Mereka Yang Ku Sayang

Friday 6 May 2011

Selamat Hari Ibu Semua....

Hujung minggu ini kita semua kaum ibu akan menyambut hari ibu.... Bila kita dah brgelar ibu barulah kita tahu kasih sayang seorang ibu tiada bandingannya, tiada harga yg boleh dibayar n tiada emas yg boleh ditukarkan... semua nya mengenai kasih sayang....

SELAMAT HARI IBU,

Ibuku: FADILAH BINTI MAJID
Ibu lah tempatku mengadu bila dalam kesedihan, ibulah yang membesarkan kami 3 beradik setelah kematian suami 31 tahun dahulu, dengan hati yang cekal membesarkan kami sehingga kami berjaya. Ibulah juga penenang hatiku di kala ku keresahan, ibu lah seorang sahabat yang begitu memahami... seorangpendengar yang setia....ibu penguat semangatku dikala menduduki peperiksaan, menghadiri temuduga, disaat2 bersalin n bersama - sama menangis dikala anakku yg pertama terpaksa dimasukan ke Paeds semasa berumur 1 hari. Aku masih lagi teringat kami sama2 berpelukan bila mendapat khabar ini,sama2 menangis kesediahan,...juga sama2 menangis kegembiraan bila sikecilku sudah sihat.... ibu, jasamu tidak dapat bandingkan dengan segala kekayaan di dunia ini.....kasih kasyangmu penguat semangat ku....  TERIMA KASIH MAK....

Ibu Mertuaku : NAB BT TEH
Terima kasih mak kerana menerima diriku yang serba kekurangan ini didalam keluargamu dan mengasihiku seperti anakmu sendiri.


Anak2 ku:
MUHAMMAD ZAIM IRFAN & MUHAMMAD ZARIF IMRAN
Kehadiran kalian membawa seribu pengertian dalam hidup ummi.... Doa ummi agar kalian menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat...aminnn....


BUNGA UTK KITA SEMUA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...