Sekadar berkongsi info yang di baca bersama. kalau kawan2 suka baca kosmo online akan ada tajuk berita seperti di atas.
Risau dan takut pun ada jugak, ye lah di zaman sekarang ni kedua2 ibu dan bapa yang bekerja seakan2 menjadi satu keperluan untuk mejalani kehidupan yang sederhana dengan keadaan harga barang yang semakin meninggkat. Bagi yang berpendapatan sederhana macam kami ni, bekerja dari pagi sampai ke petang, cukup2 untuk tampung perbelanjaan bulanan dengan harga barang sentiasa naik, sedikit simpanan dan untuk pembelajaran anak2...
Bila difikir2, keadaan ibu bapa yang sentiasa sibuk jarang mengambil tahu perihal dan permasalahan anak2 mungkin punca gejala sosial sekarang. Walau sesibuk mana pun kita di harap janganlah kita lupa untuk luangkan masa bersama anak2... di waktu anak membesar inilah dia ingin berkongsi dan bertanyakan banyak perkara. Semoga kita dapat membimbing anak2 menjadi orang yang berguna..
Jom baca :
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.
“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.
Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.
Tiong Lai memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka.
sumber: kosmo online
1 comment:
inilah yang menakutkan betoi tak... tapi tuler kadang2 tuntutan pekerjaan dah macam tu ...
ps yang penting akak cuti dua minggu lepaihni luangkan masa dengan anak2 untuk mengurangkan rasa bersalah selalu tinggalkan diaorang..
Post a Comment