Mereka Yang Ku Sayang

Tuesday 28 June 2011

ChickenPox Menyerang lagi......

Salam semua kawan2....

Hari ini bersiaran dari rumah, terpaksa ambil cuti - tak tahu sampai bila coz bby zarif demam & kena CP. Semalam abg irfan baru jer mula sekolah setelah terpaksa cuti hampir 2 minggu. Banyak pelajaran yang tertinggal. Semalam dia bawa balik banyk homework yg teacher mengajar masa dia cuti. Jenuh nak siapkannya.. Bila bising pasal main2 @ lambat buat hw dia siap cakap, 'sabarlah umi, tangan abg irfan kan sakit ada chickenpox..'...

Semalam jugak bby zarif demam, ambil halfday balik rumah. Malamnya bawa ke klinik & doktor bagi ubat antivirus....doktor pun x banyak cerita coz situasi yg sama dengan abgnya... kesian bby zarif asyik merenggek jer, mlm tadi pn x tidur...ni pun dah ting tong rasanya...

En hubby pun demam2 jugak dah 2 hari..on off... dah bising2 tanya pernah kena CP ke tak, dia cakap lupa. Malam tadi demamnya agak teruk...bila bangun pagi tadi tengok bintik2 kat dahi....sah2 CP ni....huhuhu...
CP menyerang LAGI...... penatnya ummi nak handle bila dua org sakit sekaligus..... tapi nak buat macam mana kan, inilah dugaan dan ujian dariNya...

Mintak2 jururawat family ni tak kena lah chicken pox ni @ sihat semasa mereka2 ini... Rasa2nya pernah kena CP sebelum ni masa kecik2 dolu2... so, peratusan kebarangkalian nak kena lagi sekali amatlah tipis....

Erm, oklah kawan2....nak kemas apa yang patut, sementara bby zarif tidur.....

Monday 27 June 2011

Friday 24 June 2011

Rehat Panjang Di Hari Jumaat....

Bila tengok tajuk entry kat atas, sape2 yang kije gomen ke, semi gomen ke, badan berkanun ke, rehat pada hari jumaat sangatlah panjang iaitu 12.15 tgh hr hingga 2.45 ptg. Rehat jumaat ni untuk para pekerja lelaki pergi solat jumaat, namun bagi staf pompuan plak, apa lagi shopping laa.. tambah2 kalu offoce sebelah sogo jer...round2 jalan TAR ke... rehat 2 jam setengah pun tak cukup..

Lunch tadi aku pun tumpang sekaki member yang nak ke jln TAR, sah2 office sebelah jer kan... ingatkan nak pergi cari hadiah GA.... tapi rambang mata tgk sale sana sini.... sempat gak singgah sogo...huish, sale mmg sale sokmo sogo, x pernah x der sale kan...orangnya mmg ramai....aku singgah beli pembersih botol susu jer...

Last2 hadiah GA tak sempat nak beli, aku borong benda lain plak... Rabak jugak dkt2 RM100...macam tu jer....hish3...aku ni asal ada duit kat tangan macam air...laju jer..sbb tu laa time gaji ATM kad aku tinggal kat umah, duit poket aku RM50 jer....

Untuk peserta GA, jangan risau....sekarang ni tengah terjah2 ke blog2 sesape yang join.... bila dah beli nanti di update hadiahnya.... 

kwn2 lepak mana lunch tadi? shopping ke?

Thursday 23 June 2011

Berangan2 nak LCD tv?

TV kat rumah yang besar gedabak tu dah 2 minggu rosak, trpaksalah guna tv kecik cap ayam (tv utk abg irfan tgk cd).... nak baiki awal2 risau takut terlebih bajet. Bila dah payday ni, ptg ni gak nk kena g bagitau cina baiki tv.... beranganlah kalau nak beli tv baru. Kata hubby, tgk @ guna jer yang dah ada kat umah. Yelah, ingt tv LCD tu murah?..maunya riban2 jugak kan... 

