Mereka Yang Ku Sayang

Thursday 28 April 2011

.::SAUDAGAR MUSAFIR CHEESETART GIVEAWAY..!!::.

hari ni free plak utk join GA

Lucky Draw

 

hari ni ku cuba Lucky Draw dari shamoda belleza...

Wednesday 27 April 2011

Novel oh novel

Tengah hari tadi akhirnya aku berjaya juga ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC. Nasib baik PWTC tak jauh dari office ku. So, sempat lah aku lari sekejap ke sana. Dapat lah aku beli beberapa buah novel yg awal2 lagi dah aku shortlist kan. Kalau diikutkan hati banyak yg aku nk cari...tp thn ni aku cut cost skt.. so, beli pun berpada2 n yg betul2 best...tp aku tgk td cam bnyk jer novel yg best... ermm..x leh jadi ni dugaan sungguh. Sib baik jap jer aku ke sana. Sampai2 jer terus ke karangkraf jap, beli majalah pa&ma n apartment. Singgah di Jemari Seni Publisher, jumpa penulis kesukaan ku..Noor Suraya @ k su. Rembat 6 bijik novel...jln2 cr buku utk abg irfan plak... tahun ni mmg cut cost betul..huhuhu....


inilah majalah & novel yg brjaya kurembat td...

ermm..sikit jer novel yg ku beli: mood: x puas hati..hehehe

Bby Zarif 6 bulan sudah....

Hari ni, bby zarif sudah 6 bulan.... alhamdulillah, brsyukur sgt kepada Allah kerana bby zarif dikurniakan kesihatan yang baik, perkembangan yg elok.... semoga berkekalan hendaknya..Aminnn....

Terasa sekejap jer masa berlalu, masih lagi aku teringat sakitnya saat2 melahirkan bby zarif, air mata kegembiraan mengalir bila melihat si kecilku.... terasa bagaikan baru semalam kami sama - sama berjaga malam bila dia tak nak tidur..... alahai cepatnya anak ummi besar ya...

Syukur sgt2, hasratku nak fully bf akhirnya tercapai utk 1st stage ni.. aku akan teruskan perjuanganku utk menyusu bby zarif dengan susu ibu sepenuhnya sehingga bby zarif 2 tahun. Semoga dipermudahkan oleh Nya... 

Tak sabar rasanya nak masak bubur utk bby zarif... 

bby zarif dah pandai pegang mainan

si bulat ummi nak g jalan2...

Tuesday 26 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pesta buku pada tahun ini sudah pn bermula pada minggu lepas iaitu 22 April 2011 dan akan melabuhkan tirainya pada 1 Mei 2011. Seperti tahun2 yang sudah, aku akan listkan buku @ novel yang hendak dibeli baru kuredah ke sana. Supaya masa membelek boleh dikurangkan dan masa utk survewalking dari satu gerai ke satu gerai boleh di panjangkan. Biasanya ada jer buku yang diluar bajetku turut ku sambar. Bukan pe, rambang mata bila tgk buku yg bnyk2. Sementelah hobiku dari zaman bujang2 smpi skrng, yg ni jer masih lg diteruskan.... sib baik en hubby tidak menyekat hobiku ini, yang suka beli buku @ novel smpi tahap ketagih. Bila dah beli ari ni, abis bc dlm sari, soknya nak lagi buku baru. Tahun 2011 ni, dek kesibukan dengan si kecik aku tak sempat nk membeli walau sebuah pn novel baru. That's why bila ada pesta buku ni, aku sanggup keluarkan saving ku semata2 nk cari novel yang sudah aku listkan awal2 lagi. Setakat ni dah ada 9 buah novel keluaran Jemari Seni yang aku tgh usha time nk g sambar ni. Belum lagi novel2 dari creative, alaf21.... alahai....

Rancangnya, esok aku nak ambil cuti rehat n bawa abg irfan g jalan2 sambil cari buku...plus aku nak tanamkan minat suka membaca dalam diri abg irfan. Tapi,....huhuhuhu...cutiku tidak diluluskan oleh mem bos dek kesibukan nk closing akaun...... sentap aku taaauuuuu......

Ermmm.... dah tuntutan kerja, nak buat cm ner kan..... terpaksalah aku mencuri masa utk ke pesta buku... tapi tak tau lagi bila..hope sebelum 1 Mei la kan....  

