Mereka Yang Ku Sayang

Thursday 27 October 2011

Kursus : 28 Okt - 30 Okt 2011 @ Concorde Inn KLIA

Mendapat jemputan menghadiri kursus di Concorde Inn KLIA. Sebenarnya dah dapat surat ni dari minggu lepas. Duk risau fikirkan bby zarif yang bf....bila bincang dgn hubby, kami bersetuju en hubby amik cuti esok dan semuanya temankan ummi ke kursus. Bbysitter sudah pun bersetuju kalau nak bby zarif stay rumah dia sampai habis kursus ahad ni... tapi kesiankan si kecik tu. Tak pernah plak berpisah malam dengan ku. Ingat nak ulang alik jer dari KLIA tu tapi bila tengok jadual padal hingga ke 10.30 malam..... keputusan check in jer kt sana....

Abang irfan pun dah seronok, konon2nya macam nak pergi bercuti.  Padahal bukan boleh kemana2 pun... jadual ummi pack giller tu..sampai malam....

Kesian abang irfan dah lama tak bercuti...dah janji bercuti tima cuti sekolah nanti dengan sepupunya dari kampung nak datang kl nanti....


Di hujung2 tahun ni ku terpaksa kejar kursus la coz kursus tahunan yang 7 hari belum cukup lagi...huhuhu....

Tuesday 25 October 2011

Cerita Ceriti Dlm 1 entry...

As salam semua kawan2...

Entry ni nak bercerita aktiviti2 pada hujung minggu lepas... sebenarnya tak ada apa yang menarik tapi sekadar berkongsi cerita dengan kawan2....

Sabtu lepas, pagi2 lagi bersiap dan ke KKIA BTR (Klinik Ibu Anak Bandar Tun Razak). Sebenarnya dapat jemputan dari jururawat disitu melalui telefon. Ada ceramah mengenai susu ibu dan beberapa demo masakan untuk si kecil. Baby zarif buat check up kat klinik BTR, sebab tu ku dapat jemputan. Sebelum ni ada juga dia orang buat ceramah tetapi tak dapat nak turut serta coz ada aktiviti lain. Kebetulan minggu lepas tak ada aktiviti lain, ku confirmkan boleh join diaorang.

Banyak juga info yang dapat dari mereka. Antaranya ialah mengenai pemeriksaan sendiri payudara (psp), pemeriksaan pap smear. Penyusuan susu ibu dan demo masakan untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah. Mulanya ku pergi seorang jer, tea break balik jap ke rumah mandikan si kecik dan bawa dia ke klinik coz en hubby nak pergi amik kereta. Abang irfan ikut abahnya sekali.

Ceramah siap dalam kul 1 tengahari, kebetulan en hubby dah sampai dgn kereta, kami terus gerak ke tesco untuk lunch. Lunch hari tu kat Chicken Rice Shop.

Peristiwa yang menbuatkan darahku menyirap jap....bila staf CRS tu bawa sup letak tepi zarif. Dan2 tu gak la dia celup tangan dalam sup panas. Meraung la jawabnya. ku bawa ke singki, basuh. Sib baik tak melecur tapi merah gak la tangan nya. Lepas tu sambil makan sambil riba si kecik tu. Staf tu dengan muka bersalahnya minta maaf.... tak kan ku nak hamun plak kan..ku cakap tak pe, sikit jer.. nanti elok la tu.... tapi bila tengokkan si kecik tu meleleh tadi geram gak...

ada demo mandikan baby...real punye bby tau

masa ni elok jer sblm insiden sup panas

amik set utk 2 org jer

abg irfan suka buat muka

abg tlg pegang bby

abg irfan suka tolak troli

dpt goodiebag dr klinik

Friday 21 October 2011

Ia Milik kami....

Bersyukur kepada Nya di atas rezeki yang diberikan...

Sebelum ni ku pernah bercerita di SINI tentang kami yang di dalam di lema yang mana satu manjadi pilihan kami. Alhamdulillah, akhirnya kami memilih untuk memiliki mpv Toyota Avanza sebagai kereta keluarga. Beli yang besar sikit supaya senang bila kami plan nak menambah ahli baru nanti..(;  Tadi, en hubby baru jer menerima panggilan meminta kami ke showroom mereka besok pagi.