Pagi tadi bila buka email, ada email dari group jenaka pasal tv ni. So, copy la dari email sesaja untuk hiburan dan info kita semua. Kalau kat sini kita berangan2 nak beli LCD TV..(macam i laaa)... kat Russia tv flat screen ni dia orang pasang kat kandang lembu jer...(huk3 kaya tul dia org kan)  Skrinnya bergambar padang rumput supaya lembu-lembu tu berasa seperti di tempat luas yg penuh dengan rumput, dan katanya agar lembu tidak mudah stress! Bila tak stress badan pun cepat gemuk, bila cepat gemuk cepatlah kena sembelih.
Macam2 pun ada kan..kira kreatif jugak la dia orang kan... kat tempat kita ada nak letak LCD TV kat kandang lembu.... mau nanti kena kebas...

Inilah pic yang aku amik dari group jenaka.

TV Plasma

TV Plasma

TV Plasma

TV Plasma

TV Plasma

Monday 20 June 2011

Abg Irfan & CP lagi....

Salam semua kawan2...

Hari ni bersiaran dari rumah..... saja amik cuti coz CP abg irfan makin banyk & kesian plak dia duk umah bbysitter. Petang jumaat lepas, CP abg irfan makin bnyk & ada yg bernanah. CP sampai ke mata, merah2 mata. Di mulut pun ada, Kesian tgk dia, nak makan minum pn susah. Org kata CP akan keluar smpi kaki. Bila tengok tapak kaki CP pn dah mula ada...

Sabtu, pagi2 lagi bawa abg irfan ke klinik. Kali ini doktor bekalkan ubat anti virus, yang akan halang virus ni dari dalam.

Dah mula bagi ubat antivirus pada abg Irfan, nak kata ada perubahan tu alhamdulillah, ada la jugak. Dia pun dah nmpk mcm ok sikit. Mata pun dah x merah2... sekarang maintan kan ubat antivirus tu dan ubat sapu. Paling2 dalam 1-2 minggu jugaklah baru CP akan baik. Kesian abg irfan, banyak dah pelajaran yang tertinggal. Dia pun asyik duk minta nak ke sekolah jer...

Pagi ni amik cuti untuk pantau abg irfan. CP pun dah mula jadi color merah2 seolah2 dah masak... minta2 dah nak baik lah tu...

Baby zarif masih lagi ok, virus CP belum lagi berjangkit. Minta2 baby zarii tak kena jangkitan kali ni. Biarlah dia besa2 sikit....aminnn....

Semalam juga, ada makcik yg jumpa kt klinik pesan jgn bagi dia keluar, kena angin nanti makin bnyk.. & jgn disebut2 nanti makin banyak... 
*** alahai mcm2 petua ye...susah juga nak handle situasi mcm ni brdua dgn en hubby, maklumlah jauh dr fmly...



Friday 17 June 2011

Petua Tentang ChickenPox

Hari ini sudah hari Jumaat, hari terakhir minggu bekerja. Hari ini juga sudah 3 hari abg irfan tak pergi ke sekolah gara2 CP. Kesian dia, mesti banyak yang tertinggal untuk 2nd term ni. Buku2 baru pun dah mula dapat... semalam pagi dia minta nak ke sekolah. Mesti boring duduk rumah bbysttr, lagipun dia excited nak belajar coz dah mula dapat buku baru....

Malam tadi alhamdulillah, dia elok tidur. Belum lagi sampai tahap tak boleh tidur, gatal or etc. Cuma, badannya agak panas....

Hatiku kesian sangat tengok Irfan, ini first time dia kena CP. Aku pun tak tau sangat macam mana nak handle CP ni. Banyak jugalah petua yang aku dapat dari kawan2 dan orang2 sekeliling.

Di sini ku kongsi sedikit petua yang dapat dari kawan2.

a) Elakkan mengoreng / memasak di rumah nanti CP akan menjadi gatal. Meaning, kena cuti masaklah ye..
b) Elakkan dari terkena hujan nanti CP akan berparut.
c) Elakkan dari makan kicap nanti parut akan menjadi hitam.
d) Pantang makan benda2 yang berbisa cth telor, seafood...
e) Mandi air bilasan beras supaya tidak gatal dan berparut.
f) Minum air kelapa banyak2 supaya CP keluar dengan banyak dan cepat baik
g)Daum 'bambu' ramas2 dan campur dengan bedak sejuk sapu seluruh badan bagi sejuk kerana CP ni
   panas dan gatal.


masih senyum walaupun sakit

sampai belakang

daun bambu

lauk org sakit, singgang jer..