Monday 25 April 2011

" Baby Nurkheir 1st Giveaway: Si Manja Chumil Bertudung/ Berbaju Melayu"




Nama Penuh : MUHAMMAD ZAIM IRFAN BIN MOHD ZAWAWI
Tarikh Lahir : 02 JULAI 2006
Ucapan Khas: Doa kami agar abg Irfan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn.

** Raya pada tahun 2008, masa ni abg irfan berumur 2 thn lebih.Inilah baju melayu abg irfan yg kali ke 2,baju melayu yang pertama abg irfan pakai color pink, ok jer. Pada pagi raya abg irfan menangis tak nak pakai baju ni, may b colornya yang x menarik, warna agak gelap. Puas ummi n abah pujuk baru dia mau pakai. Inilah muka orang merajuk.....

ID Folower : Wani Johari
Referrer : http://sweetthings-mylife.blogspot.com/2011/04/baby-nurkheir-1st-giveaway-si-manja.html
Tag :1. fauziahmohdaud.blogspot.com
       2. ajumohit

Friday 22 April 2011

Bila Ummi Tak Sihat....

Hari ni penghulu segala hari, JUMAAT dan penghujung minggu bekerja. Bagi mereka2 yang bekerja dan mempunyai fmly mcm aku ni hari ni lah yang dinanti2...coz esoknya dah mula cuti n blh brsama anak2, en hubby, golek2 dgn dia org, msk makanan kesukaan mereka, menjanjikan satu kepuasan.

Dari malam tadi lagi aku dah mula rasa tak sedap badan. Bgn 2-3 pagi ke tandas, tak tau kenapa. salah makan ke?....x pernah mcm ni. Lesunya usah cerita la, x larat sgt2... tp kugagahkan juga dtg pejabat. Malam nanti aku kena bertugas dikaunter tiker utk show student, gantikan kwn yg anaknya x sihat. Tapi aku plak yg duk seram sejuk dr pg, brstoking, berselimut (dgn shawl), berjaket.... apala yg x kena dgn aku ni. Nikmat makan pn dah tak terasa, tak blh nak makan dah. Masa sihat semua benda aku makan...dlm keadaan mcm ni barulah kita bersyukur dgn nikmat yang Allah berikan semasa sihat.

Tel bbysitter tak jadi bertugas mlm nanti. Ambil si kecik n abg mcm biasa. Tp rasa x sedap hati bila kita mcm ni. Hati ni duk asyik tringatkan anak2 n en hubby. Siapa yg nk jaga mereka, msk utk mereka, kemas rumah. Semua x kena. Bila mereka x sihat kita blh bgn mlm2 jaga mereka, tapi bila kita x sihat sapa yg nak jaga mereka. 

Alahai hati seorg ibu ni, bila kita sakit, hati asyik memikirkan mereka2 jer.....   


"Ya Allah Ya Tuhanku, sihatkanlah keluarga ku.....aminnn'.....

Thursday 21 April 2011

Puding Roti

Menu puding roti ni aku dah lama nk buat, tp cm mls nk keluarkan oven dr kotak. Last week, aku free n tiba2 rajin plak nak buat. Mulala operasiku... ni 1st time nk buat puding roti....(aku mmg suka mencuba + belajar msk2 ni).... resepinya aku ambil dari internet. Tapi, bila buat pd hari sabtunya, puding rotiku lembut sgt. Hari ke 2, ahad aku cuba lg....yg ni aku main agak2 je la....Alhamdulillah, blh tahan jugak la rasanya.

Kalau kwn2 nak cuba. Ini resepinya :

Bahan-bahan:
8 keping roti - rendam dgn susu segar sikit n dicarik.
susu segar - semangkuk or > < 400ml
2 biji telur
4 sudu gula pasir
kismis (tabur)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit marjerin / mentega

Cara-cara:
sapu marjerin / mentega di sekeliling loyang.
masukkan roti yg telah dicarik2 td.
2 biji telur, esen vanilla, gula pasir n susu segar digaul or kacau bersama sampai sebati.
masukkn ke dalam loyang yg berisi roti tadi.
taburkan kismis.
bakar pada suhu 180'c selama 30-40 minit.


suhu 180'c, saya guna api dibawah shj, selama 30-40 mnt 

puding roti tgh bakar

dah masak - yg ni lembut n ber air skt dlm nya

2nd day buat, kismis dh abis

selamat mencuba ya kwn2...

p/s: cuti hujung mngu ni cm nk buat nasi ayam jer..nanti saya bg resepinya ya....

