Mereka Yang Ku Sayang

Tuesday, 20 December 2011

Suasana semakin sunyi...

Semalam, 19/12/2011 @ selasa, kakakku yang sulung telah selamat bertolak balik kampung Kelantan setelah bercuti 3 minggu di sini sambil menjaga bby zarif dan abang irfan. Abang irfan menangis bila kak liya, abang aqib & kak diba nak balik kampung.. mesti sedih kan, dah lama duk sini, main sama2, jejalan sama2.... sunyi sangat malam tadi bila balik rumah. Hanya kami berempat... baby zarif mencari - cari jugak mereka, masuk bilik, keluar bilik, masuk dapur...

Baby zarif terpaksa ditinggalkan di rumah bbysitter sementara selama dua minggu sehingga rumah maknya siap diubahsuai sepenuhnya. Semasa hantar bby zarif semalam dia menangis agak kuat dan lama... berenti jap, then nangis lagi...sedih sangat bila dengar dia menangis semasa menelefon 'opah'nya itu. Abang irfan tak mahu ke rumah opah. Terpaksalah umi bawa ke pejabat. Ahlamdulillah hari ni abang irfan sudah mahu ke rumah opah, 'jangan lupa tengok-tengokkan baby ye sayang'....

Selepas hantar bby zarif, duduk jap di luar rumah dengar2 suaranya yang menangis... sayu sangat hatiku ini..sambil turun tangga sambil meleleh air mata... selalu macam ni bila mula - mula hantar anak ke rumah bbysttr...risau, kerana first time duk sana...sampai bawah sambung nangis lagi.... kakak pun duk msg tringat2 kan bby zarif...sampai meleleh air mata...rindukan keletahnya tu...

'Opah' diaorang msg bagitau bby zarif dan abang irfan ok, baik2 jer kat rumah...lega sangat.... itu lah hati seorang ibu, walau luaran seperti biasa tapi di hati hanya Tuhan yang tahu perasaan kami yang terpaksa tinggalkan anak2 untuk keluar bekerja..ku tak boleh imaging mereka yang terpaksa berjauhan dengan anak2 kerana tuntutan tugas.... aku yang keluar pagi balik petang pun duk risau dan rindu dengan anak2...tak sabar nak balik rumah...peluk dia orang ketat2....

Hari ni may b balik kampung petang nanti, dapat call dari abang ipar menyatakan ayah mertua sakit... sedang menunggu hubby siapkan kerjanya sebelum balik rumah kemas baju dan amik abang irfan & baby...siapnya nanti bertolak balik,.....semoga perjalanan kami selamat dan dapat menemui ayah... semoga ayah cepat sembuh....


c long & bby zarif

1 comment:

cinnamon.com said...

hati seorang ibu,hati-hati ye..perjalan ke kmpung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...