Assalam buat semua kawan2...
Bila bw ke blog kawan2 semuanya bercerita pasal open house dan raya dan raya.. sampaikan sehari 5-6 buah rumah diterjah utk beraya + open house....
Bagiku pulak, bila naik office jer dari cuti raya, kerja menunggu dengan banyak sekali....mood raya pun dah 'swing'.... kebetulan, seorang dari staf ku masih lagi bercuti, bercuti raya dan sambung cuti kahwin sekali sampai 3 minggu.... so, sebahagian dari kerja2 dia kenalah ku siapkan... kena setle kan gaji..maklumlah 'orang gaji' kan..pulak tu payday pun dalam minggu ni.. alhamdulillah, dah setle @ selamat dihantar ke bank.... segala tuntutan bagai mak nenek pun banyak.... kena selesaikan semua kerja baru selesa nak brblog....
Cuti minggu lepas yang 3 hari ku tak sempat nak plan brjalan ke mana2... en hubby plak kerja, kerja & kerja... dari Selasa dia dah mula balik lewat malam & sambung ke jumaat, ke sabtu sampaikan jemputan beraya dari kawan2 terpaksa dilupakan...
Pagi jumaat (16/09/2011) sempat la bawa sikecik & abg irfan ke dataran tengok sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia.... itupun dah nak habis baru sampai, merajuk sekejap si abang... kami ke sana naik lrt elakkan 'jem'..balik nya cuma kami bertiga, en hubby terus ke tempat kerja.... aduyai, tak pernah berjalan dengan mendukung sikecik & memimpin si abang.... hu3.... penat gak... petangnya sempat ke rumah Zu....
Sabtu ada 4 undangan open house, shah alam, kelana jaya, Damansara damai & Ulu Yam.... en hubby kerja lagi..pagi2 dia tlg belikan sarapan dan terus g kerja... Last2 kami ke Kelana Jaya jer.. 3 rumah lain tak dapat nak pergi..maaf ye kawan2...
Ahad cuma ada 1 rumah di Country Homes... kami pakat2 kemas rumah sampai pkul 3 baru siap... last2 petang baru ke sana....
Kamera tetap ku bawa ke sana sini tetapi pic nya tak sempat di ambil pun...
No comments:
Post a Comment