Tak sangka cepat juga prosesnya. Bermula dengan melihat dan booking 2 minggu lepas. Kemudian loan diluluskan oleh bank. Inspection kereta lama di JPJ untuk pertukaran no plat kereta dari kereta lama ke kereta baru pada selasa lepas. Dan hari ni diberitahu semuanya sudah selesai dan menunggu untuk menjadi hak milik kami. So, esok bermulalah kehadiran ahli baru dengan nombor yang lama... alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan.


Thursday 20 October 2011

Hobi?...Jahit Manik

Sebelum ni ku bercerita tentang hobi ku dari zaman bujang sampai beranak dua. Ada satu lagi yang ku suka buat, nak kata hobi tak juga tapi bila tengok gambar2 mereka yang ambil upah jahit manik ni meleleh-leleh..... cantik banget...tiba2 trasa nak belajar gak.

Mula pada tahun 2008, masa tu jahitan manik dah diperluas dengan macam2 design... gerammm jer tengok. Ku bersemangat sangat2 nak jahit manik kat baju... mula la cari barang2..ke jalan TAR bagai. Surve internet tgk cam ner nak jahit... malah beli buku sampai 2 bijik...

Ermm...akhirnya, bolehlah kalau nak jahit untuk pakai sendiri, tak berani nak ambil tempahan. Itu dulu, masa si kecik tak der lagi..sekarang ni dengan si kecik yang makin lasak manalah ada masa nak jahit manik. Nanti dia ingat gula2 ke apa, berkilat warna - warni..masuk mulut... dengan itu, secara rasminya pencen dulu jahit2 manik bagai ni.

Barang2 nya pun dah bagi kat kakak di kampung. Katanya nak belajar, tapi entahla..hehehe...

Baju yang sempat kujahit manik idakler banyak..adala dua tiga lai. Tapi jarang2 pakai coz malas nak basuh... tak kan nak campak jer dalam mesin basuh kan..nanti terburai.... buat tukun jer la kat dalam lemari.....

Tunggu zarif besar sikit baru mula jahit manik semula....

Inilah hasil jahit manikku yang hanya berguru melalui buku dan melihat gambar2 di internet...

yg ni satu2nya bj org-wife kwn hb

sama

yg ni mcm2 jenis jahit

blur je pic

bj lama jd mangsa

bj raya 2 thn lps..

yg simple jer kt leher

pakai masa raya jer

sama yg kunig kt atas - tgn & kaki baju penuh manik



Kawan2 suka jahit manik tak? Boleh belajar jimat kos upah..hehehe

Hobi saya dari zaman bujang.....

As salam kawan2 semua...
Pastinya semua orang mempunyai hobi....tak kisahlah apa pun janji jangan merugikan kita... biarlah mendatangkan faedah dan manfaat semua orang, ya tak...
Hobiku yang masih melekat dari zaman anak dara hingga dah beranak dua ni ialah membaca novel... membaca majalah pun ye jugak..cuma, selalu bertukar kadang2 mingguan wanita, Pa & ma...biasanya ikut isu la..kalau menarik baru beli.

Kalau baca novel memang tak boleh dipisahkan....pernahla baca sampai malam2, menangis bengkak2 mata pagi esoknya mata macam panda....sensitip lebih hehehe....

Tahun ni, ku pulun beli novel masa pesta buku tempoh hari...lepas tu tak beli2 dah, bukan pe, sekarang ni kekangan masa sungguh nak bersantai2 baca novel ni.... rasa2 24 jam macam tak cukup...last2 ada jugak novel yang dibeli belum khatam betul2...kira baca sekadar tahu jalan cerita dan ending...bila nak recall balik pun tak tau lah...

Ada jugak novel yang sepupu pinjam sampai bertahun baru pulang sampai ada yang hilang dan koyak. Sadis sungguh la, kita punyalah jaga....

Memandangkan kemungkinan kami akan berpindah ke rumah baru dalam tahun depan, nak kena mula mengemas nampaknya. Semua novel yang sebelum ni diletakkan didalam almari tv sudah bertukar tempat. Ku kemas masukkan ke dalam storage box...bila tengok2 banyak jugak novel yang menjadi koleksi. Belum lagi kira yang dah hilang....

