Mereka Yang Ku Sayang

Tuesday 26 July 2011

Hadiah Untuk Pemenang GA


Kepada pemenang GA, hadiah anda akan di pos petang ni menggunakan pos ekspres...
Semoga selamat sampai
TAHNIAH!
Pemenang no 3 (69) masih lagi menunggu email dari anda.....


Monday 25 July 2011

Bayaran Fidyah Dan Pengiraannya...

Sila ke


untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis bayaran fidyah dan cara pengiraannya...

Sekadar berkongsi maklumat bagi sesiapa yang tidak jelas mengenainya....

Hukum Berpuasa Selepas 15 Syaaban...

Sekadar berkongsi maklumat..... Sila klik untuk imej yang lebih besar....

Friday 22 July 2011

yeay2...bby zarif dah blh duduk...



Alhamdulillah, bby zarif dah boleh duduk....dia boleh duduk sendiri dah & bila letak pun dah tak goyang. Dia dah pandai ampu dengan tangan elak jatuh... rupa2nya demam on off ada benda nak pandai..kata org2 tua laa... sekarang ni dia tengah belajar nak merangkak jauh. kaki dah boleh, tangan jer tak pandai nak angkat or gerak, hasilnya jatuh tertonggeng laa.... slow2 ye sayang.... ermm... kejap jer rasanya dah besar dah anak ummi.....

Cu Teka Cu Teka.....

Wednesday 20 July 2011

Akhirnya Dah Beli Hadiah Abg Irfan...

GA birthday abg irfan pun dah ada pemenangnya, hadiahnya jer belum diposkan lagi... dalam proses ye para pemenang...

Setelah duk fikir2 ngn en hubby apa yg nak beli akhirnya secara tak sengaja kami beli psp.. memang abg irfan duk minta belikan psp... bila tgk yg sony boleh tahan harganya, kami tak nak beli lagi risau kalau2 rosak....nanti tak dapat main lama dah la mahal..hu3....

Bila tengok yang ni harganya tak mahal sangat ( tapi ratus2 jugak la hu3..)....kira boleh la beli utk abg irfan dengan harapan dia seronok & hepi dapat hadiah birthday dia kali ni.... lagipun dah la kami tak celebrate pun brthday dia... ingt nak beli jer kek sebiji hntr umah bbysitter, pakat2 makan dengan kwn2 bbysttr sama. Kat tadika nanti pun cikgu akan celebrate untuk semua birthday boy / girl bulan julai hujung bulan nanti... Mulanya nak ajak bbysttr & kwn2 abg irfan yg sama bbysttr makan2 kat luar weekend ni tapi memandangkan umminya asyik sibuk & kena kerja terpaksa lah dilupakan..nasib baik belum janji apa2 dengan dia...

Jeng jeng jeg..inilah hadiahnya yang tak seberapa....



ini sajalah yg ummi mampu sayang

siap bebalut - bila nak bagi ni yeee


**** Ummi harap abg irfan belajar rajin2, bila besar nanti kerja elok2 dapat beli apa yang abg irfan mahukan... kami kan berusaha berikan yang terbaik dan termampu kami untuk kalian... sesungguhnya kalian lah harta kami dunia akhirat.... bila abg irfan besar nanti, & baca ni ketahuilah kami teramat menyayangimu.... 

Tuesday 19 July 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

!                                                                             LUNA LANUN !


jom..belajar nak tambah follower....klik jer pic tu ye....
tarikh tutup: 25 julai 2011

JUVANA : tamat sudah...



Malam tadi berakhir sudah drama bersiri JUVANA. Kepada peminat setia drama ini mesti tidak melepaskan peluang untuk mengetahui kemuncak @ penghujung ceritanya. Aku juga excited tengok episod akhir malam tadi, nak tahu jalan akhir drama ni. Actually, aku bukan lah peminta setia drama ni, tapi tengok la jugak, on off... en hubby yang suka cerita. Malam tadi tengah seronok tengok cerita korea tv8 (personal taste - aku mmg suka citer korea) en hubby suruh tukar channel nak tgk JUVANA. Aku pun ikutkan jer coz nak tahu gak penamat drama ni. Slot utk episod akhir pun mmg nampak best..

