Mereka Yang Ku Sayang

Wednesday 19 October 2011

Kisah 2: Abang yang sulung

Assalam semua untie2....

Sebelum ni ummi ada bercerita pasal baby zarif kami yang abg irfan panggil si kecil kenot kat SINI, hari ni abang irfan nak bercerita pasal abg irfan pula.

Abang irfan lahir pada 2 Julai 2006, 10 hari awal dari tarikh yang doktor bagi. Abang irfan dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari ahad.Walaupun ummi diwarded sehari sebelum bersalinkan abg irfan tapi ummi cakap cukup senang nak bersalinkan abg irfan. Abang irfan tak banyak ragam masa bersalin, ummi pun bersalin secara normal tanpa bantuan apa2 ubat. Tapi, abang irfan terpaksa dimasukkan ke Paeds ketika berusia sehari kerana mengidap kekurangan enzim G6PD. Abang irfan dikurantin selama 10 hari kerana bagi baby yang mengidap G6PD ni joundis akan menyerang bila2 masa sahaja. Selama 10 hari itulah, tapak kaki abang irfan dicucuk untuk di ambil darah. Kadang2 sampai 2kali dalam satu hari. Abang irfan juga terpaksa diletakkan di bawah lampu. Ummi menangis jugalah bila tengok abang irfan kena cucuk hari2... tapi abang irfan tak meragam....

Abang irfan jadi abang ketika berusia 4 tahun. Abang irfan seronok sangat dapat baby. Seronok sesangat sampaikan tiap2 hujung minggu jer mesti ajak ummi abah g shopping baju baby. Sekarang ni, kadang2 abang irfan suruh ummi panggil abang jer.... sebab abang irfan dah ada adik....

Abang irfan tak sabar nak tunggu baby besar, boleh jalan, boleh main2 dengan abang irfan.... abang irfan sayang sangat2 baby zarif walaupun baby zarif suka kacau abang irfan tidur, suka tarik rambut abang irfan sampai abang irfan menangis. Abang irfan tak pernah pukul baby zarif cuma kadang2 geram jer bila baby rebut mainan abang.

Pagi2 abang irfan suka buat ummi bising2 kejutkan abang bangun pagi mandi nak ke sekolah. Abang irfan bangun mintak ummi atau abah buatkan susu dan tidur balik. Kadang2 abang irfan buat2 tidor nak suruh ummi atau abah kejut kuat2....

Abang irfan sekarang sudah mula belajar solat...dah tau solat subuh 2 rakaat, magrib 3 rakaat. Dah tau cara2 nak ambil wudhu. Tapi kadang2 ummi nak kena tengok jugak, nanti lama2 abang irfan suka main air sampai lencun2 baju.

Abang irfan masih lagi menyusu guna botol....nanti bila abang irfan masuk 6 tahun baru abang irfan minum susu pakai cawan.....yang ni ummi nak kena pujuk la...

Apa lagi ye abang irfan nak bercerita..... haaaa, cuti sekolah ni abang irfan nak ajak ummi pergi bercuti... semalam pun abang irfan dah ajak ummi g bukit merah laketown resort... abang irfan dah pernah pergi masa umur 2 tahun tapi dah lupa, nak pergi lagi sekali....tapi ummi cakap ummi kerja, tunggu cuti.... tak kisahlah bila2 pun, mana2 pun janji ummi, abah, baby dan abang irfan blh g jejalan sama2...

Ok lah untie2...cukuplah dulu abang irfan bercerita ya. Nanti bila ummi bawa abg irfan pergi bercuti, abang irfan cerita lagi ye....

Jom untie tengok gambar abang irfan....dah lama abang irfan tak bergambar...

abg irfan wth memey sebelum konsert tadika

malam2 kena buat homewrok dulu

pic lama

sebenarnya abg irfan takut dgn cheecky ni



Abang irfan sayang ummi, abah dan baby zarif sangat.....

2 comments:

ajumohit said...

Suke bc citer Abg irfan, baguslah irfan tak pukul adik, ngalah tau mcm tulah abang, nnti klu Pegi bcuti jgn lupe amik gmbr byk2 n tepek kt sini tau hihi

wani johari said...

tq aju..nt update la cerita najwa, najiha & adam kt blog..blh kenal2 dia org...si comel....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...