Mereka Yang Ku Sayang

Friday, 16 December 2011

Kena Attend Majlis Penganugerahan di Melaka

Semalam terpaksa ke Hotel Avillion Legacy Melaka kerana menggantikan bos ke majlis penyerahan & anugerah agensi terbaik projek perluasan Standard Accounting For Governmet Agencies (SAGA) & Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan SAGA. Ke sana bersama2 rakan sekerja & seperjuangan. Bertolak pkul 11.30 pagi, majlisnya bermula 2.30 petang dan dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia YBhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman.

Bagi semua agensi badan berkanun persekutuan, SAGA diperkenalkan untuk menambahbaik sistem perakaunan dalam menyediakan penyata kewangan dengan lebih efisyen. Aswara adalah projek fasa iv bersama 6 agensi yang lain di mana pembiayaian sepenuhnya oleh Jabatan Akauntan Negara. Dalam RMK9 sebanyak 52 buah agensi badan berkanun persekutuan menggunakan SAGA dalam perakaunan.

Selepas majlis pukul 4 petang terus kelam kabut bertolak balik ke kl. Tak sempat nak minum pun risau lambat pulak sampai kl.....aduyai, penat gak ulang alik g Melaka semalam.

Unik sangat bangunan hotel ni, lawa bangat, tapi mana sempat nak snap pic pun.... layan jer yg ada yee...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...