Kesimpulannya, mmg puas hati lah coz yang jahat dah dapat pembalasannya... tapi ada beberapa persoalan dalam hati aku. Antaranya :

1. Bagaimana kesudahan dengan nasib Cikgu Raja & Cikgu Azmi yang jahat itu..(mati2 aku ingat cikgu
    ariffin yang jahat. huish, aku tertipu rupanya....)
2. Macam mana Daim lalui kehidupan dia selepas keluar dari Wira Bakti. Mcm mana dia sekolah @ masuk
    Universiti...
3. Daim kena tikam & tak bawa g klinik, last kat pagar tu dia rileks jer..dah tak sakit..hu3...
4. Bagaimana dengan nasib botak....
5. Punyalah ramai pelajar takut nak pukul guard...hu3...kata sekolah juvana....
6. Rupa2 nya citer ni flashback cikgu zakiah.....



***so, agak2 korang ada tak JUVANA 2 nanti?....

Monday 18 July 2011

Aktiviti Weekend : 17 Julai 2011

Weekend semalam, aku bekerja kerana ada sesi pendaftaran pelajar sesi 2011/2012. Tak boleh nak jejalan lah. Pagi2 lagi hantar bby zarif kerumah mak dia - bbysitter. En hubby tak berani nak jaga lagi...lagipun aku pun tak berapa harap sangat dia jaga..nanti tak berbasuh berak sikecik tu... walaupun dah anak ke 2, tapi en hubby masih lagi kekok nak jaga bby... alahai, bila la dia nak pandai ni..hu3... kena tunggu anak ke 3 plak ni kot...

Pendaftaran pelajar untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda telah selesai dan berlangsung dengan jayanya. Ermm...bagi kawan2 yang nak tahu aku kerja kat ner blh tgk SINI....

Kalau ada sapa2 @ sedara nak belajar sini pun boleh...nak2 yang memang berbakat dan berseni..boleh aje..Terdapat 7 program diploma dan ijazah yang ditawarkan..Programnya ialah Teater, Tari, Penulisan Filem & Video, Muzik Animasi dan Seni Halus...  untuk sesi 2011/2012 telah pun selesai..kenalah tunggu kemasukan tahun depan plak ye... kami juga mengadakan kursus jangka pendek... antara kursus yang ditawarkan ialah sijil fotografi, tari, muzik....etc untuk info yang lebih lanjut sila ke website NI

Kalau sebut nama ASWARA, ada yang kurang perasan @ jarang dengar akademi ni..sebenarnya akademi seni ni dah lama ada, kalau tak silap tahun 2004 lagi... masa di bawah KEKWA @ sekarang di bawah KPKK (Kementerian Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan) dulu ASWARA ni dikenali dengan nama Akademi Seni Kebangsaan (ASK)....

Ramai juga lah bekas2 pelajar akademi ni yang telah berjaya mencipta nama... antaranya Fasha Sanda (student fakulti teater kalau tak silap), Bayu (kareografer Sehati Berdansa), Ray (Kareorgrafer Mari Menari), Piere Andre, Que Haidar, Zul Huzaimi... Noh hujan... Adlin Aman Ramli... (sekadar menyebut beberapa nama)

Tenaga pengajar pun calang2 orang yang terkenal dalam industi seni malaysia..antaranya Mr Joseph Gonzales (juri Mari Menari), Adman Salleh (Pengarah), pelukis Suzlee Ibrahim... Cik Kem, Cik Rosminah Tahir, Rohani Yousoff (teater - bekas tenaga pengajar)... syafinaz selamat, juhara ayub, datin Marlia Musa... dan ramai lagi...
Seniman Negara yang ke 10 pun ada disini... Dato' Anuar Rethwan...

Tapi, ku bekerja di sini tidaklah berseni pun..kerja pun dibahagian kewangan...bukan dalam bidang seni..