Masak2

Hujung minggu lepas kami mmg x plan nak g jejln mn2.... lepak2 n golek2 kt umah jer. Biasanya weekend jer aku akan masak yg special ckit dr hari bekerja. Bila abg irfan dah mula pndai mkn macam2 aku selalu tanyakan dia, apa yg dia nk mkn n aku akan cuba masakkn utk dia. Bila difikirkan aku ni bukannya pandai msk pn, ms sebelum kahwin mmg aku x pndai msk. Kalau nk mkn pe2 aku request jer dr kakak n mak. Diaorang yg msk kn. Aku ni main order jer laaa... Smpi la aku kahwin, sib baik en hubby x cerewet bab2 mkn ni. Apa aku msk, dia mkn tnpa bnyk soal. Tp bila hari2 goreng telur,  goreng ikan, goreng nasi, aku pn naik jemu + kesian kt en hubby.

Slps dr itu lah aku mula belajar msk... skrng ni alhamdulillah, aku dh blh msk laa yg special2 skt laa..kira graf up la skt.. hehehe... kalau setakat nak ajak kwn2 mkn utk brthday abg irfan aku blh msk lg...kira ok laaa.... Lagipun abg irfan mmg suka mkn nasi yg ada perisa n color2 ni...dia mmg suka kalau aku msk nasi ayam... brtambah2....

Last weekend abg irfan request aku mskkan ikan keli goreng brlada... huhuhu, aku mana pernah goreng ikan keli,nk buat brlada plak. Abg irfan pandai mkn ikan keli ni bila bbysitter dia selalu msk kn, kdg2 ikan keli msk tempoyak, msk brlada...uish, aku mn la pndai buat semua tu. Tp bila dia minta, aku cuba la buatkan. Ohoo, pegang ikan keli nk siang pn kena pakai plastik...geli mak... dua hari berturut2 abg irfan nk mkn ikan keli goreng brlada...aku ikutkan jer...


sabtu -1st time mencuba - ladanya trkurang

ahad-2nd time- dah ok, rs pn ok...

menu tambahan - ikan bakar/percik

Wednesday 20 April 2011

Wordless Wednesday...

rambut bby zarif dh panjang laaa....

abah,...bila nk potong rambut bby ni....

'bby, cepat senyum, ummi nk amik gambar kita ni'-abg irfan

sengih

Thursday 14 April 2011

Bby Zarif n susu....

Hari ni walaupun aku kerja, tp hati asyik duk tringtkn bby zarif jer. Semalam seharian kt umah bbysitter dia x nak minum susu. Bbysitter dah sua2 bg pn paling2 dia minum 1oz....begitulah smpi petangnya tunggu aku g amik. Sib baik bbysitter buatkan nestum bg dia.4oz licin dia minum, lapar la tu. Masa amik aku dukung rs cm ringan jer..huhuhu....

Smpi umah jer dan x dan dia merengek nk susu. Muka pn cm lapar kebulur dah...itu la, duk pulun tahan x mau minum susu tu. Malam tadi dia asyik duk brkepit jer, cam x puas minum susu.

Pagi tadi aku cuba cara lain plak, semua susu yg aku bekalkan hari ni semua fresh. Yang baru aku pump mlm nya. Kalau semalam aku bg yg frozen nyer, hari ni tkr semua fresh. Lunch td aku call bbysitter tnya pasal bby zarif, alhamdulillah dia minum susu tu.

Sekarang ni duk trfikir2 plak.... bby zarif cm x suka jer susu yg frozen, adakah rasa dia dh brubah ye bila dah jadi forzen ni. confuse aku. Cam mana nak buat ye... kalu dia nk minum yg fresh jer hari2... yg frozen bnyk lg tu...


Alahai risaunya hati ni bila fikirkan zarif ni.....


bby umi sayang

Wednesday 13 April 2011

Cerita Bby Zarif

Sudah agak lama tidak bercerita secara khusus psl si kecik Zarif. Alhamdulillah, berjaya menyusukan bby Zarif sepenuhnya. Hari ini, bby Zarif dah brumur 5 bln 2 mnggu, lebih kurang.... bnyk benda yg dia 'move forward'....

