Mereka Yang Ku Sayang

Friday 20 January 2012

Selamat Bercuti Panjang....

Salam semua kawan2....

Ari ni last day sebelum bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Ku juga akan balik kampung, insyaallah bertolak pagi nanti. Sebenarnya kami baru jer balik cuti sekolah lepas, kali ni terpaksa balik juga coz fil tak sihat dan ada di wad... minggu lepas buat sedikit pembedahan . tebuk paru2 untuk keluarkan air...(suspek paru2 berair)... esok baru nak balik melawat... sementelah datuk sebelah mak pun tak sihat, strok dua minggu lepas.... semoga mereka cepat sembuh..


Kepada semua kawan2 yang balik kampung tu, pandu kereta berhati2 yeee.. semoga selamat ke destinasi anda semua. Selamat pergi dan balik..... aminnn...

Monday 16 January 2012

Orang suruh tidur dia asyik duk main lagi....

my little heroes


Inilah dia budak dua orang yang susah bangat nak tidur, dah letak tilam bantal, masih duk main2 lagi... alahai anak umi......

Thursday 12 January 2012

Tak Dapat Nak Blog Walking Hari ni....

Assalam semua kawan-kawan,

Maaf ye kawan2, hari ni tak boleh nak menjengah rumah kawan2 coz 'mata' tertinggal kat rumah dan menunggu en hubby datang jemput nak balik ambil...huhuhu.... ini mesti kerja si hero kenit berdua tu... suka betul selongkar handbag umi.... ini pun menaip sambil meraba2, semua nombor/ huruf bercantum... kepala pun dah mula pening..alahai... pagi tadi tak sempat plak nak cek beg.. main capai jer coz kelam kabut... ye lah, nak hantar si kecik ke rumah bbysttr dan si abang nak ke sekolah...




Nota umi: Buat kerja sambil mengeja ni....

Tuesday 10 January 2012

Cerita:'Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..."


Cerita ini pastinya ada yang pernah membacanya. Ku kongsikan bersama untuk panduan kita semua. Semoga kita menjadi anak yang sentiasa ingatkan orang tua kita.

Hawa udara di Changchun, Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil menggendong anaknya. 
 
Menurut laporan City Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan tergesa-gesa memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian. Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah tiga beranak ini ke rumah sakit. 
 
Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar merubah kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas kejadian itu.
 
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya.
 
Pengorbanan Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring, manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu memeritkan.
 
Tiga tahun lalu, Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga ibunya.
 
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.
 
Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." sumber : group ibu
 
 
 
 
Nota umi : Kagum dengan semangat yuanyuan.Rindunya kat mak.....

Monday 9 January 2012

Gajet Masa kini...

Bila tengok iklan dari nuffnang, banyak tentang new gajet....

tak terkejar dengan kecanggihan teknologi sekarang.

Macam-macam kemudahan untuk menarik perhatian pengguna...

Jom tengok


Nak Blackberry untuk tahun baru?


Untuk pencinta Gigi. DIGI ler...

Krim TabloQ

Cuaca sekarang ni sangatlah panas sampaikan malam2 trpaksa on air con sampai ke pagi. Sikecik zarif pun merenggek jer 4-5 kali sepanjang malam, sampai bangun pagi mataku macam panda dah... dahi dan belakang irfan dan zarif dah mula naik bintik2 merah sebab cuaca panas. Dua2 kulit sensitif. Si adik lagilaa, bila kena gigit nyamuk pun boleh jadi bengkak2...

Bila blog walking ke mylittlesecret , tengok ada kirm ni untuk kulit sensitif. Krim ni dari tanah liat, so nak cuba lah.... hari ni dah sampai pun krim nya. RM35 untuk 6 ketul. Malam ni jugak nak cuba untuk si abang dan adik. Kalau ada sesiapa nak cuba boleh lah email tunya punya blog mylittlesecret tu ye. Ku nak bagi testimonia belum lagi cuba....

Krim untuk sikecik. Inilah rupanya:

siap ada cara2 mcm mn nak guna & khasiatnya



Tengoklah aksi2 sikecik nak 'po-po'...+_+. Macam nak terbang bagai..... (sila abaikan rumah yang bersepah tu)