Ok lah, layan jer pic nya ye....


kaunter pndaftarn & pmbayaran



huh, kusyuk sungguh


staf pej bendahari

sorang jer kumbangnya...

posing time

hepi sokmo...



Pemenang Peserta GA : Abg Irfan 5th Birthday

Setelah hampir 2 minggu GA yang dibuat tamat, hari ini baru berkesempatan untuk mengumumkan keputusannya.

Kredit to cik Random ye...

& pemenang nya ialah :

Tempat Pertama: 50 : jasmin ibrahim
Tempat ke dua : 9 : jaa

tempat ke 3 : 69: lizawati




TAHNIAH kepada pemenang ye. Kepada yang tak menang tu, jangan putus asa..insyaallah saya akan buat GA lain kali...


kepada semua pemenang sila emailkan detail kepada : wanijohari79@yahoo.com

1. nama penuh
2. alamat
3. no telefon

untuk pos kan hadiahnya.....


Thursday 14 July 2011

Bila Otak Dah Tepu....

Beberapa minggu yang lepas saat yang memeningkan plus memenatkan sampai fikiran pun melayang2.. pagi datang kerja dan petang balik kerja. Dalam fikiran pun bercampur aduk pasal family dan kerja... anak2 & suami yang tak sihat dan kerja yang memerlukan komitment. Laporan yang kadar SEGERA dan kerja2 menimbun... sampai terasa otak pun makin tepu....

Akibatnya.....

dah terbalik...

Bila main punch jer kad ni tanpa tengok,...macam ni lah jadinya.. aku trpunch page 2 yang 16hb... pagi tadi baru perasan bila nak punch macam tak de space...tgk2....hu3.... selama 2 minggu ni aku punch kad salah date..... yang 4hb julai aku g punch di 20hb.... boleh pulak macam tu.... alahai.....

Wednesday 13 July 2011

Baby Zarif : Demam lagi....

Hari ni masuk kerja lewat dari biasa coz bawa bby zarif ke klinik. Pagi semalam masa hantar bby zarif rumah bbysttr, badannya dedar jer... disebabkan tuntutan kerja, ummi tak dapat cuti jaga bby zarif ye sayang. Petangnya, bbysttr cakap bby zarif demam kuat pada kul 3 ptg tp dah diberi ubat. Masa ambil dia, badannya dah ok....

Malam tadi badannya asyik dedar jer, makan, minum & susu pun tak nak. Suaranya pn dah lain bunyinya. Ku agak mesti bby zarif sakit tekak ni. Musim batuk, selsema & sakit tekak ni. Pulak tu jerebu pun agak teruk sekarang. Pujuk2 jugak bby zarif minum air masak & susu. Pagi tadi sebelum subuh hingga lah hampir ke pukul 7 pagi bby zarif macam merenggek, tak selesa agaknya. Badan makin panas, jadi aku decide nak bawa terus klinik risau melarat nanti.

Pukul 9 pagi turun ke klinik (klinik pun dekat jer ngn rumah & pagi2 lagi ku tel pembantu klinik tu minta tolong ambilkan nombor, cepatla sikit- dapat no 7), lama juga menanti dari no 1 - 6 tu, bby zarif pun asyik pusing2, macam2..nak main kt bawah lah, nak dukung la, tak selesa la tu....

Bila jumpa doktor, tekak bby zarif dah merah2... doktor cakap banyak kahak, & alah. Bby zarif kena sedut gas untuk hilangkan kahak... kesian dia menangis masa pembantu klinik tu lekatkan corong penyedut di hidungnya.... sib baik aku pun tak nangis sama...hu3.... sedih sesangat tgk dia td.... sampai mreah2, berbekas dipipi bby zarif gara2 pembantu klinik tekan kuat sangat... sib baik jap jer kesannya hilang.

Masa g hantar bby zarif umah bbysitter, dia lena tidur. Letakkan dalam buai dan terus naik lrt masuk ke pejabat......