Dulu suka sangat novel keluaran alaf21, sekarang penulisnya ramai tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kadang2 ada yang tak sesuai dengan jiwa..(cewaaah)..ku mula bertuka ke publishing Jemari seni. Penulis kesukaanku ialah Noorsuraya... kalau dulu cukup sinonim dengan penulis Norhayati Ibrahim.. sekarang sudah bertukar....sementelah novelnya sekarang seolah2 penulisnya kekeringan idea...

Yang pasti, minatku ini tak kan lupus dek kekangan waktu...kena juga curik2 waktu ni...


bby zarif pun nak tlg kemas

abg irfan tlg susun

keluaran jemari seni publisher

koleksiku

air tangan k su (noorsuraya)

dari penulis nazurah aishah



Kawan2 plak cam ner dengan hobi dari zaman bujang?..ada yang melekat lagi tak?

Wednesday 19 October 2011

Kisah 2: Abang yang sulung

Assalam semua untie2....

Sebelum ni ummi ada bercerita pasal baby zarif kami yang abg irfan panggil si kecil kenot kat SINI, hari ni abang irfan nak bercerita pasal abg irfan pula.

Abang irfan lahir pada 2 Julai 2006, 10 hari awal dari tarikh yang doktor bagi. Abang irfan dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari ahad.Walaupun ummi diwarded sehari sebelum bersalinkan abg irfan tapi ummi cakap cukup senang nak bersalinkan abg irfan. Abang irfan tak banyak ragam masa bersalin, ummi pun bersalin secara normal tanpa bantuan apa2 ubat. Tapi, abang irfan terpaksa dimasukkan ke Paeds ketika berusia sehari kerana mengidap kekurangan enzim G6PD. Abang irfan dikurantin selama 10 hari kerana bagi baby yang mengidap G6PD ni joundis akan menyerang bila2 masa sahaja. Selama 10 hari itulah, tapak kaki abang irfan dicucuk untuk di ambil darah. Kadang2 sampai 2kali dalam satu hari. Abang irfan juga terpaksa diletakkan di bawah lampu. Ummi menangis jugalah bila tengok abang irfan kena cucuk hari2... tapi abang irfan tak meragam....

Abang irfan jadi abang ketika berusia 4 tahun. Abang irfan seronok sangat dapat baby. Seronok sesangat sampaikan tiap2 hujung minggu jer mesti ajak ummi abah g shopping baju baby. Sekarang ni, kadang2 abang irfan suruh ummi panggil abang jer.... sebab abang irfan dah ada adik....

Abang irfan tak sabar nak tunggu baby besar, boleh jalan, boleh main2 dengan abang irfan.... abang irfan sayang sangat2 baby zarif walaupun baby zarif suka kacau abang irfan tidur, suka tarik rambut abang irfan sampai abang irfan menangis. Abang irfan tak pernah pukul baby zarif cuma kadang2 geram jer bila baby rebut mainan abang.

Pagi2 abang irfan suka buat ummi bising2 kejutkan abang bangun pagi mandi nak ke sekolah. Abang irfan bangun mintak ummi atau abah buatkan susu dan tidur balik. Kadang2 abang irfan buat2 tidor nak suruh ummi atau abah kejut kuat2....

Abang irfan sekarang sudah mula belajar solat...dah tau solat subuh 2 rakaat, magrib 3 rakaat. Dah tau cara2 nak ambil wudhu. Tapi kadang2 ummi nak kena tengok jugak, nanti lama2 abang irfan suka main air sampai lencun2 baju.

Abang irfan masih lagi menyusu guna botol....nanti bila abang irfan masuk 6 tahun baru abang irfan minum susu pakai cawan.....yang ni ummi nak kena pujuk la...

Apa lagi ye abang irfan nak bercerita..... haaaa, cuti sekolah ni abang irfan nak ajak ummi pergi bercuti... semalam pun abang irfan dah ajak ummi g bukit merah laketown resort... abang irfan dah pernah pergi masa umur 2 tahun tapi dah lupa, nak pergi lagi sekali....tapi ummi cakap ummi kerja, tunggu cuti.... tak kisahlah bila2 pun, mana2 pun janji ummi, abah, baby dan abang irfan blh g jejalan sama2...