Thursday 16 June 2011

Abg Irfan Dapat ChickenPox...

Salam semua....

Sebelum ni ada buat entry pasal chickenpox... sebenarnya berkongsi info pasal CP dengan kwn2 semua. Sementelah abg irfan dah mula kena CP yang berjangkit di rumah bbysitter...

Alkisahnya, kwn abg irfan sama bbysitter ni trkena CP masa dkt2 cuti sekolah hari tu, berjangkit dari abangnya yang dapat dari kawan sekelas. Minggu pertama kami bercuti dikampung, kawan abg irfan dapat CP. Kira nasib baik la tak hantar rumah bbysitter. Bila dah mula kerja hantar rumah bbysiter, kwn abg Irfan pn dah ok dari CP cuma yang ada parut.

Saya ni tak tau la pulak CP ni akan berjangkit bila dah nak mula baik. Sekarang ni dah 2 org yang kena CP ni kt umah bbysitter. saya pulak memang hantar abg irfan & baby zarif coz dah tak perlu kuarantin dah pun memang dah dapat jangkitan CP tu.

Semalam kelam kabut jugak la, bawa abg irfan ke klinik... doktor periksa pun mcm ala kadar jer. Bila cakap anak macam kena CP jer, dia suruh kita bukakan baju. Duduk pun jauh2 jer. Alahai, takut berjangkit ker. Geram jer tgk. Bila cakap risaukan si kecik yang baru 7 bulan tu, dia cakap tak per, biar jer kena awal- awal.... sekarang ni tgh risau la..bagi saya baik kena besar sikit senang dia dah tau sakit ke apa ke... ermm.. tak tau lah macam mana nanti...

Doktor bagi ubat 3 jenis... untuk gatal2, demam & sapu.... air kelapa pun bagi banyak2 kt abg irfan... semalam badan dia panas sikit tapi saya tahankan tak bagi ubat, coz petua org tua2 jgn bagi ubat nanti CP tu keluar tak habis, nanti kena balik.... alhamdulillah, paginya elok tak demam tapi CP makin banyak. Belakang, ketiak, perut sampai ke paha dah. Bbysttr pesan tunggu CP ada kat kaki baru mandikan dia dengan daun 'bambu'( tak sure apa namanya)...

Minta2 abg irfan cepat sembuh....

Tuesday 14 June 2011

Zarif beraksi dengan hobinya....

Jom kita layan pic baby zarif yang memang suka gigit kaki....





Stok EBM Mei 2011

Tahun 2011 sudah memasuki separuh tahun, bulan 6... terasa cepatnya masa berlalu... Alhamdulillah, masih lagi dengan sesi pengumpulan stok EBM untuk baby Zarif. Baby zarif sudah pun berumur 7 bulan lebih dan sudah diperkenalkan dengan makanan pepejal. Dia pulak jenis yg memang nak makan jer bila tgk org makan. Hobinya yang suka mengigit makin menjadi2... apa saja yg dapat dicapainya, terus ke mulut. Dari sampul bantal, baju, towel, kertas, mainan sampai la ke kaki. Senang2 jer amik kaki dia masuk mulut.. aduhai...
Untuk stok bulan Mei, agak lambat update coz bercuti di kampung & semalam baru berkesempatan kemaskini freezer.... bila tgk stok2 yang ada, rasa2 nya nak kena beli deep freez ni.. untuk kuantiti susu yang agak banyak, alhamdulillah. Freezer yang ada kt umah macam tak muat nak menampungnya. Nak ku pujuk2 en hubby belikan deep freezer... supaya EBM muat & tahan sampai 6 bulan -1 tahun.
Ini stok yang sempat ku snap semalam sambil2 kemas stok....

stok bulan Mei 2011

susun atur yg makin x teratur coz tak muat

kt pintu pn ada


aduyai...nak kena cepat2 cari deep freezer ni..tp rumahku sempit, kt ner la mau diletaknya...huhuhu..