Alahai...teringat sangat kat bbay zarif... mintak2 dia semakin baik.... tak sabar nak tengok dia jadi kuat makan balik.... semua benda dia gigit....

kesian bby ummi merah2 pipi...

macam2 jenis ubat-yg ni skit biasanya dlm 5 jenis ubat

kesian bby ummi

merah lagi..

 



"Yana Birthday Giveaway".



Buat Yana :
Selamat Hari Lahir, didoakan agar kebahagian sentiasa menjadi milik kalian di dunia dan akhirat.. aminn..

Nak tag:
Gee & Farah


Tq aju tag saya....

Monday 11 July 2011

Ga: Peserta Diharap Bersabar ye...

Maaf bebanyak ye kawan2 yang join GA, saya masih lagi kekurangan masa untuk menentukan siapakah pemenang bertuah.... kekangan masa di tempat kerja juga dirumah... buat masa sekarang saya terpaksa menyediakan laporan audit untuk penyata kewangan.... juga daily work yang tak pernah kurang.

Saya akan usahakan dalam minggu ni juga utk keputusan GA ini... Saya juga masih mencari hadiah2 nya...

Harap kawan2 jangan jemu menanti ye...

Seribu kemaafan dipinta...

GA Mylittle Secret - Fisher Price



Sila klick banner untuk join...
cepat2..hadiah yg sangat menarik.

nak tag : aju, gee & farah

Sunday 10 July 2011

Floria 2011: Mawar Untuk Selamanya

Kepada peminat bunga mawar @ roses sila lah berkungjung ke Putrajaya sempena Pesta Floria 2011. Floria 2011 bermula semalam (9 julai 2011) dan akan berakhir ahad minggu depan. ( selama 9 hari)

Aku ni dikira minat jugaklah dengan bunga2 ni, tapi kalau nak tanam tu tangan 'panas' mesti tak berbunga pokok tu nanti.... bila baca paper tema tahun ni roses...aku mmg dah pasang niat nak ajak en hubby g Putrajaya. Dan, setelah berminggu2 di kuarantin, semalam barulah kami berani nak keluar.... ajak en hubby tgk bunga.... waduh2 syok bangat...ROSES.... macam2 color, pink, merah kuning... tapi rasanya semalam tak ada la plak color biru. @ kami yang tak perasan... 

Biasanya hampir setiap tahun kami ke pesta Floria... tahun ni rasanya tak banyak bunga yang ada kat sana.. booth pun tak banyak. Dengan cuaca yang panas terik, cepat jer bunga2 tu layu..tambah2 roses yang agak sensitif. kesian jugak tengok hampir layu dah bunga2 tu.

Kami pergi tidaklah lama sangat coz abg irfan duk asyik ajak balik jer, penat jalan kaki dah katanya. Rasa macam tak puas pula tengok bunga tahun ni, tak meriah sangat bunganya.... sempat jugaklah aku beli sepohon bunga ros kuning. Harganya pun murah jer, RM10. Bila balik kat umah tgk2, nyesal plak beli satu pokok.... rasa mcm nak ajak en hubby pergi lagi hari ni... tp difikir2 yang beli ni pun belum tentu kan hidup sihat, aku batalkan niat..... kira yang ni cam experimen la dulu..kalau hidup molek, boleh beli lain2 pokok plak... aku suka juga berkebun ni..masa kat kampung pernah jugak tanam pokok bunga..tapi, kalau bunga yang berdaun memang sihat hidupnya..tapi bunga ros yang ku tanam sampai sudah tidak berbunga, tak larat nak letak baja bunga dah...hu3... pokok ros yang kubeli semalam nak kena en hubby yang tolong alihkan ke pasu... risau dengan tangan 'panas' ni...

Ok lah kepada kawan2 yang suka dengan bunga especially roses boleh lah ke Floria ye.. bunga orkid pun ada jugak... 

