Mereka Yang Ku Sayang

Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

AWAS!!!...Penipuan melalui telefon

Assalamualaikum semua,...

Ini sekadar peringatan untuk kawan2 dan juga diri saya di masa akan datang.

Perkara ni baru sahaja berlaku lebih kurang pukul 2 pm td, dan saya baru sahaja balik dari Bank Negara....

Penipuan maklumat mengenai rekod @ maklumat peribadi akaun bank, credit kad etc. Benda ni terkena en hubby sebenarnya.... selepas lunch ku trgerak hati untuk menelefon en hubby mengenai rancangan kami nak pergi tengok rumah baru sebelum dapat kunci. Dia bagitau ada bank call (MBF Bank) menyatakan dia ada hutang credit card RM9790 yang belum dijelaskan. Terkejut lah dia, mana ada apply credit kad pun.... dah lah transaction berlaku di Sentosa Island, Singapore pada 8/1/2012... maknanya baru jer lagi.

En Hubby menerangkan berlakunya pemalsuan kredit kad coz tidak pernah apply kredit kad dengan MBF bank. Orang tu siap cadangkan en hubby buat laporan di Bank Negara siap bagi no telefon lagi. En hubby call lah no telefon tu, memang macam operator Bank Negara yang jawab.... dalam situasi macam ni, saya pun tak salahkan en hubby... memang seolah-olah real lah. Orang yg konon-kononnya dari Bank Negara call balik dan cakap akan siasat perkara ni dalam masa tiga hari. Lepas tu dia minta detail no akaun yang kita ada, no credit kad yang ada... dan detail peribadi kita. En Hubby bagi data peribadi dan no kad kredit....no akaun lain nasib baik tak bagi coz semua detail ada kat umah.

Sambil2 tu en hubby telefon ku dan bercerita...ku sempat bercerita dengan bos dan kawan sepejabat...duk fikir2 macam tak logik plak Bank Negara nak no akaun kita untuk siasat kredit kad MBF tu.... Cepat-cepat ku telefon en hubby suruh block credit kad tu... setakat ni belum semak lagi ada transaction yang dah dibuat atau tak.... 

Selepas itu, kami berdua ke Bank Negara berjumpa dengan Customer Service Officer dan memaklumkan perkara ini. Kami dinasihatkan membuat laporan polis untuk keselamatan di masa akan datang coz maklumat peribadi en hubby sudah terdedah. Ruapa-rupanya sudah ramai yang terkena dengan penipuan macam ni... kat kaunter Bank Negara tadi pun ada beberapa kes seperti kami... sampaikan ada yang sudah
kerugian RM33k.... masyaallah..... sanggup dia orang buat kerja macam ni....

Alhamdullilah,...kami masih lagi sempat berfikir untuk bertindak dengan ujian ini...


Buat kawan-kawan di luar sana,....sama-samalah beringat sebelum terkena...kami yang dalam2 beringat ni pun masih lagi terkena..harap-harap kawan2 ambil iktibar dari kejadian yang kami alami ini.... jangan cepat percaya...siasat dahulu sebelum bertindak..



Wednesday, 7 September 2011

Tragedi Di Hari Raya

Pada petang raya ke 2, lebih kurang pukul 5 petang hujan turun dengan lebatnya beserta kilat sehinggakan pokok rambutan di hadapan rumah mak sedara telah tumbang dan menghempap kereta waja anaknya yang bekerja di Putrajaya. Nasib baik kereta tersebut tidak mengalami kerosakan yang teruk. Agak lama juga sepupu2 yang lain berusaha alihkan pokok tersebut tetapi mengalami kesukaran kerana hujan lebat. Akhirnya setelah dibuang dahan2 dan ranting, kereta tersebut dapat dikeluarkan.

Malamnya juag kami terpaksa bergelap kerana wayar elektrik yang menyambungkan ke rumahku terputus. Setelah menelefon 4 kali TNB, dan menunggu dari pukul 5 ptg hingaa 11.30 mlm barulah tenaga kerja dari TNB datang.... itu pun setelah ku telefon dan mengugut jika ada kemalangan jiwa siapa yang mahu bertanggungjawab kerana wayar elektrik yang terputus tadi masih lagi berjuntai di tanah dan arusnya boleh memgundang bahaya..... kami semua tak berani turun ke bawah / tanah....

Ermm, nasib baik atap rumahku tak diterbangkan angin....

Pic yang sempat di ambil....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...