Mereka Yang Ku Sayang

Thursday 1 December 2011

Hati Risau....

Di hujung2 tahun ni macam - macam hal pula yang berlaku.... si kecik yang semakin lasak demam silih berganti. Dah la cuti pun memang tinggal hujung-hujung nyawa dah ni, si zarif plak demam. Kadang - kadang duk terfikir adakah pemberian susu ibu yang tidak serasi menyebabkan dia begitu... tetapi kena berfikir positive, nak dibandingkan dengan ujian mereka - mereka yang lain apalah sangat hendak dibandingkan dengan ujian kita ini.. sebelum ni pernah ku bercerita yang susu semakin kurang. Dengan baby zarif tidak mahu menyusu menggunakan botol di siang hari dirumah bbysitter jadinya kuantiti dia menyusu semakin kurang. Sekadar menyusu di waktu malam, rasanya daya ketahanan dia semakin berkurang. Sebab tu cepat jer sakit atau demam menyerang.

Duk  terfikirkan bagaimana mahu mengatasi masalah ini membuatkan kepala asyik pening....risaunya hati usahlah cerita. Nak mengadu pada en hubby rasanya seolah - olah benda ni terlalu simple dan rasanya tak nak bebankan dia dengan macam2 hal pula, dahlah kerjanya semakin tak menentu. Semenjak bertukar jabatan ni, sibuknya dia.... kesian pulak tengok....ku ingin mencuba set Shaklee untuk membantu perjuanganku ini dan, alhamdulillah dah sampai ketangan ku semalam dan bermula hari ni ku cuba. Semoga dengan pertolongan Allah dapat ku teruskan membekalkan susu ibu buat zarif.


Dalam sibuk bekerja ni pun hati duk fikirkan si kecik tu jer.... bagaimana jalan @ cara untuk membuatkan zarif mahu minum susu..... duk terfikirkan nak kena cari puting susu yang sesuai ni... dan, nak kena cari vitamin untuk dia sekali....

Ada cadangan tak kawan2? atau ada tak sesiapa yang ada pengalaman macam ni dan sudi berkongsi info dengan saya.....



untuk kawan2 yang ingin mencuba shaklee boleh la ke blog ALIN. Banyak info dalam blog ni, semuanya mengenai susu ibu...

tengoklah, susuku semakin kurang...sedihnya

si zarif yg dah x mo didukung

4 comments:

Munn Jaafar said...

nk bg cadangan pun sy blum ada pengalaman kak...tp dari pembacaan bykkan mkn sayur yg boleh mbanyakkan susu badan...ce google tgk..ada kot

wani johari said...

munnafendy:tima kasih atas cadangan, skrng ni pn akak tgh brusaha nk bnyk kn susu, tp yg pening si kecik x nak minum gn botol...

ajumohit said...

Try tukar puting botol tu wani, Adam pon dulu mcm tu, kene beli putting yg warna coklat Dan lembut, tp zarif tembam! Geram tgk

wani johari said...

aju:skrng ni mmg gn puting color kuning tu...ni br jer beli brand nuk..x tau laa cm ner...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...