05.06.2005

Apa yang ada pada tarikh di atas ye..... inilah tarikh yang paling bermakna dalam hidup kami apabila disatukan oleh ijab dan kabul... penyatuan dua jiwa, perkongsian hidup dua insan yang berbeza dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dengan cabaran bersama melengkapi antara satu sama lain..

Pada tarikh inilah, kami berdua disatukan. Tak sangka pula kan, dari hari ke hari, usia perkahwinan kami sudah ke 6 tahun. Alhamdulillah, kebahagian sentiasa mendampingi kami. Aminn...

Bila diingatkan kembali, tak ku sangka jodoh kami berdua.... hehehe...bukan pe, hubungan antara kami cuma sebagai kawan... itu pun diperkenalkan oleh sepupuku ( kawan sekelas dgn en hubby masa belajar di Politeknik)....  berkawan tak sampai setahun, bertunang selama 6 bulan akhirnya pada tarikh 05.06.2005 telah kami pilih untuk bersatu.

Pada ahad 05.06.2011, kami masih lagi dikampung dan tidak sempat utk celebrate anniversarry pun... so, pada ahad yang lepas 12.06.2011, aku saja jer belikan kek untuk suprisekan en hubby... kami sambut kami2 jer...

kek yg simple tp deco salah, sepatutnya 6 yrs jd 7yrs & nama en hubby zawawi = zawari.....apa2 je lah
buah hati kami.... erm...en hubby muka monyok lg frust mlmnya kelantan kalah Piala FA..hehe


'Ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaanMu seorang lelaki sebaiknya sebagai nahkoda keluarga ku... Kekalkanlah jodoh kami hingga akhir hayat....aminnn'

** love u 4 ever, my half...



Monday 13 June 2011

Demam Chicken Pox

Minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah setelah dua minggu bercuti... abg irfan juga bersekolah, nasib baik awal2 lagi dia sudah bangun & mandi.. tak payah susah2 kejutkan dia.. excited nak ke sekolah setelah lama bercuti... namun, ada juga kawan2 nya yang masih lagi mahu sambung cuti... ada yang menangis tidak mahu masuk kelas...ermmm...gara2 cuti sekolah yang panjang...

Bermulanya minggu ini, jalan kembali sibuk.... kereta semakin banyak dan mengundang kesesakan... tapi aku seperti biasa tidak risaukan jalan yang sesak kerana ke tempat kerja menaiki motosikal... nasib baik lah tempat kerjaku & en hubby dekat2 jer..so, x yah pening2 nak drive sendiri... tunggu orang hantar & jemput... alangkah senangnya dalam hati...

Ermm...berbalik pada tajuk di atas, anak yang babysitter jaga mendapat jangkitan chicken pox... pagi tadi bbysttr bagi tau..suspen & risau jugak la kalau2 berjangkit dengan si kecil tu... tup2, abg irfan dah ada sebiji dekat badan dia.. patut lah minggu lepas dia demam on off jer..nak dapat chicken pox...risaunya hati umi ni..baru jer dua2 baik demam...jangan laa demam lagi ye anak2 umi..risau hati ini...

Balik nanti nak kena cari air kelapa bagi abg irfan minum kasi keluar semua itu chicken pox...

Ini sedikit info yang dapat setelah mengoogle di internet...


Chicken Pox (sumber dari KKM)
Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

 
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

p/s: kawan2 pernah tak dapat jangkitan chicken pox ni?... boleh kongsi petua nak hilangkan jangkitan ni?

Thursday 9 June 2011

Sekadar Renungan Bersama

 "Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz

Wednesday 8 June 2011

No Komen

Buat semua kawan2 blog...ada sesiapa tau tak macam mana nak buat, saya tak boleh nak tinggal jejak @ komen dkt blog2 kwn2.... adakah blog saya yang trsilap setting?... kalau ada sesiapa yang tahu pls. minta tunjuk ajar ye.. tq..