Jom tengok pic yang sempat di snap.... ( tak banyak coz abg irfan yang jd 'photograper')

macam color yg ada

posing skit ngn bby zarif

orkid pn ada

comeyy kan roses kecik ni

semuanya bunga

i likeee....yellow roses

ros makin berkembang - masa beli kuncup lg

jom posing

posing lagi

floria 2010

floria 2010

floria 2010

floria 2010

Thursday 7 July 2011

Senarai Peserta GA

Sila tengok SINI, SINI & cont....

87 qieranna - sila semak ye coz x cukup syarat...

GA : Abg Irfan 5th Birthday sudah Berakhir....

Tepat jam 12 mlm td berakhirnya GA: Abg Irfan 5th Birthday...

Terima kasih kepada semua yang sudi join GA yg 1st time buat ni...alhamdulillah, ada sambutan yang menggalakkan...lepas ni boleh lah buat lagi ni....

Kepada semua follower ( walaupun follow coz syarat masuk GA) saya ucapkan terima kasih bebanyak. Saya akan follow anda semua pula tapi masih dalam proses coz kekangan masa dan blog ada problem skt... bila follow tak kuar pic plak....

Ini ialah sambungan senarai peserta GA. Untuk senarai peserta yang lain sila tengok SINI

82. MamaRaisya aka Lisa
83. Nida
84. neaflerida/nil
85. alvas
86. ainie yusof

Kepada semua peserta, masih lagi dalam proses terjah blog ke blog ye..ada juga yang tak dapat komen tapi semuanya saya masukkan dalam list.

Keputusan akan diberitahu, insyaallah esok.... penghantaran hadiah pada hari bekerja minggu depan.

HADIAH masih lagi dalam proses mencari...jadi sabar ye....bila dah ada saya akan upload pic....


p/s: terima kasih semua....

Wednesday 6 July 2011

Sling Denim Bag Giveaway




jom join...tarikh tutup: 19 julai 2011 eh2... trsilap daaa.... 19 ogos 2011

GA : Abg Irfan 5th Birthday

STICKY POST SAMPAI 6 JULAI 2011

Tiba - tiba jer teringin nak buat GA sempena birthday abg irfan pada 2 Julai 2011 ni. Semalaman jugak fikirkan apa hadiah yang hendak diberi kepada kawan2 yang join nanti. (Ermm...ada ke yang nak join ni)



GA ni bermula pada 23 Jun 2011 hingga 6 Julai 2011 ( 2 minggu)

ok lah, ini adalah syarat2 nya... simple jer....

a) Buat entry khas bertajuk "GA: Abg Irfan 5th Birthday"
b) Follow blog INI
c) Copy banner di atas & letakkan di entry & linkkan banner ke blog ni.
d) Tag kawan anda. ( suka hati berapa org pn, min 1 org, lagi ramai lagi bagus)
e) Letakkan link, id follower dalam ruangan komen.

itu jer syarat nya.... senang kan... last, kalau rajin sudi2 kanlah bagi cadangan hadiah apa yang nak bagi pada abg irfan tahun ni....

Pemenang : akan dibuat melalui RANDOM.com

Hadiahnya:

Pemenang pertama : Inner + shawl + brooch

Pemenang kedua : Inner + shawl

Pemenang ketiga : Brooch

Nak tag :

Gee
Farah
Aju
Yana



wordless : Baby zarif

bby zarif & chicken pox...

untukmu sayang @ 6/7/2011 - 10 am

Tuesday 5 July 2011

.....i need fresh air pls'....

Hari ni hari ke 2 aku sudah mula kerja coz bby zarif dh ok dari CP...sekarang ni en hubby plak yang sambung cuti lagi seminggu..(dapat mc dari minggu lepas)...kesian en hubby kena tinggal sorang2... mkn nasi bungkus jer la gamaknya.... itu la, dah tuo2 br kena CP..mmg teruk kenanya...

