Mereka Yang Ku Sayang

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Cerita:'Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..."


Cerita ini pastinya ada yang pernah membacanya. Ku kongsikan bersama untuk panduan kita semua. Semoga kita menjadi anak yang sentiasa ingatkan orang tua kita.

Hawa udara di Changchun, Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil menggendong anaknya. 
 
Menurut laporan City Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan tergesa-gesa memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian. Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah tiga beranak ini ke rumah sakit. 
 
Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar merubah kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas kejadian itu.
 
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya.
 
Pengorbanan Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring, manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu memeritkan.
 
Tiga tahun lalu, Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga ibunya.
 
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.
 
Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." sumber : group ibu
 
 
 
 
Nota umi : Kagum dengan semangat yuanyuan.Rindunya kat mak.....

Saturday, 7 January 2012

Part i: Bercuti...

Semenjak ada irfan ku dan en hubby kan cuba luangkn masa di waktu cuti dengan bawa si abang ni berjalan2...ronda2 tempat yang menarik. Suka tengok aksi dan gelagatnya. Nak kata bawa ke tempat yang bagus2 itu tidaklah, tapi at least boleh kenal tempat tu sambil2 bawa anak jalan2. Alhamdulillah, adalah rezeki untuk kami bercuti walau tak segah dan sehebat orang lain.

i) Bukit Merah Lake Town Resort
Kami pergi ke sana dah lama. Cuti Krismas tahun 2008. Masa tu irfan berumur 2 tahun lebih. Pergi kesana bersama dengan kawan en hubby. Sewa apartment 3D2N. Seronok sangat2, sempat la malamnya ke Pulau Pinang merentasi jambatan untuk makan2. Kami amik package combo pack yang mana tiket tu sah untuk tiga hari dan dapat masuk empat tempat.

orang utan island

tak sangka irfan berani naik ni

picture family

malamnya ada fire show


bergambar sebelum masuk water park


umi nak kena mandi sekali

tengoklah muka sedih plus takut naik bot nak ke org utan island ni
 ii) Selesa Hill Homes
Tempat ni kami pergi bersama kawan en hubby gak, cuti tiga hari dan tak kemana-mana. Pergi sana pun just tidur dan bawa anak mandi pool jer laa.. Malam dan paginya memang sejuk sangat. Tempatnya pertengahan jalan nak balik kampung. Dekat highway karak...


mandi wth frens

abah pun tumpang sekaki

sejuk  - kabus tebal wktu pg

irfan lum mandi lg, sejuk

mandi lagi

abang irfan mmg suka mkn wktu ni, brgambar pn smpt makan

Friday, 30 December 2011

Selamat Tinggal Kenangan, Selamat Datang Harapan...

2011 - Selamat Tinggal kenangan...

Semoga segala perkara yang berlaku di dalam hidup kita sepanjang tahun 2011 menjadi satu kenangan yang terpahat di sudut paling dalam di hati kita. Tak kiralah manis, masam, pahit, suka dan duka yang kita telah tempuhi, semoga apa yang berlaku menjadikan kita seorang hamba yang tetap berpaksi di bawah landasan yang benar dan betul. Menjadikan kita seorang insan yang lebih rasional apabila bertindak. Segala onak dan duri yang telah ditempuhi menjadikan kita semakin matang dalam menempuhi hari2 yang mendatang....

2012 - Selamat Datang harapan....

Harapan di tahun baru, hari2 yang bakal kita tempuhi bersama azam dan harapan yang mengunung tinggi, semoga hari2 yang akan kita tempuhi sepanjang tahun 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya. Berdoalah semoga segala yang kita harapkan diberkati oleh Nya dan dipermudahkan Nya....


 SELAMAT TAHUN BARU 2012...


2010 - br3

2011 - br4


Thursday, 29 December 2011

Kembali Bersiaran,

Assalam semua kawan2...

Alhamdulillah, sudah 3 hari selamat menjalankan tugas di pejabat. Tetapi tidak berkesempatan untuk bercerita kerana tuntutan kerja yang perlu didahulukan.

Syukur kepadaMu Allah, ayah semakin baik dan sudah keluar dari wad....