Meniarap
Bby zarif mula meniarap masa umurnya 3 bln lebih, terkejut jugak coz ms abg irfan dlu dkt2 7-8 bln br blh meniarap, bby Zarif ni agak cepat dr abgnya. Mula2, meniarap x blh lama2 sgt mesti bunyi ataupun kepala nya x blh tegap sgt, asyik trangguk2 ke lantai..sib baik dh bentang tilam (toto) awal2. Skrng ni, asal bgn jer dr tido msti meniarap.Kepala pn dah tegap elok, x der jatuh2.... dah mula nk bergerak ke depan, kalau pusing dah laju ckit. Ermm,...tnggu tgk2 bila nk mula merangkak.

masa ni bby zarif br belajr meniarap..kelakar kan, dpt petua dr kakak, letakkn bekas air kt belakng supaya bila besar nanti dia blh berdikari

Buat buih
Masuk umur 4 bln bby zarif dah pandai bunyikan 'boooo'dengan air2 liur keluar sekali. Buihkan mulut smpi basah2, kdg2 lencun baju. Bila kita buat 'booo', dia pn ikut sekali tp dgn air2 luir sekali keluar..hehehe... comey sgt....

tgk ni, masa sesi photoshot dgn Mykhalish.com pn sempat buih kan air liur..

Suka Sapu Tangan
Ermmm...yg ni rasanya blh jadi hobi or habit cm abg laaa ni...abg smpi skrng kalau tidur msti nk kena ada sapu tangan @ tuala kecik...dipintal2, gentel2 smbil nyusu...(masih lg susu botol..hehehe) smpi trtidur. Bby zarif pulak mmg disediakan sapu tangan utk lap air mulut. Tp bila bby Zarif dpt sapu tgn tu, dia pegang kuat2.. x nak lepas kn.... mmm...minta2 bby Zarif jgn jd cm abg, nk g mana2 pn msti stand by sapu tgn.. risau x leh tidur mlm...

ermm...sapu tgn x lepas punye lah...

Susu
Sehari dirumah bbysitter, bby zarif dibekalkan susu sebanyak 3oz x 4 btl. Tp bila dia mula mkn bubur nasi @ nestum beras susunya dah berkurang kpd 3oz x3btl je sehari. Risau jugak coz kurang menyusu. tp kira kena cover mlm hr la, asyik brgayut jer..nk kena duk sebelah, golek2 dgn dia. Ptg aku ambil dia lebih kurang pkul 6.20 ptg, dia dah x nak susu. Bbysitter bg pn dia minum sikit2 jer, sekadar hilangkn dahaga jer. Mesti tunggu aku balik kerja ptg n smpi umah jer x sempat nak tkr baju, nak bergayut la tu...

bby zarif tgh menyusu x kira tempat..hehehe
Bubur nasi
Sekarang bby zarif dah mula makan masuk 5 bln lepas. aku pn x plan plus x sangka nk bg bby zarif bubur seawal 5 bln. Mmg plan nk bg bila dia cukup 6 bln nanti. Tp 2 mnggu lepas bbg zarif x nak minum susu, tgn asyik hisap jari jer smpi basah2 baju. Bila bg susu dia x nak...pas tu merengek2 cm lapar...duk pulun hisap jari. Smpi bbysitter tel kt office x tau nk buat pe, dia suruh aku belikan nestum cuba bg. Ptgnya aku cuba buat bubur nasi, buat cair skit cm susu...ya Allah, dia mkn beria2 smpi pegang tgn aku x bg lepas...huhuhu nk makan rupanya. Slps dr hari tu, aku dh bg nestum buat cair2 cm susu bg sekali sehari.ermmm.....

bubur pertama bby zarif
Demam
Alhamdulillah, setakat ni bby zarif tak demam sgt... kdg2 dia cm dedar jer, bila tuam air dikepala legala sikit. Bby zarif kuat kan...


kesian bby zarif demam selsema-meleleh air hidung...
Ketawa
bby zarif dah pndai ketawa smpi mengekek bunyinya. bila pnggi namanya pn dia dh ketawa... comeyyy sgt..


hepinya bila abah pnggil nama yee...

tidur
Bila dh pndai meniarap, posisi tidur bby zarif pn dah mula berubah....dh pndai tidur mengiring. kalau biasanya dia tidur baring or meniarap, skrng ni jap2 mengiring. kdg aku tkr gak posisi dia risau takut lenguh.


posing maut gitu...
*** Tak sabar menunggu next step dr bby zarif..walaupun trase cm cepat jer masa brlalu, tup2 dia dh nk masuk 6 bln lagi 2 mnggu....


