Mereka Yang Ku Sayang

Sunday 10 July 2011

Floria 2011: Mawar Untuk Selamanya

Kepada peminat bunga mawar @ roses sila lah berkungjung ke Putrajaya sempena Pesta Floria 2011. Floria 2011 bermula semalam (9 julai 2011) dan akan berakhir ahad minggu depan. ( selama 9 hari)

Aku ni dikira minat jugaklah dengan bunga2 ni, tapi kalau nak tanam tu tangan 'panas' mesti tak berbunga pokok tu nanti.... bila baca paper tema tahun ni roses...aku mmg dah pasang niat nak ajak en hubby g Putrajaya. Dan, setelah berminggu2 di kuarantin, semalam barulah kami berani nak keluar.... ajak en hubby tgk bunga.... waduh2 syok bangat...ROSES.... macam2 color, pink, merah kuning... tapi rasanya semalam tak ada la plak color biru. @ kami yang tak perasan... 

Biasanya hampir setiap tahun kami ke pesta Floria... tahun ni rasanya tak banyak bunga yang ada kat sana.. booth pun tak banyak. Dengan cuaca yang panas terik, cepat jer bunga2 tu layu..tambah2 roses yang agak sensitif. kesian jugak tengok hampir layu dah bunga2 tu.

Kami pergi tidaklah lama sangat coz abg irfan duk asyik ajak balik jer, penat jalan kaki dah katanya. Rasa macam tak puas pula tengok bunga tahun ni, tak meriah sangat bunganya.... sempat jugaklah aku beli sepohon bunga ros kuning. Harganya pun murah jer, RM10. Bila balik kat umah tgk2, nyesal plak beli satu pokok.... rasa mcm nak ajak en hubby pergi lagi hari ni... tp difikir2 yang beli ni pun belum tentu kan hidup sihat, aku batalkan niat..... kira yang ni cam experimen la dulu..kalau hidup molek, boleh beli lain2 pokok plak... aku suka juga berkebun ni..masa kat kampung pernah jugak tanam pokok bunga..tapi, kalau bunga yang berdaun memang sihat hidupnya..tapi bunga ros yang ku tanam sampai sudah tidak berbunga, tak larat nak letak baja bunga dah...hu3... pokok ros yang kubeli semalam nak kena en hubby yang tolong alihkan ke pasu... risau dengan tangan 'panas' ni...

Ok lah kepada kawan2 yang suka dengan bunga especially roses boleh lah ke Floria ye.. bunga orkid pun ada jugak... 

Jom tengok pic yang sempat di snap.... ( tak banyak coz abg irfan yang jd 'photograper')

macam color yg ada

posing skit ngn bby zarif

orkid pn ada

comeyy kan roses kecik ni

semuanya bunga

i likeee....yellow roses

ros makin berkembang - masa beli kuncup lg

jom posing

posing lagi

floria 2010

floria 2010

floria 2010

floria 2010

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...