Mereka Yang Ku Sayang

Wednesday, 13 July 2011

Baby Zarif : Demam lagi....

Hari ni masuk kerja lewat dari biasa coz bawa bby zarif ke klinik. Pagi semalam masa hantar bby zarif rumah bbysttr, badannya dedar jer... disebabkan tuntutan kerja, ummi tak dapat cuti jaga bby zarif ye sayang. Petangnya, bbysttr cakap bby zarif demam kuat pada kul 3 ptg tp dah diberi ubat. Masa ambil dia, badannya dah ok....

Malam tadi badannya asyik dedar jer, makan, minum & susu pun tak nak. Suaranya pn dah lain bunyinya. Ku agak mesti bby zarif sakit tekak ni. Musim batuk, selsema & sakit tekak ni. Pulak tu jerebu pun agak teruk sekarang. Pujuk2 jugak bby zarif minum air masak & susu. Pagi tadi sebelum subuh hingga lah hampir ke pukul 7 pagi bby zarif macam merenggek, tak selesa agaknya. Badan makin panas, jadi aku decide nak bawa terus klinik risau melarat nanti.

Pukul 9 pagi turun ke klinik (klinik pun dekat jer ngn rumah & pagi2 lagi ku tel pembantu klinik tu minta tolong ambilkan nombor, cepatla sikit- dapat no 7), lama juga menanti dari no 1 - 6 tu, bby zarif pun asyik pusing2, macam2..nak main kt bawah lah, nak dukung la, tak selesa la tu....

Bila jumpa doktor, tekak bby zarif dah merah2... doktor cakap banyak kahak, & alah. Bby zarif kena sedut gas untuk hilangkan kahak... kesian dia menangis masa pembantu klinik tu lekatkan corong penyedut di hidungnya.... sib baik aku pun tak nangis sama...hu3.... sedih sesangat tgk dia td.... sampai mreah2, berbekas dipipi bby zarif gara2 pembantu klinik tekan kuat sangat... sib baik jap jer kesannya hilang.

Masa g hantar bby zarif umah bbysitter, dia lena tidur. Letakkan dalam buai dan terus naik lrt masuk ke pejabat......

Alahai...teringat sangat kat bbay zarif... mintak2 dia semakin baik.... tak sabar nak tengok dia jadi kuat makan balik.... semua benda dia gigit....

kesian bby ummi merah2 pipi...

macam2 jenis ubat-yg ni skit biasanya dlm 5 jenis ubat

kesian bby ummi

merah lagi..

 



3 comments:

ajumohit said...

siannya baby zariff, moga cepat sihat ye...nk cpt besar lah tu wani

wani johari said...

tq aju...mmm, risau dibuatnya..badan pn nmpk kecik jer...

Huda said...

moga lekas sembuh ye zarif :) mmg sedih kalau anak x sihat kan..tabahkan hati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...