Pada petang raya ke 2, lebih kurang pukul 5 petang hujan turun dengan lebatnya beserta kilat sehinggakan pokok rambutan di hadapan rumah mak sedara telah tumbang dan menghempap kereta waja anaknya yang bekerja di Putrajaya. Nasib baik kereta tersebut tidak mengalami kerosakan yang teruk. Agak lama juga sepupu2 yang lain berusaha alihkan pokok tersebut tetapi mengalami kesukaran kerana hujan lebat. Akhirnya setelah dibuang dahan2 dan ranting, kereta tersebut dapat dikeluarkan.
Malamnya juag kami terpaksa bergelap kerana wayar elektrik yang menyambungkan ke rumahku terputus. Setelah menelefon 4 kali TNB, dan menunggu dari pukul 5 ptg hingaa 11.30 mlm barulah tenaga kerja dari TNB datang.... itu pun setelah ku telefon dan mengugut jika ada kemalangan jiwa siapa yang mahu bertanggungjawab kerana wayar elektrik yang terputus tadi masih lagi berjuntai di tanah dan arusnya boleh memgundang bahaya..... kami semua tak berani turun ke bawah / tanah....
Ermm, nasib baik atap rumahku tak diterbangkan angin....
Pic yang sempat di ambil....
2 comments:
Syukurla tiada kmlgan jiwa kan wani, sib bek tnb tu dtg, klu tak bhya juga wayar letrik dibiarkan mcm tu je
alhamdulillah, semua selamat...geram gak ngn TNB, services slow tp tarif naik..
Post a Comment