Berkaitan dengan SBPA dan skim pencen 60 tahun tu, sudah pun ku tandatangan..... kembali bekerja pada 27hb Dec, dapat surat / borang, hari yang sama juga ku hantar ke Sumber Manusia. Tak larat nak fikir lama-lama coz option pencen sebelum ni pada umur 58 tahun, so beza dua tahun jer..Insyaallah, semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik sehingga usia tu untuk ku berkhidmat dengan sebaiknya untuk negara...aminnn...

Tahun 2011 sudah sampai kepenghujungnya..... adakan anda semua sudah bersedia dengan azam baru? Macam mana dengan azam tahun 2011, sudah dilaksanakan atau adalah lagi yang terpaksa di c/f ke tahun 2012. Semoga tahun 2012 akan memberikan kita semua kejayaan dan keberkatan. Dan, semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun 2011. Segala kegembiraan yang dilalui dijadikan kenangan yang terindah dalam hidup kita dan semoga kedukaan yang dilalui dijadikan sebagai pedoman untuk kita menghadapi segala kemungkinan di tahun 2012 nanti...

Insyaallah, di tahun 2012 juga kami akan berpindah ke rumah baru... walau pun hanya mampu membeli sebuah apartment di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur ni, ku bersyukur sangat2.... semalam baru selesai membuat bayaran untuk installation grill.... perancangannya selepas mendapat kunci selepas Tahun Baru Cina ni, pemasangan lampu dan kitchen kabinet (ku ambil rumah + renovation ngn pemaju) serta cat, insyaallah...sudah boleh pindah... semoga dipermudahkan oleh Nya...

Esok sudah jumaat dan di hujung minggu ni projek back to school abang irfan pulak. Kasut, seluar dan beg sekolah belum ku beli lagi. Baju sekolah masih boleh dipakai yang tahun ni.. masih elok lagi.


sekadar gambar hiasan - rindu ini budak

sekadar gambar hiasan - rindu ini budak juga




Kawan2 macam mana dengan persiapan sekolah anak2? Mesti sudah get ready semuanya kan.... abang irfan dah tak sabar nak bersekolah 6 tahun....

Wednesday, 14 December 2011

Konvo SIL & iCity...

Hujung minggu di musim cuti sekolah memang jadual penuh dengan aktiviti jalan - jalan bawa anak buah ronda-ronda kl. Nak ambil cuti di hari bekerja cuti memang dah habis...tinggal satu hari jer. So, di hari minggu jer boleh jalan - jalan. Kena susun jadual betul-betul. Dari pagi berjalan sampai pagi balik...hehehe...

Kebetulan plak abang dari Johor datang kl hantar wife dan anak-anak pada 6hb coz dia ada kursus pengadil bola sepak di Melaka esoknya. Tambahan my SIL ada konvokesyen Open u pada hari sabtu 10hb. Ku nak kena temankan my SIL amik jubah konvo pada petang jumaatnya. Abang balik dari Melaka jumaat malam. Mak pun sampai kl hr yang sama. Seronok sangat2, semua family berkumpul dirumahku. Walau rumah sempit, masa tidur pun kena susun atur tapi suasana memang meriah sangat. Irfan lah orang yang paling hepi, ada sepupunya ramai2 main bola la, psp la, games internet la. Sampai jammed pc ku.

Sabtu pagi awal2 lagi ke pasar with en hubby cari kepala ikan merah masak kari dan asam pedas. Perghh, sedap sangat. Majlis konvokesyen my SIL mula 2.30 ptg tapi nak kena ada satu jam awal. En hubby drive bawa abang & SIL ke PWTC. Ku pergi sekali nak pakaikan jubah SIL. Selepas diaorang masuk dewan ku balik untuk get ready nak shopping selepas habis konvo SIL.

Petang selepas konvo SIL kami gerak ke Parkson The Mall.... SIL nak belikan beg sekolah princess utk anak dia. Dia cakap murah sikit compare dengan kat Johor. Ku tak amik tahu coz mana ku ada anak gegurl nak beli beg princess bagai. Beg Ben 10 iyo laaa...

