Sambungan :
Kami ke CH 2H1N jer....esoknya pagi2 lagi bangun dan mandi nk check out dan jalan2 sebelum turun kl. Kami sarapan di medan selera Brinchang yang berhadapan dengan dewan. (lupa nama dewan pe) Hujan dah mula renyai2...dah laa ku tak sihat, cuaca sejuk yang amat. Rasa hidung pun kembang semangkuk dah ngan merah lagi.
Perut dah kenyang, mula bergerak ke tempat2 yang menarik. Hujan yang rintik2, berangin memang tersangatlah sejuk. Zarif ngan irfan memangla seronok dengan cuaca sejuk...aku jer yang tak larat nak auuucuummm....
Destinasi pertama selepas sarapan ialah ke EQ Strawberry Farm bersebelahan dengan Hotel Equatorial . Tengok di signboard boleh petik sendiri tapi kami tak petik pun coz mahal sangat di musim cuti sekolah ni. Hanya 3 orang per entry dan minimum petik kena 500gm kena bayar RM20. Kalau tak cukup 500 gm dia orang akan tambahkan kasi cukup. Kami dah la ber8, mau RM60 kalau nak masuk.... ku tanya anak2 buah kot2 diaorang nak masuk, bagi peluang diaorang nak rasai petik sendiri. Memasing tak nak.. last2 tak jadi masuk, strawberry pun tak beli coz dah beli kat pasar malam. Beli jagung mutiara jer RM10.
Dalam perjalanan ke EQ Strawberry farm sempat gak kami singgah bergambar di Multicrops Central Market. Macam - macam barang dijual di sini. Kebanyakannya berasaskan strawberry. Ada jugak pokok kaktus, bunga segar, jem & banyak lagi.
Lepas tu gerak ke Rose Valley. Bila duk berdukung si kecik zarif ni memang kulupa terus nak ambil gambar. Rose Valley ada macam2 jenis bunga roses @ mawar...comel2 jer semuanya. RM4 perentry utk org dewasa dan kanak2 RM2 rasanya. Sempat gak jalan2 di gerai2 jualan di tepi jalan tu. Beli limau madu RM10 sekilo, beli sayur2 dan strawberry lagi untuk bagi kat kawan2...
Gerak ke ladang teh plak, anak2 buah (Kak Liya, Abg Aqib & kak diba) nak bergambar di sana. Kami pergi ladang teh Bharat jer, coz senang sangat nak naik. Dekat jer dengan jalan. Kalau Dari Simpang Pulai kita akan jumpa di sebelah kanan, sebelum Rose Valley. kebetulan si kecik zarif dah tidur, aku tak pergi pun ke ladang, berehat jer kat Cafe Bharat Tea minum teh tarik dengan en hubby. Abang irfan dengan sepupu2 nya duk main kejar2 di ladang teh di bawah hujan gerimis.....sejuk bangat.
Masa kami datang dulu pergi ke ladang teh di Sungai Palas, memang cantik ladang nya, boleh tengok cara pemprosesan teh, tapi nak pergi ke sana jalan punya lah curam...lagipun kami kesuntukan masa nak turun ke kl plak. Pergilah je la ke Bharat. Beli teh strawberry sekotak dua....kesukaan abang irfan....
Sebelum balik kl mesti beli sayur2 an yang segar dari Cameron. Semalam dah survey kat pasar malam, tengok 8 paket RM10...mahal betul musim cuti sekolah dan weekend, kalau hari biasa 14 paket RM10.
Dah nak balik kl, sempat lah singgah di Kea Farm. Nak cari sayur-sayuran segar. Kereta dan orang memang banyak plus ramai. Nak cari parking pn susah, ada la sorang mat bangla duk lambai2 ckp ada parking kat bawah, belakang bazar. RM3 perentry. Ingat parking senang jer rupa2nya, masyaAllah..... menjunam / curam turun ke bawah sampai ku pegang seat ketat-ketat, taakuuut.... jalan-jalan pusing bazar dan gerai-gerai jualan sayur. Ku beli sayur selonggok dua buat jiran dan bbysitter. Kea farm antara yang tertinggi di Cameron ni, angin bertiup punyalah kuat, hujan gerimis plak. Zarif yang tengah tidur pun boleh terjaga, sejuk. Ku peluk dan balut dengan shawl pun tak boleh tahan sejuk, dia nangis2 plak. So, jap jer la kami kat kea farm tu...
Jam dah dekal pkul 1 kami turun ke kl. Hajat nak singgah berposing di Smoke House pun tak sempat. Masing2 dah penat, jalan sikit jer penat jer lebih.....
Masa balik en hubby pilih ikut jalan Tapah....dia cakap Tapah lagi dekat dan jimat masa plus tol pun belas2 RM jer. Tapi masa kami lalu tu, ada dua tempat tanah runtuh, orang tengah baiki. Dapat info dari JKR sebenarnya lalui Tapah tu dah nak kena tutup tapi ramai orang @ penduduk tempatan tak bagi tutup. Jalan pun dah tak kuat, struktur tanah lembut dan kat bawah pun dah banyak tanah mendap. Sib baik kami selamat sampai. Sempat jugak singgah tepi jalan beli petai dan madu 2 botol. Botol besar RM30 jer...
2 comments:
bestnya dpt petik strawbri sendirik kan wani, ke main zarif duk drive tu hehehe...seronok dpt berjalan ramai2 kan, ada tukang dukung anak2 di kala kita kepenatan hehehe
brjln time ct sek br leh rmai2..thn dpn entah dia org dtg kl lg ke x...
Post a Comment