Ok lah untie2...cukuplah dulu abang irfan bercerita ya. Nanti bila ummi bawa abg irfan pergi bercuti, abang irfan cerita lagi ye....

Jom untie tengok gambar abang irfan....dah lama abang irfan tak bergambar...

abg irfan wth memey sebelum konsert tadika

malam2 kena buat homewrok dulu

pic lama

sebenarnya abg irfan takut dgn cheecky ni



Abang irfan sayang ummi, abah dan baby zarif sangat.....

Zarif Dapat Hadiah Dari Karangkraf Sumbangan Hubsche & Ginoble...

Mak oooi, panjangnya tajuk entry ni.....

Semalam balik dari kerja jiran sebelah ketuk pintu bagi bungkusan. Dia tlg ambilkan bila jumpa posmen hantar ke rumah. Terima kasih ye jiran ku..Inilah untungnya bila hidup berjiran ni...

Suspen gak tapi bila tengok bungusan dari karangkraf, teka tekiku terjawab sudah. Terasa hepi gak bila  hobiku yang suka masuk peraduan tak sia - sia. Minatku membaca majalah Pa&Ma dan masuk setiap peraduan yang ada didalamnya, akhirnya ada hasil gak. Biarlah ada yang cakap kerja sia2 tp ku hepi bila buatnya. Cuma isi form, jawab soalan dan slogan sikit hantar..... sampul pun ku buat sendiri.

Ingatkan dah tak dapat hadiahnya, maklumlah... dah lama hantar. Dapat email notis kemenangan pun dah lewat untuk minta ukuran saiz kaki si kecik..... bulan ramadhan dapat call tanya baby boy or gurl.
Lama lepas raya dan nak raya haji dah..ingatkan dah tak dapat.... alih2 semalam dapat plak... Alhamdulillah, rezeki baby zarif.


borangnya di majalah Pa&Ma bln Mei 2011

kulit bungkusan dr karangkraf

Inilah kasutnya...merah

excited bby zarif bukakan..

siap buat main lg..mcm tau kasut dia




Kasut dari Hubsche & Ginoble ni merupakan medical function shoes untuk keselesaan baby yang baru berjalan. Untuk sokongan kaki yang lebih selesa.

Sedikit tips dari Hubsche & Ginoble apabila memilih kasut untuk anak:

Copy & paste jer.

Things to watch for when choosing shoes for kids:
1) Light, soft dan flexible sole
2) Non-skid bottoms
3) make sure it's non restricting the movement around the ankles
4) Breathable material
5) Fits properly - not too tight or too loose
6) Front of the shoe should not be pointy to give enough room for their toes to move freely.

untuk lebih banyak pilihan bolehlah ke http://yojizone.webs.com/

Tuesday 18 October 2011

Konvokesyen ASWARA

Sabtu lepas pada 15hb Oktober 2011, tempat kerjaku mengadakan majlis konvokesyen ke 8 untuk pelajar2 Ijazah dan Diploma yang dah grad. So, kami2 ni kenalah bertugas....pejabat bendahari mejadi urusetia penyediaan jubah untuk VVIP (Menteri KPKK, DSU Rais Yatim), dan ahli lembaga pengarah.
Masing2 dah ketaq lutut nak kena jadi 'usherter' mereka2 ini...masib baik semuanya berjalan lancar. Penganugerahan di buat 2 sesi, pagi & petang. So, sampai ke petanglah kami semua kerja.

Hari tu jugaklah, baby zarif seharian duk umah bbysttr.... ku balik rumah dah dekat pukul 6.30 petang tapi bby zarif ke tesco dengan mak nya. Malam pukul 8 baru pergi amik si kecik konet, bak kata abg irfan....

Sedikit gambar di hari graduasi...

the red wariors..he3

tenaga kerja pej bendahari

dayang2 di Okestra Hall




kisah 1 : yang paling kecil....

Salam semua,

Entry kali ni nak bercerita pasal baby zarif. Lagi 2 minggu zarif nak masuk 1 tahun. Sekejap jer masa berlalu, rasa baru jer masuk kerja selepas cuti 3 bulan, golek2 dengan si kecik ni.

Alhamdulillah, kesihatan zarif pun makin elok dan badan pun makin bulat. Bila tengok orang makan mulalah mulutnya bising, tangan capai2 nak jugak pe yang orang makan. Kalau tak bagi mulala buat2 merajuk & menangis.... Dah pandai makan macam2, tetapi gigi tak tumbuh lagi....