Contest Baby Bajet Comel




baru perasan due date hari ni..so, cepat2 join..mana tau ada rezeki...




nama baby: Muhammad Zarif Imran
Umur : 7 bulan
Hobi : gigit apa saja yg dapat dicapainya...mainan ke, kain ke & sekarang suka gigit kaki...

nak tag: aju, gee & farah

Result Exam Abg Irfan

Sebenarnya result exam abg irfan dah lama dapat, sebelum cuti sekolah lagi tapi tak berkesempatan nak bercerita. Alhamdulillah, untuk 1st term ni pencapaian abg irfan membanggakan kami...bersyukur sgt2... sebenarnya kami pun tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana sedar yang tahun ini baru abg irfan dikenalkan dengan huruf2 abc... semoga untuk 2nd term ni abg irfan dapat buat dengan lebih baik lagi... Ya Allah Ya Tuhan ku, permudahkan segala urusan kami, berkatilah pembelajaran anakku... semoga dia menjadi anak yang berguna di dunia dan akhir....aminnn...


cover depan report kad abg irfan


teacher trsilap tulis female utk jantina...hehehe

result abg irfan











Tuesday 7 June 2011

1st GA by Siti Zahrah Comel "My Baby and Toys"

Jom join GA ni... click pic utk syarat2 nya...
Due Date : 9 Julai 2011






bby zarif tak ada lagi specifik mainan yg dia suka, tp semua mainan dia suka gigit...yg ni salah satunya






















nak tag : gee & aju

ayah Danial birthday giveaway





sila la join GA ni ye...klik pic je....
Tarikh tutup : 17 jun 2011

Contest 'Anak Ayah'

jom join GA ni... due date: 17 jun 2011




 Click jer pic ni ye...
 
inilah 3 org hero dlm hidupku





















Nama Ayah : Mohd Zawawi Bin Mustafa
Nama Anak : 1.Muhammad Zaim Irfan
                    2.Muhammad Zarif Imran

Hadirnya dia melengkapkan sebahagian dari diriku, membahagiakan hidup kami dengan kehadiran abang yang manja dan sikecil yang lasak. Kalianlah harta hidupku...

Selamat Kembali

Alhamdulillah,.... akhirnya kami selamat kembali ke KL pada petang semalam dari kampung.. cuti yang agak panjang. Cuti yang memenatkan dan menyeronokan... penat melalui perjalanan yg panjang dan seronok dapat berjumpa sedara mara..... cuaca di kelantan memang panas, sampaikan kami semua (kecuali en hubby) demam + batuk + selsema... aku pun suara dah macam katak,..gara2 batuk... sikecik & abang selsema & batuk... cuaca mmg panas + kering....

Sebenarnya kami merancang balik kampung pada ahad... bertolak selepas zohor pukul 2 pm dari Pasir Mas, jalan nak ke Kuala Krai penuh sesak, 3 jam sangkut dalam kereta...anak2 pn dah rimas,...aku pn dah mula penat... cepat2 msg spupu yang juga bertolak ke KL, dia beritahu jalan jem teruk kerana ada lori kelapa sawit terbalik ditengah jalan selepas bukit.... (kami panggil Bukit 7).... diaorang terpaksa parking dalam ladang kelapa sawit sebelum sambung perjalanan melalui jalan kampung... bila dengar berita kita orang decide tak jadi balik KL hari tu... sambung perjalanan sampai simpang balik ke Pasir Puteh....

Isnin, pagi2 selepas subuh kami bertolak balik KL.... alhamdulillah, selamat sampai 2.30 pm...


p/s: Dengar2 spupu yang bertolak pukul 9am hari ahad sampai dalam pukul 11pm...huhuhu bayangkan perjalanan biasa 7-8 jam jadi berbelas2 jam....


"7th Anniversary GA!!!!!"




Join GA yg dibuat oleh kawan blog saya, aju sempena Anniversarry nya yang ke 7 tahun....

Buat Aju, semoga ikatan perkahwinan kalian tetap utuh hingga akhir hayat, saling melengkapi antara satu sama lain.... jangan lah terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam diri pasangan kita kerana semua insan tiada yang sempurnanya. Doa saya agar kebahagian menjadi milik kalian di dunia akhirat... aminnnn... 

saya nak tag : Gee & Farah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...