Mereka Yang Ku Sayang

Thursday 16 February 2012

AWAS!!!...Penipuan melalui telefon

Assalamualaikum semua,...

Ini sekadar peringatan untuk kawan2 dan juga diri saya di masa akan datang.

Perkara ni baru sahaja berlaku lebih kurang pukul 2 pm td, dan saya baru sahaja balik dari Bank Negara....

Penipuan maklumat mengenai rekod @ maklumat peribadi akaun bank, credit kad etc. Benda ni terkena en hubby sebenarnya.... selepas lunch ku trgerak hati untuk menelefon en hubby mengenai rancangan kami nak pergi tengok rumah baru sebelum dapat kunci. Dia bagitau ada bank call (MBF Bank) menyatakan dia ada hutang credit card RM9790 yang belum dijelaskan. Terkejut lah dia, mana ada apply credit kad pun.... dah lah transaction berlaku di Sentosa Island, Singapore pada 8/1/2012... maknanya baru jer lagi.

En Hubby menerangkan berlakunya pemalsuan kredit kad coz tidak pernah apply kredit kad dengan MBF bank. Orang tu siap cadangkan en hubby buat laporan di Bank Negara siap bagi no telefon lagi. En hubby call lah no telefon tu, memang macam operator Bank Negara yang jawab.... dalam situasi macam ni, saya pun tak salahkan en hubby... memang seolah-olah real lah. Orang yg konon-kononnya dari Bank Negara call balik dan cakap akan siasat perkara ni dalam masa tiga hari. Lepas tu dia minta detail no akaun yang kita ada, no credit kad yang ada... dan detail peribadi kita. En Hubby bagi data peribadi dan no kad kredit....no akaun lain nasib baik tak bagi coz semua detail ada kat umah.

Sambil2 tu en hubby telefon ku dan bercerita...ku sempat bercerita dengan bos dan kawan sepejabat...duk fikir2 macam tak logik plak Bank Negara nak no akaun kita untuk siasat kredit kad MBF tu.... Cepat-cepat ku telefon en hubby suruh block credit kad tu... setakat ni belum semak lagi ada transaction yang dah dibuat atau tak.... 

Selepas itu, kami berdua ke Bank Negara berjumpa dengan Customer Service Officer dan memaklumkan perkara ini. Kami dinasihatkan membuat laporan polis untuk keselamatan di masa akan datang coz maklumat peribadi en hubby sudah terdedah. Ruapa-rupanya sudah ramai yang terkena dengan penipuan macam ni... kat kaunter Bank Negara tadi pun ada beberapa kes seperti kami... sampaikan ada yang sudah
kerugian RM33k.... masyaallah..... sanggup dia orang buat kerja macam ni....

Alhamdullilah,...kami masih lagi sempat berfikir untuk bertindak dengan ujian ini...


Buat kawan-kawan di luar sana,....sama-samalah beringat sebelum terkena...kami yang dalam2 beringat ni pun masih lagi terkena..harap-harap kawan2 ambil iktibar dari kejadian yang kami alami ini.... jangan cepat percaya...siasat dahulu sebelum bertindak..



9 comments:

ajumohit said...

Thanx for sharing wani, klu menipu ni mmg expert diorg ni, moga perkongsian ini dpt mmberi peringatan kpd semua

Kayu Manis said...

memang sekarang ni macam2 org boleh buat..

mcm betul terjadi..bila kita dlm keadaan panik..sesuatu boleh terjadi..itu mereka nak drp kita..dgn paniknya kita diorg akn ambil kesempatan.

mudah-mudah semua oklah ye.

tq for info ni.

wani johari said...

sama2 aju.... untuk peringatan kita semua, bank negara ckp dh 2-3 bln diaorg broperasi...

wani johari said...

cinnamon.com: harap2 x apa2 yg akan dtg, smlm dh buat report polis takut ada salah guna maklumat peribadi...

Anonymous said...

benda nei sbnr'y dilakukan oleh golongan2 y pakar.... dlm kes nei dowg rekrut ahli baru utk mjalankn jenayah nei.... sy dlu pn pnh kna gk... shell maklumkan sy menang peraduan & minta akses mlalui atm... nsb baik sy cpt2 kol celcom centre bhgn customer service minta pgesahan&harus diingat xde bnda dtg bgolek klw kta xusaha.... jgn mudah ttipu....

Orchid said...

thanks info yg berguna ini..saya penah mengalaminya..MBF gak..dorang mintak no akuan bagai...tapi saya cepat menjawab..nape tanya ai no kad bank no akaun ..sdgkan semua tuh dari bank yg sama (bnk menghubungi saya ini)...terus dia cam terdgr nada agak 'ngelabah'..lg arr nada suara saya meninggi bila dia teragak2..lps tuh terus dia cakap..dia akan semak semula dan akan hubunngi saya..sampi la nie xdek kol..maybe dh terkena dengan ruas kot..:)

sheema said...

thanks for the info..takut sgt benda2 mcmnie tjadi..

Zulfadly said...

sangt beguna info ni kak, kawan saya pernah kena

eypoi said...

saya pun pernah kena mcm ni... nasib baik tempat bekerja saya dekat bank negara... bank negara cakap ini semua tipu aje....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...