Perkembangan zarif sekarang sudah berani berdiri tegak tanpa sokongan dan mula menapak 2-3 langkah. Tak sabar nak tengok dia berjalan. Sekarang ni pun dia dah laju kalau meniti di tepi2 sofa.

Semakin berani beraksi, kalau abg irfan dulu tak berani nak duduk atas kereta mainan dan control pakai remote, tapi zarif selamba jer berdiri dan seronok bila abahnya control dari jauh. Memang lasak...

Cukup susah nak tidor malam, semua lampu nak kena padam dan duduk diam2 dalam bilik barulah dia mau tido jugak. Pagi2 dah bangun dan suka kejutkan abang irfan. Suka panjat2 badan abg irfan sampai abg irfan jaga dan ketawa2 geli. Suka juga kacau abg irfan yang tengah2 belajar solat - sambil solat abg irfan jerit, ummi, baby kacau abg nak samayang...hehehe...

29hb Oktober nanti genap umur zarif 1 tahun. Ummi tak ada planning nak celebrate coz ummi kena kursus 3 hari. Maaf la ye sayang, nanti bila kamu besar sikit dan dah mula kenal semua benda baru lah seronok nak buat birthday party.

Suka sangat dengan mainan kereta.... bila dah belikan untuk dia memang tak bagi orang lain main. So, mulai sekarang nak kena buat koleksi mainan kereta untuk baby zarif la ni...

Sekarang ni senang sangat bila shopping di tesco, letak jer dalam troli dan bagi mainan atau makanan diam lah dia...

Baby zarif juga dah tak menangis bila ummi tinggalkan bersama babysitter di waktu pagi... ummi dah tak risau sangat nak kerja...

Ummi harap baby zarif elok2 jer kt umah mak ye.... alahai rindunya kat baby ummi ni... rindu nak peluk ketat2, rindu bau masyam baby zarif....

Jom layan macam2 hal baby zarif...

kontrol hensem sikit

gerammm

hepy time

vroommm...jom ronda ngn keta

nak jadi imam muda...

macam2 - ngn abg irfan

tlg ummi kemas buku

muka masyam..

suka makan

tido time

jumpa apapun suka gigit



abg irfan suka buat aksi yg pelik2 time brgambar



ini cerita baby zarif, nantikan kisah 2: abg irfan....

Monday 17 October 2011

Alhamdulillah,..... untuk pembelajaran kami....

Dah lama teringin belikan Al-Quran yang macam kat bawah ni untuk pembelajaran kami di rumah, supaya bacaan lebih betul dalam proses pembelajaran anak2...

Alhamdulillah, pagi tadi supplier yang jual Al-Quran bersama pen yang magic tu datang pejabat untuk tunjukkan kami cara2 nak guna kan pen tersebut....

Adalah rezeki kami, ku beli 2 set....satu untuk kegunaan kami sekeluarga dan satu set lagi untuk mak sebagai hadiah...dah lama rasanya tak belikan mak hadiah....

Sekarang ni macam2 pendekatan yang digunakan untuk memudahkan kita membaca Quran. Penggunaannya pun mudah sangat, cuma tekan butang on off dan letakkan ke surah yang ingin kita baca.... ada volume untuk laju & slow kan bacaan. Ada 3 Qari dari Mekah & Madinah yang akan bacakan. Kita boleh pilih yang mana suka. Ada translate juga, dalam bahasa malaysia dan english.


AlQuran bersama pen

rupa Quran dan pen

Friday 7 October 2011

Contest Raya Sedondon




sesaper nak join boleh klik banner ni ye....


Inilah gambar raya kami 2011....

Semua dah comot coz petang2 baru nak bergambar, si baby zarif dah siap buka, mandi & pakai balik baju melayunya...

Warna : tak sure warna apa, merah bata kot coz tahun ni tak tahu nak tema color pe, bawa abg irfan masa nak beli kain ni... dia yang tolong pilihkan color.... bila siap nampak nice jer color nya.. pandai gak anak bujang saya pilih...


nak tag :
semua yang baca entry ni..boleh tak....


 


tq aju coz tag saya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...