Friday 8 April 2011

Wednesday 6 April 2011

Wordless Wednesday...

pemandangan di ambil dr tngkt 17


** agak2 kt mn ni ye kwn2?.....

Weekend yg seronok + hepi

Hari jumaat mlm sabtu my mum datang dr jhr, smpi kt umah lebih kurang kul 11 mlm. Seronok sgt, dah lama x jumpa dengan dia....kali trakhir jumpa pn last yr-Disember, sblm mula kerja pas abis pantang kami ke jhr jumpa mak n abg.

My mum yg excited lebih hehehe..nk tgk cucu dia yg paling kecik ni, bby zarif. Abg irfan pn dah lama x jumpa mek. Biasanya ckp by phone jer.

Aku request ngn mum buat kn laksa lemak (kelantan) coz dh lama x mkn. Ni pn 1st time nk mkn slps pantang hari tu. Mmg sdp sgt2....smpi 2 mangkuk aku bedal....hehehhe...

kami x bw mum g mn2 pn, dia rehat2 jer kt umah smbil golek2 ngn si kecik n abg.

My mum balik jhr ptg ahad bas jam 5.30 pm. Bas naik kt stesen baru kt salak selatan. Mana pernah kami g cne....nk cr parking pn smpi trbabas kena u turn balik..hehehe... tempat nya...mak oooi, canggih tul, smpi nk cr tmpt brlepas pn trkial2...hehehe...

Abg irfan plak yg seronok bila tgk bas....


'kepala abg senget la umi' :bila abg irfan tgk pic ni..hehehe


mum, abg irfan n bby zarif nk g jejalan

dalam keta nk hntr mum ke stesen bas

mum n bby zarif-bby zarif makin lasak bila didukung...

*** love u so much mum...

"Detik Kasih Sayang" By MyKhalish.com

Last week, seperti yg dijnjikan dengan Mykhalish.com kami sefmly pn bergerak ke Tasik Permaisuri, Cheras. Lama jugak x bawak abg efan ke taman ni, asal lalu jer duk ngajak...umi, jom laa g taman... kesian pn ada tp asal weekend jer ada aktiviti.....

Kami, aku,en hubby,abg efan n bby zarif excited nk br'pic' dgn en shahril dr Mykhalish.com. Seronok nya, ye la kami ni x pernah ada pic family yg btul2 comeyyy.... bayangkn, abg dh umur 5 thn br nk brgmbr satu fmly ni. Dah ada bby zarif da pn....hehehe...

Mulanya, aku duk pk2 nk bw props apa la, baju color apa laa.... last2 kami pakai baju color hijau..(en hubby dah ada color ni), bj si abg n bby zarif sempat la aku rembat ari jumaat. Sib baik ada yg ku berkenan. Nak juga meka br2 tu pakai bj sedondon...ermm..pas ni leh laa shopping bj sedondon utk abg efan n bby zarif... aku?...huhuhu..pakai jer la bj yg adooo.... bkn pe, aku ni jnis yg susah nk cari n brkenan.... cari2 x jumpa yg brkenan...(susahnya bila saiz dh brtukar ni...huhuhu)

Sampai kt taman, kami tnggu en shahril jap n teuskn photoshot tu...x bnyk pic abg efan coz dia dh x sabar2 nak main kt taman... kami minta en shahril snap jer pic bby zarif bnyk2... pic kami ber2 (aku n en hubby) pn x bnyk..bkn pe, sbnrnya kami ni malu2 lagi ngn en shahril...hikhikhik... nak buat aksi2 mesra pn kekok...hehehe...

Pe2 pn,..layan jer pic kt bwh....
bby zarif yg bulat..

gaya yg sama

tgk apa tuu....


 
** entry ni duk draf dr last week lg, internet slow nk upload pic bnyk2...
** to en shahril Mykhalish.com, kami sangat2 lah berpuas hati dengan pic kami tu...suka sesgt tau... tima kasih....nanti kita leh kerjasama lagi.insyaallah...






 

 

“GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN”



tag 3 org kwn :
1. Farah (http://www.walking-away.blogspot.com/)
2.gee(http://www.fauziahmohdaud.blogspot.com/)
3.huda(http://www.huda1103.blogspot.com/)

Friday 1 April 2011

Stok EBM Mac 2011

Hari ini bermula nya sesi pengumpulan stok EBM utk bby zarif sepanjang bulan April. Alhamdulillah, rezeki bby zarif masih lg ada. Umi x kan brhenti kumpul untuk mu sayang. Semoga dipermudahkan sagala urusan oleh Nya. Aminn.....

Inilah hasil sepanjang bulan Mac 2011


Siap packing utk kemas kini
 Alhamdulillah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...