Selepas magrib & isya' di The Mall, kami bertolak ke iCity Shah Alam. Perjalanan smooth jer..... tapi bila nak masuk ke iCity.....hohohoho, jammed giller. Dah ler tak boleh masuk melalui pintu masuk utama, kena cari pintu belakang (pintu dari arah Klang).... kereta banyak sangat..bayangkan jauh lebih kurang 100 meter ke pintu masuk tetapi jammed kat situ dekat satu jam. Abang irfan dah bising-bising kenapa lambat sampai, dah laa lampu dah kt depan mata lagi laa orang tu bising...

Bayaran masuk RM10 percar di waktu malam. Kalau siang RM1 jer, tapi sape yang nak datang siang-siang hari. Datang kat iCity kan nak tengok lampu. Pusing punya pusing, parking nuuuun haaa kat padang bawah sana dekat dengan pintu utama. Dah la dari tempat  parking nak ke padang yang ada lampu tu jauh & tinggi, lalu ikut short cut naik bukit. Ramai yang duk bising2 management tak sediakn laluan yang senang ni ke padang iCity.

Budak-budak seronok la tengok lampu, macam2 color. Aku jugak laa yg lenguh coz zarif tidur. Lupa plak nk kejut dia tengok lampu, mesti dia seronok.

Kami sampai rumah pukul 2 am.....




abg & SIL - warna merah ikut fakulti sil amik sains math (cikgu)

sayang seorang suami

so sweet

thn dpn abg plak smbung bljr

ku amik pic smpi lupa nk brgmbr ngn SIL

sweet family - yg ke 5 thn depan

icity

hepi moment wth cousins

abg irfan

ceria

colorful

ni masa thn lps - rm2 percar

skrng ni dah x cactus ni

lampu lagi

kaku brgaya thn 2010

sengih bukan senyum...

ngn mak

lampu
semua nk jd rabbit


Kalau nak pergi kena g awal2 baru puas hati nak bergambar bnyk2 & lama2... yg ni duk jammed brjam2 dah sampai park jauh, penat pun adoo....

Wednesday, 8 June 2011

No Komen

Buat semua kawan2 blog...ada sesiapa tau tak macam mana nak buat, saya tak boleh nak tinggal jejak @ komen dkt blog2 kwn2.... adakah blog saya yang trsilap setting?... kalau ada sesiapa yang tahu pls. minta tunjuk ajar ye.. tq..

Tuesday, 24 May 2011

Entry Rindu...

RINDU, RINDU SERINDU-RINDUNYA....
Salam semua kawan2.... rasanya cm dah lama tak buat entry baru... rindu pd kwn2 semua..(eceh, mcm rmai yg bc blog aku nih, ahaks).... kalau buka blog pn cuma jejalan kt blog kwn2..nk buat entry...ya ampun, mak ponat.... mood nak menulis dah lari... sedangkan cerita yg nak dikongsi bersama dah dalam kepala tapi bila nak ditukar kepada esei ni yg slow skt..hehehe..almaklum la, sudah lama x buat karangan... ayat pn dah tunggang trbalik...

Keadaan mak tenet yg makin slow pn buat moodku berterabur nk buat entry... tenet kt umah pn slow, kt opis pn sama... dengan bebanan kerja yg semakin menjadi2...disebabkan sistem yg asyik buat hal, nk kena refresh 4-5mnt smbil melangut kt dpn pc, br leh sambung... so, makin menimbun kerja mak ni haaa.... 

Keletihan disebabkan si kecik meragam dimlm hari buat mataku merah bab saga nk ke pejabat..hehehe..x tau la kenapa sikecik tu, kembung perut kah, meragam nk pandai benda baru kah, atau ada kwn dia duk usik kan...poning kepalo den...eseeyy....

Hari ini, sudah kupupuk2, ku belai2 agar mood menulis datang balik...biarlah ayat nya tidak sepuitis mana pn, tidak semelangkolik mana pn, tapi ku mesti mengait bait2 cerita dengan harapan entryku dpt dikongsi bersama kwn2..kalau bukan menjadi pedoman, cukuplah sekadar pengisi diruang senggang kalian....

Yang paling penting aku dah rindu kat kawan2 blog semua.....yeayyy....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...