Sunday 8 January 2012

part iii: Bercuti

v) Melaka

Melaka dengan kl tak jauh sangat, so banyak kali jugakla kami ke sana selepas irfan ada. Masa pregnantkan abang irfan pun sempat bercuti di A' famosa resort. Sekarang ni selalu pergi balik hari jer. Bawa mak jalan2, bawak kakak & anak buah jalan2 cuti sekolah. Yang trbaru cuti sekolah lepas bawa kakak & anak2 nya jalan2 di Melaka. Tapi, tak boleh nak lama2 hujan pulak. Tak sedap nak jalan2. Terpaksa balik awal. Irfan sekarang duk minta pergi zoo melaka, masa kami pergi dulu dah lewat, zoo tutup dan sempat melawat taman buaya jer. Yang terbaru pergi Melaka sila tengok SINI

tahun 2008 - irfan 2 thn lbh

smpt snggh main playground, skrng dh x

with mak
taman buaya awal tahun 2010



tmn buaya pn ada klcc

vi) Cameron Highlands
CH ku memang teringin nak pergi sokmo tapi bila ingatkan perjalanannya yang berliku2 tu ku kena fikir2 balik. Dengan anak 2 orang rasa tak boleh nak handle sambil naik bukit sambil tahan perut yang sebu.... ku pergi masa baru2 kahwin dulu, pergi brdua je laa.. lepas tu memang teringin nak pergi plak tapi baik pergi tempat yang belum pergi lagi kan. Sampai lah cuti sekolah hujung tahun lepas ku pergi bawa kakak & anak buah. Kalau nak tengok gambarnya boleh klik SINI dan SINI


kenangan manis 2005

Saturday 7 January 2012

part ii: Bercuti

iii) Bukit Tinggi
Yang ni kami pergi balik hari jer. Tak der la jauh sangat. Bawa irfan jalan2... masa ni dia suka sangat jalan2... sekarang ni kalau jalan jauh sikit dalam keta dah bising2 jauh la, nak balik laa..macam2...



umi ngn irfan jer posing


hepi moment

cayaang manja umi

pic ni irfan yg amik, semua kena buat peace

mula2 takut, pas tu dh ok belai rabbit

dah berani pegang sorang2

bg mkn rabbit - siap nangis2 nak bw rabbit balik

iv) Genting Highlands
Pergi Genting dengan family babysitter pada awal tahun 2010. Masa ni irfan belum pun 4 tahun. Masa ni jugaklah badannya memang bulat sangat2.... dah lah kami stay kt Ria Apartment, jauh sikit nak kena jalan nak g kat outdoor games tu. Gagah jugaklah en hubby dukung irfan ni.... peel manjanya pun memang menjadi2... Banyak jugaklah mainan yg kami cuba, tapi semua yg irfan blh naik lah. Kucuba jugak naik roller coaster...hehe...boleh tahan la kecut perutnya. En hubby plak tlg tengok dan amik gambar jer. Dia memang jenis gayat...

tak blh duk diam

dgn anak2 bbysttr & k fifah


jalan2 nak g main boling
pantang jumpa games

semua dia nk main
yg ni abah kena main gak, kaki tak sampai

ngan umi
ngan k fifah - bbysttr jaga jugak

gambar brdua je lah, dah diaorg yg kecik
ni lagi

lagi

dapat pedang dr badut

umi yg nak kena naik sekali
wth fmly bbysttr - 'mak' bj biru


brgambar ramai2

pic family

pendekar belon

menunggu dikala si anak tidur
dukung dikala si anak penat


 

Part i: Bercuti...

Semenjak ada irfan ku dan en hubby kan cuba luangkn masa di waktu cuti dengan bawa si abang ni berjalan2...ronda2 tempat yang menarik. Suka tengok aksi dan gelagatnya. Nak kata bawa ke tempat yang bagus2 itu tidaklah, tapi at least boleh kenal tempat tu sambil2 bawa anak jalan2. Alhamdulillah, adalah rezeki untuk kami bercuti walau tak segah dan sehebat orang lain.

i) Bukit Merah Lake Town Resort
Kami pergi ke sana dah lama. Cuti Krismas tahun 2008. Masa tu irfan berumur 2 tahun lebih. Pergi kesana bersama dengan kawan en hubby. Sewa apartment 3D2N. Seronok sangat2, sempat la malamnya ke Pulau Pinang merentasi jambatan untuk makan2. Kami amik package combo pack yang mana tiket tu sah untuk tiga hari dan dapat masuk empat tempat.

orang utan island

tak sangka irfan berani naik ni

picture family

malamnya ada fire show


bergambar sebelum masuk water park


umi nak kena mandi sekali

tengoklah muka sedih plus takut naik bot nak ke org utan island ni
 ii) Selesa Hill Homes
Tempat ni kami pergi bersama kawan en hubby gak, cuti tiga hari dan tak kemana-mana. Pergi sana pun just tidur dan bawa anak mandi pool jer laa.. Malam dan paginya memang sejuk sangat. Tempatnya pertengahan jalan nak balik kampung. Dekat highway karak...


mandi wth frens

abah pun tumpang sekaki

sejuk  - kabus tebal wktu pg

irfan lum mandi lg, sejuk

mandi lagi

abang irfan mmg suka mkn wktu ni, brgambar pn smpt makan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...