kerosakan yang teruk. Agak lama juga sepupu2 yang lain berusaha alihkan pokok tersebut tetapi mengalami kesukaran kerana hujan lebat. Akhirnya setelah dibuang dahan2 dan ranting, kereta tersebut dapat dikeluarkan.

Malamnya juag kami terpaksa bergelap kerana wayar elektrik yang menyambungkan ke rumahku terputus. Setelah menelefon 4 kali TNB, dan menunggu dari pukul 5 ptg hingaa 11.30 mlm barulah tenaga kerja dari TNB datang.... itu pun setelah ku telefon dan mengugut jika ada kemalangan jiwa siapa yang mahu bertanggungjawab kerana wayar elektrik yang terputus tadi masih lagi berjuntai di tanah dan arusnya boleh memgundang bahaya..... kami semua tak berani turun ke bawah / tanah....

Ermm, nasib baik atap rumahku tak diterbangkan angin....

Pic yang sempat di ambil....





ww:abg irfan...

skrng ni susah betul nk ajak abg irfan bergambar

ww: Baby zarif yg lasak













Tuesday 6 September 2011

Aidilfitri 2011 - kami sudah ber4

Alhamdulillah, sudah kembali bekerja seperti biasa tetapi mood raya masih terasa. Kawan2 dipejabat ada yang masih bercuti. Dan, ku selamat sampai petang semalam pada pukul 1 petang setelah bertolak pukul 5 pagi dari Pasir Puteh. Kain baju masih lagi berbaki, tak sempat nak kemas semalam....

Hari ni, suasana kt tempat kerja agak sunyi... ada 2,3 kerat jer kekawan yang sudah mula kerja.

Seperti tahun yang lepas, raya pertama sudah semestinya di rumah en hubby di Pasir Mas, petang raya pertama sesudah zohor baru bertolak ke Pasir Puteh..... raya tahun ni tak banyak pic yang di ambil... budaya kunjung mengunjung masih lagi menjadi amalan di kampung ku.

Raya ke dua & ke tiga ke rumah sanak saudara... raya ke 4 ke rumah Gee beraya dan kenduri akikah si comel Adam....

Raya ke 5, sudah mula berjalan2 untuk aktiviti2 sampingan... sempat juga ku shopping di Pengkalan Kubur (Bebas cukai)

Jalan sana sini.... sudah seminggu di kampung, terasa sekejap jer... Kalau boleh masih lagi mahu menyambung cuti kalau tidak difikrkan tanggungjawab sebagai seorang pekerja menanti di sini...

Jom layan pic raya yang sempat di ambil....
Raya pertama - tema color merah bata/pich - abg irfan yg pilih color ni

Bby zarif on d way ke Pasir Puteh

bby zarif seronok beraya

abg kt umah mek Pasir Mas - x nak kopiah nak songkok

Raya ke2-tema merah acara jln2

3 fmly - tema color merah, kuning & hijau - mcm traffic light pun adoo

abg irfan x sabar nak beraya

abg irfan muka meragam..he3


with my mum

with mum, kakak & anak buah
 

kandid
 
abg irfan tidur kepenatan beraya

bby zarif with k liya
Raya ke 3 - tema color hitam + putih



Tak banyak pic yang di ambil, masing2 kalut nak beraya kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...