Mereka Yang Ku Sayang

Monday 13 June 2011

Demam Chicken Pox

Minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah setelah dua minggu bercuti... abg irfan juga bersekolah, nasib baik awal2 lagi dia sudah bangun & mandi.. tak payah susah2 kejutkan dia.. excited nak ke sekolah setelah lama bercuti... namun, ada juga kawan2 nya yang masih lagi mahu sambung cuti... ada yang menangis tidak mahu masuk kelas...ermmm...gara2 cuti sekolah yang panjang...

Bermulanya minggu ini, jalan kembali sibuk.... kereta semakin banyak dan mengundang kesesakan... tapi aku seperti biasa tidak risaukan jalan yang sesak kerana ke tempat kerja menaiki motosikal... nasib baik lah tempat kerjaku & en hubby dekat2 jer..so, x yah pening2 nak drive sendiri... tunggu orang hantar & jemput... alangkah senangnya dalam hati...

Ermm...berbalik pada tajuk di atas, anak yang babysitter jaga mendapat jangkitan chicken pox... pagi tadi bbysttr bagi tau..suspen & risau jugak la kalau2 berjangkit dengan si kecil tu... tup2, abg irfan dah ada sebiji dekat badan dia.. patut lah minggu lepas dia demam on off jer..nak dapat chicken pox...risaunya hati umi ni..baru jer dua2 baik demam...jangan laa demam lagi ye anak2 umi..risau hati ini...

Balik nanti nak kena cari air kelapa bagi abg irfan minum kasi keluar semua itu chicken pox...

Ini sedikit info yang dapat setelah mengoogle di internet...


Chicken Pox (sumber dari KKM)
Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

 
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

p/s: kawan2 pernah tak dapat jangkitan chicken pox ni?... boleh kongsi petua nak hilangkan jangkitan ni?

2 comments:

ajumohit said...

lah irfan kene CP ke wani? dh ok dah ke? anak2 aju lom kene lagi ni, susah jugak kalau parents yg tau anak kene CP tp anta gk kt umah bbysitter, org kata time CP nk elok tu yg mudah berjangkit tu

wani johari said...

ye la aju..smlm bw dia klnk dh. sib baik x demam.bg air kelapa bg kuar semua..bnyk yg kuar.. org kt akan kena 1x sorng...irfan 1st time kena ni... ermm..mmg risau...sye hntr gk la ke bbysttr coz yg lain pn dh kena..tunggu si kecik jer ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...