Assalammualaikum semua kawan2...
Sudah lama blog ni sepi dari sebarang cerita. Entry terakhir 20hb Januari 2012 sebelum kami bercuti balik kampung sempena cuti tahun baru cina seminggu. Tujuan utama balik kampung ialah menziarahi ayah mertua dan atuk yang sakit. Ayah mertua telah pun dimasukkan ke wad seminggu sebelum kami balik di Hospital Pasir Mas dan paru2nya ditebuk untuk mengeluarkan cecair dari badan. Pada 22hb Januari 2012 ayah telah ditukarkan ke Hospital Besar Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II) kerana keadaanya yang semakin teruk. Pada 23hb Jan ku sempat melawatnya di hospital sebelum balik ke Pasir Puteh menziarahi atuk yang strok.
Hari tu jugak berkesempatan berjumpa dengan doktor yang merawat ayah. Menurut doktor, ayah mendapat kanser paru-paru stage 4, tahap yang sudah kronik dan boleh dikatakan sudah tenat. Doktor menasihati kami agar sentiasa berwaspada dengan keadaan ayah. Dan, doktor akan melakukan endoskopi minggu depan untuk mengambil sampel tisu dari paru2 ayah. Bila sudah ketahui jenis kanser yang ayah hidapi barulah ayah akan dirawat melalui radioterapi.
26hb Januari pukul 12.05 tengah hari, akhirnya ayah pergi jua meninggalkan dunia ini.
Al-fatihah, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... aminnn...
** selepas kenduri tahlil ( arwah ) selama 7 hari baru kami berangkat balik kl...
4 comments:
al-fatihah...moga ohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yang beriman..amin..
al fatihah..aminn..
Innalillahiwainnailaihirojiun.
semoga di cucuri rahmat ke atas rohnya.
Innalillah semoga rohnya dicucuri rahmat, takziah untuk keluarga Suami wani
Post a Comment