Sudah lama jugaklah kami tak keluar jejalan...masih dalam tempoh kuarantin... rasa macam tepu & lemau dah diriku...ye lah, anak2 demam berganti2 sambung dgn en hubby... masa utk rehat pn kurang, bby zarif asyik merenggek jer mlm2... minggu lepas seminggu aku cuti, jagakan si kecik n en hubby yg mc sekali.... pagi2 bangun siapkan abg irfan ke sekolah. Jaga si kenit n en hubby...amik abg irfan dari sekolah. Masak, yg rebus2 jer... mlm tidur pun x lena sgt....bby asyik meragam....pusing jugak kepala... nak buat mcm mana kan..dugaan.... harus harunginya dengan sabar.... alhamdulillah...

Sekarang ni mood pun dah makin ke laut, nak datang kerja pun ala kadar jer feel nya.... kerja plak banyak yang menanti....audit nak datang la, (audit plak, macam2 audit...audit aset la, audit penyata kewangan lah, audit dalam lah...)...huhuhu...penat nya... tapi itu semua tuntutan kerja... satu kewajipan yang mesti ditunaikan supaya rezeki yang kita dapat dirahmati oleh Nya...

Ohohooo...bestnya kalau duk kat tempat sejuk ala2 Cameron Highlands, tengok bunga2, petik strawberry... aduhai..seronok3..... en hubby, cepat2 lah sihat ye... nanti kita g jejalan... nak pergi pesta bunga (Flora & fauna) kat putrajaya ni jugak....tema tahun ni ROSES..i likeeee.....

Nak g Cameron petik strawberry....bw abg irfan jejalan celebrate birthday.... pls3....i need some fresh air to recovers my 'letih lesu' ni......


p/s : sebenarnya nak g jejalan ni...hehehe...spmt ke sblm posa ni dgn en hubby belum elok lagi dr CP... aduhai.....

Monday 4 July 2011

"1st Giveaway by Cempaka Kuning"



nak tag : gee & farah..(jom join ramai2)
tarikh tutup : 17 julai 2011

GIVEAWAY 1MINGGU 1 BUKU



jom join GA ni..sila klick banner tu ye....

Tarikh tutup: 18 Julai 2011

My 1st Happy Giveaway



jom join GA ni.... orangnya sweet sekali... n syarat yg simple.... klick jer banner ni ye..

nak tag : aju & farah

Senarai peserta GA

Salam semua....
alhamdulillah, first GA yg saya buat ada sambutan... ada juga yang tak blh direview dan tinggalkan komen... saya masuk kn juga dalam senarai peserta... kali ini 1st time saya buat kira boleh dimaafkan... so, inilah senarai sehingga 4/7/2011.... GOOD LUCK utk semua ye...

9.jaa
11.huda
12.gee
13.nana
17.Ayesha Ramlee
19.lissa -
23.  Joel Leslie 
25. mas
26 eb ezrin 
27. sarah -
34 aju
35. baby
37.  shakila 
39. ziyta
40. ayung
62 mis bie
64 ita
74 ani

Saturday 2 July 2011

Hepi Birthday Abg Irfan....

Hari ni genaplah umur abg irfan 5 tahun... Dilahirkan pada 2 Julai 2006 pada 8.48 am di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).... kehadirannya begitu bermakna buat kami berdua.... masih ku ingat saat2 melahirkan abg irfan.... tiada kesakitan yang dirasai. Orang kata anak pertama sakit, tapi alhamdulillah, aku bersalin secara normal tanpa bantuan apa2 ubat @ suntikan.... 

Hari ni juga, kami tak buat apa2 jamuan utk celebrate birthday abg irfan coz masih lagi dalam mood demam... tak seronok nak celebrate dgn baby zarif & en hubby yg kena chicken pox...insyaallah, nak kena ajak kwn2 abg irfan makan2 ni... kat sekolah nanti pun akan ada jamuan sebulan sekali utk celebrate brthday..hujung bulan biasanya... kira hantar jer kek ke sekolah abg irfan nanti...

Abg Irfan, kehadiran mu begitu bermakna dalam hidup kami, pelengkap hidup kami..permata hati kami.... ketahuilah kasih sayang ummi abah tidak pernah berkurang buat mu.... doa kami agar abg irfan menjadi orang yang berjaya dalam setiap aspek di dunia dan akhirat....aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...