Alhamdulillah,.... akhirnya kami selamat kembali ke KL pada petang semalam dari kampung.. cuti yang agak panjang. Cuti yang memenatkan dan menyeronokan... penat melalui perjalanan yg panjang dan seronok dapat berjumpa sedara mara..... cuaca di kelantan memang panas, sampaikan kami semua (kecuali en hubby) demam + batuk + selsema... aku pun suara dah macam katak,..gara2 batuk... sikecik & abang selsema & batuk... cuaca mmg panas + kering....
Sebenarnya kami merancang balik kampung pada ahad... bertolak selepas zohor pukul 2 pm dari Pasir Mas, jalan nak ke Kuala Krai penuh sesak, 3 jam sangkut dalam kereta...anak2 pn dah rimas,...aku pn dah mula penat... cepat2 msg spupu yang juga bertolak ke KL, dia beritahu jalan jem teruk kerana ada lori kelapa sawit terbalik ditengah jalan selepas bukit.... (kami panggil Bukit 7).... diaorang terpaksa parking dalam ladang kelapa sawit sebelum sambung perjalanan melalui jalan kampung... bila dengar berita kita orang decide tak jadi balik KL hari tu... sambung perjalanan sampai simpang balik ke Pasir Puteh....
Isnin, pagi2 selepas subuh kami bertolak balik KL.... alhamdulillah, selamat sampai 2.30 pm...
p/s: Dengar2 spupu yang bertolak pukul 9am hari ahad sampai dalam pukul 11pm...huhuhu bayangkan perjalanan biasa 7-8 jam jadi berbelas2 jam....
No comments:
Post a Comment