Mereka Yang Ku Sayang

Monday 20 February 2012

Resepi : Ketupat Sotong

Salam isnin semua,.... harap2 monday bules dah hilang lah yee...

Nak share resepi ketupat sotong yang ku buat semalam atas permintaan en hubby. Minggu lepas kami makan2 kat restoran anis pantai dalam dia ada makan ketupat sotong tetapi tak leh nak makan sangat coz manis. So, semalam dia request ku buat... dia yang tolong carikan sotong yang besar2 gitu...

Bahan-bahan:
Sotong - yang agak besar (semalam ku beli 1 1/2 kg)
sedikit beras pulut (agak2 cukup dengan sotong tu)
santan
gula melaka
secubit garam
lidi
Daun pandan - kalau tak der pun tak per...

Cara - caranya:
- Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam sekejap bagi beras tu kembang dan cepat masak.
-Bersih kan sotong. Ku rendam dengan air bilasan beras untuk hilangkan bau hanyir sotong.
-Toskan beras pulut tadi dan rendamkan lagi dengan santan dan secubit garam. Biarkan seketika.
-Toskan sotong dan bolehlah mulakan dengan sumbat beras pulut tu ke dalam sotong. Agak2 penuh lebih kurang 3/4 badan sotong tu dengan beras pulut. Jangan sumbat bagi penuh ye kawan2 nanti beras pulut tu akan mengembang dan untuk elakkan perut sotong tu pecah.
-Cucukkan kepala sotong dengan badan untuk elakkan beras terkeluar semasa memasak.
-Susun dalam periuk dan masukkan lebihan santan tadi. Letakkan gula melaka.Kalau nak guna daun pandan bolehla susun daun pandan sebelum masukkan sotong ke dalam periuk.
-Proses memasak sehingga masak.... tahap kemanisan ikut selera masing-masing lah ye. Nak manis letak jer gula melaka banyak2...



Jom tengok gambar ye:


sotong direndam dengan air bilasan beras..

santan-beli yg segera jer

dah siap sumbat dan nak masak

tadaa---dah siap untuk dimakan...

abang irfan meyibuk..hehe..bising2 cakap lama dh umi tak ambil gambar abg irfan






1 comment:

ajumohit said...

Feveret Aju ni wani, sedapnya dpt mkn dgn nasi kerabu ni, nyum2 blehla try buat nnti ngeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...