Mereka Yang Ku Sayang

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

Innalillah..kepadaNya jua dia kembali...

Assalammualaikum semua kawan2...

Sudah lama blog ni sepi dari sebarang cerita. Entry terakhir 20hb Januari 2012 sebelum kami bercuti balik kampung sempena cuti tahun baru cina seminggu. Tujuan utama balik kampung ialah menziarahi ayah mertua dan atuk yang sakit. Ayah mertua telah pun dimasukkan ke wad seminggu sebelum kami balik di Hospital Pasir Mas dan paru2nya ditebuk untuk mengeluarkan cecair dari badan. Pada 22hb Januari 2012 ayah telah ditukarkan ke Hospital Besar Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II) kerana keadaanya yang semakin teruk. Pada 23hb Jan ku sempat melawatnya di hospital sebelum balik ke Pasir Puteh menziarahi atuk yang strok.

Hari tu jugak berkesempatan berjumpa dengan doktor yang merawat ayah. Menurut doktor, ayah mendapat kanser paru-paru stage 4, tahap yang sudah kronik dan boleh dikatakan sudah tenat. Doktor menasihati kami agar sentiasa berwaspada dengan keadaan ayah. Dan, doktor akan melakukan endoskopi minggu depan untuk mengambil sampel tisu dari paru2 ayah. Bila sudah ketahui jenis kanser yang ayah hidapi barulah ayah akan dirawat melalui radioterapi.

26hb Januari pukul 12.05 tengah hari, akhirnya ayah pergi jua meninggalkan dunia ini. 


Al-fatihah, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... aminnn...




** selepas kenduri tahlil ( arwah ) selama 7 hari baru kami berangkat balik kl...

Tuesday, 6 September 2011

Aidilfitri 2011 - kami sudah ber4

Alhamdulillah, sudah kembali bekerja seperti biasa tetapi mood raya masih terasa. Kawan2 dipejabat ada yang masih bercuti. Dan, ku selamat sampai petang semalam pada pukul 1 petang setelah bertolak pukul 5 pagi dari Pasir Puteh. Kain baju masih lagi berbaki, tak sempat nak kemas semalam....

Hari ni, suasana kt tempat kerja agak sunyi... ada 2,3 kerat jer kekawan yang sudah mula kerja.

Seperti tahun yang lepas, raya pertama sudah semestinya di rumah en hubby di Pasir Mas, petang raya pertama sesudah zohor baru bertolak ke Pasir Puteh..... raya tahun ni tak banyak pic yang di ambil... budaya kunjung mengunjung masih lagi menjadi amalan di kampung ku.

Raya ke dua & ke tiga ke rumah sanak saudara... raya ke 4 ke rumah Gee beraya dan kenduri akikah si comel Adam....

Raya ke 5, sudah mula berjalan2 untuk aktiviti2 sampingan... sempat juga ku shopping di Pengkalan Kubur (Bebas cukai)

Jalan sana sini.... sudah seminggu di kampung, terasa sekejap jer... Kalau boleh masih lagi mahu menyambung cuti kalau tidak difikrkan tanggungjawab sebagai seorang pekerja menanti di sini...

Jom layan pic raya yang sempat di ambil....
Raya pertama - tema color merah bata/pich - abg irfan yg pilih color ni

Bby zarif on d way ke Pasir Puteh

bby zarif seronok beraya

abg kt umah mek Pasir Mas - x nak kopiah nak songkok

Raya ke2-tema merah acara jln2

3 fmly - tema color merah, kuning & hijau - mcm traffic light pun adoo

abg irfan x sabar nak beraya

abg irfan muka meragam..he3


with my mum

with mum, kakak & anak buah
 

kandid
 
abg irfan tidur kepenatan beraya

bby zarif with k liya
Raya ke 3 - tema color hitam + putih



Tak banyak pic yang di ambil, masing2 kalut nak beraya kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...