Mereka Yang Ku Sayang

Thursday, 8 September 2011

Cerita Stok EBM bby Zarif

Sudah lama tak update pasal stok EBM bby zarif. Masih lagi meneruskan usaha menyusukan bby zarif dengan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun. Moga2 dipermudahkan olehNya. Alhamdulillah, zarif sudah 10 bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya. Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan Mu....

Bulan Ramadhan baru2 ini pun ku masih meneruskan sesi mengepam, cuma dikurangkan sesi sahaja. Zarif pun masih menggunakan stok yang ada. Cuma, hasil 'tuaian' di bulan Ramadhan agak merudum coz ku pump pun 1x sesi sahaja...

Semalam setelah mengemas stok2 yang ada, agak banyak yang terpaksa 'dibuang' kerana sudah expired - sudah melebihi 4 bulan. Stok bulan April 2011 masih lagi ada. Dan sekarang ni pun zarif masih lagi gunakan stok bulan Mei 2011. Ku hanya berani gunakan sehingga 4 bulan sahaja. Walaupun kuguna freezer 2 pintu dan di atas hanya utk stok EBM zarif sahaja, ku takut & tak berani nak gunakan lebih dari 4 bulan. Sekarang ni pun ku alami kesulitan utk stor kan stok EBM zarif ni... terasa ingin ku beli jer deep freezer @ chest freezer.... ini masih lagi ku fikir2 kan....

Jom layan rezeki bby zarif ni....

yang terpaksa dibuang - sedih gak...

stok Jun 2011

stok Julai 2011

stok Ogos 2011 - x banyak coz banyak gunakan utk bekalkan di rumah bbysttr


freezer macam dah tak muat nak letak stok EBM ni




kawan2 yang menyusukan baby macam mana dengan stok dibulan Ramadhan?

2 comments:

ajumohit said...

Meriahnya stok ebm wani!!! Aju suke tgk ebm wlupun dah tak memerah lg, aritu smpt setahun 3 bulan je fully breastfeed pastu campur dh...chaiyok wani!!!!

wani johari said...

Terima kasih aju.... puas hati jugak la kan dh smpi sthn lbh adam menyusu... terima kasih sekali lagi atas doa aju...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...