Mereka Yang Ku Sayang

Tuesday 24 May 2011

Kek Coklat Kukus

Beberapa minggu lepas, selepas ku godek si tenet mencari resepi, tibalah masa dipraktiskanpula. Resepi yg ku guna ni yg paling simple n yg penting senang bg org yg tak pandai masak cam aku ni...dulu pernah gak buat tp resepi yg lain n satu acuan tu bnyk sgt, bila nk bljr ni cm rugi plak bila kek kita tak menjadi dan terpaksa ditong sampahkan..huhuhu...nk bagi jiran2 mmg segan tahap kritikal la kan...

Sebanyak 3 kali ku buat kek kukus ni n akhirnya dah tau la apa yg kurang n lebihnya pada resepi ni. Alhamdulillah, boleh lah ku buat utk birthday abg irfan nanti,.... sekarang ni ku nak belajar buat ising/ cream utk hiasan plak... bila dah jadi nanti bolehlah kita berkongsi resepi ye...

Oklah, jom layan pic kek coklat kukus....

cubaab pertama - warna n rasa agak manis kerana serbuk coklatnya brcampur dgn gula

yg ni pecah skit coz guna tepung naik sendiri + 2 sudu baking powder

kek ni mampat sgt coz guna susu kotak berperisa coklat

setelah 3x percubaan, ku rasa kali ke 2 tu kek dia lawa skt, n rasa pun sedap- lain dari yg per1 n ke 3

Ini resepinya :

Bahan A (ayak)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan B
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus - kalau tak suka manis kurangkan sdkt
  • 1/2 cawan butter
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan C
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 kotak susu (250ml)/1 cawan - saya guna cawan yg sama utk sukat tepung
  • 1/4 cawan minyak masak 
TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko / 2 sudu sebuk koko – bnyk nt rasa pahit
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati guna sudip kayu. Pukul sekejap guna mixer.
Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Then kukus 45min atau sehingga masak.Utk test kek dah masak / belum cucuk kek dgn lidi, kalau kek tak melekat di lidi tandanya kek tu dah masak..Dah masak sejukkan.
Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...
Untuk lebih sedap, letakkan dalam peti sejuk tapi saya lebih suka makan panas2...
So simple, selamat mencuba ya.....
Kawan2, suka makan kek?... Kalau suka, Silalah cuba resepi ni, insyaallah menjadi n sedap...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...