inilah map yg ku amik dr google |
Bulan Disember jer cuti sekolah panjang, so kalau nak jejalan mana2 pun mesti tunggu ujung tahun semenjak abang irfan mula sekolah tahun ni. Nak balik kampung pun kena tunggu dia cuti sekolah panjang sikit baru plan balik, tak nak ajar dia ponteng sekolah.... nanti dia ketinggalan banyak subjek dan homework pun banyak.
Cuti sekolah kali ni memang seronok bagi abang irfan coz Cik Long dan sepupunya datang bercuti di sini sejak awal cuti lagi... kebetulan bbysitter dia orang minta cuti sebulan nak renovate rumah, maka ku ajak la kakak kt kampung datang sini sambil2 bw anak2 nya bercuti. Mereka datang sejak 27 November lepas dan insyaallah 20hb ni dah nak balik kampung. Sedih la abang irfan nanti....
Sebelum anak buah datang pun dah janji dengan dia orang nak bawa g jejalan kt Cameron Highlands. Ku fikir tempat yang paling sesuai nak bawa si kecik tu berjalan.....cuaca dingin tak panas....Awal2 lagi dah booking hotel area Brinchang. (hotel bajet jer coz rumah penginapan office en hubby penuh)
Kebetulan sungguh, dekat - dekat hari nak bercuti ku selsema plus batuk plus demam. Sungguhlah tidak seronok. Tapi sebab hotel dah bayar deposit dan cuti pun dah ambil, pergi jer laa.. standby jer ubat berkoyan-koyan. Bertolak ke CH pada hari Ahad (5/12/2011). Bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi, dah agak lewat. Maklumlah, macam2 hal nak kena setle sebelum bertolak...ini baru anak dua orang, kalau ramai tak tahu laaa....huhuhu....
Ku ajak en hubby lalu ikut Simpang Pulai coz sebelum tu ku dah google jalan nak ke CH, ramai yang cakap jalan ikut Simpang Pulai lagi elok dari Tapah. Sebelum ni ku pernah lalu ikut Tapah. So, nak try lalu Simpang Pulai. Kalau dari tol jalan Duta tu amik exit 137- Simpang Pulai. Dari tol tu ada simpang tiga amik kanan dan ada trafic light amik kanan. Kat situ pun dah ada signboard. Tol lebih kurang RM23/24. Kalau nak lalui ikut Tapah, boleh amik exit 132.
Inilah first time lalu Simpang Pulai, jalan ok laa sikit tapi rasanya tak beza sangat dengan Tapah. Jalan bengkok2, pusing2 pun boleh tahan banyaknya. Bergelodak jugak la isi perut..+___+ sib baik boleh tahan lagi.... beza jarak lalu ikut Simpang Pulai dengan Tapah lebih kurang dalam 60 - 70km jugak. Dekat lagi Tapah.
Sampai di Brinchang dalam pukul 1.45 tengah hari, pusing2 jap terus check in. Lepak2, solat dan turun makan2 dan ke Pasar Malam. Cuaca ok lagi dan makin sejuk.
abang irfan dah get ready nk keluar |
c long, bby zarif & umi |
gerai2 di psr malam brinchang |
key chain - paling murah 14 ketul RM10 - kena rajin survey |
pilih2 - shopping |
bby zarif suka strawberry |
tamak- dua2 belah tgn |
Jalan - jalan kat pasar malam tak lama sangat coz cuaca makin sejuk dan hujan dan mula rintik. Kami cepat2 balik ke hotel. Golek - golek jap sambil makan - makan hasil 'tuaian' di pasar malam tadi. Anak buah beli strawberry celup coklat 3 cucuk RM5, dia orang cakap sedap.... try jugak cendawan goreng, brocoli goreng.... sedap makan panas2....
Petang tu keluar lagi ke Tanah Rata plak, ingatkan pesta di depan Majlis Daerah Tanah Rata masih ada lagi, rupanya dah habis 3hb.... makan2 plak di Orkid food centre. Ingatkan nak makan steamboat kat situ, tapi ada orang pantang sea food, terpaksalah dilupakan... masing2 makan yg goreng2 jer...
Balik ke Brinchang, selepas solat magrib nak turun ke pasar malam plak....gilir - gilir dengan kakak, malas nk bw si kecik keluar. Kakak keluar jap jer dengan anak2nya, tak sempat nak beli pepe pun hujan makin lebat.... terpaksalah berkurung jer...sambung jejalan esok....
2 comments:
Ohoii bestnya pi Cameron ye wani, Lalu SG pulai kurang skit peningnya kan wani, klu ujan2 ni mmg seejukkk la Kat sana ye
boleh tahan sejuknya aju, musim hujan..bw anak buah jaln2...
Post a Comment