Mereka Yang Ku Sayang

Tuesday 18 October 2011

kisah 1 : yang paling kecil....

Salam semua,

Entry kali ni nak bercerita pasal baby zarif. Lagi 2 minggu zarif nak masuk 1 tahun. Sekejap jer masa berlalu, rasa baru jer masuk kerja selepas cuti 3 bulan, golek2 dengan si kecik ni.

Alhamdulillah, kesihatan zarif pun makin elok dan badan pun makin bulat. Bila tengok orang makan mulalah mulutnya bising, tangan capai2 nak jugak pe yang orang makan. Kalau tak bagi mulala buat2 merajuk & menangis.... Dah pandai makan macam2, tetapi gigi tak tumbuh lagi....

Perkembangan zarif sekarang sudah berani berdiri tegak tanpa sokongan dan mula menapak 2-3 langkah. Tak sabar nak tengok dia berjalan. Sekarang ni pun dia dah laju kalau meniti di tepi2 sofa.

Semakin berani beraksi, kalau abg irfan dulu tak berani nak duduk atas kereta mainan dan control pakai remote, tapi zarif selamba jer berdiri dan seronok bila abahnya control dari jauh. Memang lasak...

Cukup susah nak tidor malam, semua lampu nak kena padam dan duduk diam2 dalam bilik barulah dia mau tido jugak. Pagi2 dah bangun dan suka kejutkan abang irfan. Suka panjat2 badan abg irfan sampai abg irfan jaga dan ketawa2 geli. Suka juga kacau abg irfan yang tengah2 belajar solat - sambil solat abg irfan jerit, ummi, baby kacau abg nak samayang...hehehe...

29hb Oktober nanti genap umur zarif 1 tahun. Ummi tak ada planning nak celebrate coz ummi kena kursus 3 hari. Maaf la ye sayang, nanti bila kamu besar sikit dan dah mula kenal semua benda baru lah seronok nak buat birthday party.

Suka sangat dengan mainan kereta.... bila dah belikan untuk dia memang tak bagi orang lain main. So, mulai sekarang nak kena buat koleksi mainan kereta untuk baby zarif la ni...

Sekarang ni senang sangat bila shopping di tesco, letak jer dalam troli dan bagi mainan atau makanan diam lah dia...

Baby zarif juga dah tak menangis bila ummi tinggalkan bersama babysitter di waktu pagi... ummi dah tak risau sangat nak kerja...

Ummi harap baby zarif elok2 jer kt umah mak ye.... alahai rindunya kat baby ummi ni... rindu nak peluk ketat2, rindu bau masyam baby zarif....

Jom layan macam2 hal baby zarif...

kontrol hensem sikit

gerammm

hepy time

vroommm...jom ronda ngn keta

nak jadi imam muda...

macam2 - ngn abg irfan

tlg ummi kemas buku

muka masyam..

suka makan

tido time

jumpa apapun suka gigit



abg irfan suka buat aksi yg pelik2 time brgambar



ini cerita baby zarif, nantikan kisah 2: abg irfan....

2 comments:

sekadar satu coretan said...

seronok tengok baby ni tau..geramm jer..anak2 kat rumah tu semuanye dah besar2..

wani johari said...

ainnoraini: blh tambah lagi sorang la ni...ye la, kt yg ada bby ni pun bila jumpa bby lain mmg geram sgt rs nak ada bby lagi..he3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...